Showing posts with label thanks Allah~. Show all posts
Showing posts with label thanks Allah~. Show all posts

10 August 2011

Salam.


The latest of Khalish Nasr Rifq.. Debab kan budak kecik umur 2 bulan 3 minggu 4 hari nih ! Lengan dah macam peha ayam KFC aje. Cukup makan dan cukup TIDO. Terlebih cukup rasanya. Hehe. Sampaikan kalau masa dia tido, mummy dia geram nak geletek, nak cubit, nak kiss, nak tarik hidung dan mulut tu sebab nak suruh dia jaga. Pastu bila dah jaga, boleh lah kiss kuat-kuat. Naik rimas budak nih. Haha. Eiiii.. Geram nak gigit ! ;)

09 March 2011

ouh my baby bOo ;p

Salam.

Hari ni sudah masuk 9 Mac 2011 hari Rabu, dan pada setiap hari Rabu, umur kandungan saya meningkat minggu ke minggu. Minggu ni umur baby dah masuk 30 minggu dalam kandungan. Ada lagi 70 hari. Agak-agaknya sempat tak nak tunggu 10 minggu lagi tu? Sebabnya, perut saya sangat-sangat jatuh kebawah. Macam bulat menonjol kebawah. Baby macam nak cepat-cepat keluar. Harap semuanya akan selamat. InsyaAllah. Kata orang tua-tua, kalau baby lahir pada umur 7 bulan, insyaAllah baby akan hidup seperti yang lain setelah melalui proses pra-matang. Tapi, kalau baby lahir pada umur 8 bulan, baby akan meninggal. Sebabnya, ada seorang makcik tukang urut bagitahu saya, kepala baby masa umur 8 bulan lembik, kalau baby lahir pada umur itu, dia akan meninggal. Akan tetapi, baby akan 'hidup' balik untuk bulan ke-9. Urm. Bila dengar macam tu, takut pun ada. Ada lagi 2 minggu nak masuk 8 bulan ni. Harap-harap baby jangan keluar lagi. Tunggu betul-betul 9 bulan kalau sudah tak sabar nak keluar yee sayang.... ;)


01 February 2011

peram kasi masak !

Salam.

Cerita ni memang dah basi. Sudah berkurun tersimpan rapi dalam draft. Peram-peram kasi masak dulu baru kita makan ye ! Haha. Ini cerita tentang budak kecik dalam perut mummy dia. So cute okeh. Suka sangat-sangat. He's so handsome lah. Mula-mula sekali nak ucap tahniah dan terima kasih kepada perintis klinikal scanner ultrasound and the gang sebab mereka dah hasilkan satu alat yang memberi kemudahan kepada para ibu yang mengandung. Sekarang dah ada 3D dan 4D scanning instead of 2D yang biasa kita buat tu. Kira maju lah kan? Semua orang teruja bila sudah ada kemudahan macam ni. Termasuklah saya. Harganya juga berpatutan. Terima kasih daun keladi buat Stephen Smith seorang profesor yang sangat bergeliga. Kalau tak ada kemudahan macam ni, tak dapatlah kita nak tengok wajah anak kesayangan kita dalam kandungan ye? Hehe. Berbeza dengan 4D, melalui imbasan 3D kita juga dapat melihat wajah si anak tetapi yang ada hanya gambar pegun. Gambar yang agak statik, tak sama macam 4D yang mana ianya boleh menampakkan pergerakan si anak di dalam kandungan. Memang jelas dan nampak segala anggota badan anak termasuk jantina. Saya punya baby memang nampak bebird dia termasuk jugak skrotum beliau. Ouh. Anak lelaki. Syukur lah. Lagi 2 bulan lebih dapat tengok real punya. Tak sabar !

Minggu lepas, tarikh pun tak ingat. Oh. Sangat-sangatlah pelupa mummy sekarang ni ye. Nampak sangat tak kisah pasal cerita blog ni. Haha. Ok sambung. Minggu lepas sekitar jam 5 petang, saya ke Klinik WY KO di Jalan Beserah Kuantan untuk buat imbasan 4D ni. Sebelum tu, 3-4 kali jugak call klinik bertanyakan itu dan ini. Macam-macam mahu tahu sebelum pergi scan. Mana lah tahu mahal ke apa ke. Nasib baiklah harga okay. Tercapai lah jugak impian nak check jantina baby dalam perut ni. Masa mula masuk dalam bilik doktor, doktor terus suruh naik berbaring atas katil pemeriksaan tu. Cepat betul doktor buat kerja. Masa tu, saya lah patient terakhir. Sebab nak kejar masa nak tutup klinik kan. Haha.

Waktu tengah-tengah scan tu, memang clear nampak muka baby. Mula-mula sekali doktor pergi terjah bahagian bawah dulu sebab nak tengok baby punya jantina. Ouh, masa tu memang gabra. Sebab dalam hati sudah terbayang-bayang anak perempuan. Takutnya hanya Tuhan yang tahu. Bukan takut apa pun, takut nak tengok jantina anak. Haha. Sangatlah sengal. Check punya check, doktor cakap hah tengoklah ada nampak skrotum. 2 biji telur kecik-kecik dan pistol pendek. Hahahaha. Terus doktor cakap, it's a boy. BOY. Heee. BOY pun BOY lah. Asalkan keluar beliau nanti dengan sesempurna yang mungkin. InsyaAllah.

Happy jugak masa tu sebab dapat tengok keseluruhan badan si anak. Then, doktor terjah bahagian muka pulak. Masa tu, nampak muka baby tapi dia tutup dengan tangan. Tutup rapat-rapat tak nak bagi mummy dan papa dia tengok muka dia. Doktor pujuk-pujuk-pujuk pun tak nak jugak tunjuk muka. Baby pusing sini, baby jangan alihkan muka, baby tengok sini dan baby macam-macam lah lagi.. MALU ke sayang? Tahu lah awak tengah bogel. Hehe. Habis bahagian perut saya doktor tekan-tekan, picit-picit, ketuk-ketuk pun baby tak nak alihkan tangan. Asyik letak je atas dahi macam orang tengah sibuk berfikir. Huhu. Macam-macamlah anak mummy ni. Waktu doktor ketuk perut saya, obviously baby marah. Dia tolak perut saya dengan tangan kanan pastu bukak-bukak mulut macam nak cakap something. Maybe nak marah kat doktor kot sebab paksa dia palingkan muka. Hehe. Part paling best tengok masa baby menguap. Weeeeiii. Suka sangat tengok dia menguap lepas tu dongak-dongakkan kepala. Nampak gaya macam nak geleng-gelengkan kepala supaya jangan kacau dia tidur. Siap bagi amaran lagi tu. At last, doktor mintak saya keluar then masuk balik 10 minit. Huh. Geram la kat baby ni. Kasihan betul.

10 minit kemudian saya masuk balik dengan harapan baby palingkan muka. Kata doktor, baby tidur meniarap. Kadang-kadang dia berpusing dan kadang-kadang dia statik tak nak gerak. Doktor sambung scan. Agak lama lah jugak sementara tunggu baby pusingkan muka dan alihkan tangan. Lastly, baby alihkan tangah dan pusingkan sedikit muka bahagian tepi. Tak dapat nak tengok full face sebab dia pusing sekejap-sekejap. Tapi, dapat tengok hidung mancung pun jadilah. Mancung betul hidung anak mummy ni. Panjang kata doktor. Haha. Nampak hidung dia mancung, kira okay lah walau tunjuk hidung saja. nampak jugak muka baby tapi belah tepi saja. Doktor tunjuk peha baby, tangan, lengan, jari-jemari, kaki, betis. Semuanya nampak dan jelas. Tak sabar rasanya nak pergi buat video for the next month. Lagi 3 minggu dari sekarang lah. Tunggu ye. Nanti saya upload video si anak kecil ini. Kata doktor, berat baby 400 gram dan semuanya normal. Alhamdulillah. Jom kita tengok muka baby dan hidungnyaaaa... ;p

Baby tidur. Hehe ;)

Sweet kan? Dapat tengok muka anak walau masih dalam kandungan.
Tak sabar nak tunggu baby keluar nanti.
Doakan semoga semuanya selamat.

19 January 2011

23 minggu .

Salam.

23 minggu 

Sekejap rasanya, 23 minggu berlalu. Dalam 7 hari lagi, genap lah 6 bulan kandungan. Jantina masih menjadi tanda-tanya buat saya dan suami. Masih belum tahu. Baju baby yang saya beli tempoh hari ada macam-macam jenis. Lelaki dan perempuan semua boleh pakai. Alah, bayi boleh pakai warna apa pun asalkan bukan baju besar. Hehe. Tak sabarrrrrr nye ! ;p

05 January 2011

hari ini, esok dan semalam....

Salam.

Hari ni sehari suntuk merayap dalam bandar Kota Bharu. Selesaikan kerja satu-satu. Penat tak usah cerita. Nasib baik kereta tak bersusun-susun di jalanan macam minggu-minggu lepas. Penjawat awam dan swasta sudah mula bekerja dan pelajar pula sudah mula bersekolah. Lengang. Laju macam pelesit bawak kereta. Owh. Best lah. Satu kepuasan kalau tak ada kereta di jalanan. Saya tak suka bawa kereta macam nak makan angin di tepian pantai. Kalau ada arah dan tujuan, teruskan dan jangan lengahkan. Betul kan? Ini tak, terlalu mengikut undang-undang sehingga menyusahkan orang lain dan mengganggu pemanduan pemandu sekeliling.

Hari ni, sekali lagi mengidam nak makan Nasi Kukus Zaeman dekat Kampung Kraftangan tu. Nasib baik berteman. Tak adalah malu sangat saya menghabiskan isi peha ayam goreng berempah, hingga ke tulang ! Itu part yang paling syok. Tapi petang tadi, sebungkus nasi kukus tak sesedap seperti kebiasaan. Tawar. Pahit. Pelik. Rasa yang tak pernah saya rasa sebelum ini. Tapi, tak kisahlah. Janji HABIS satu bungkus dengan isi peha ayam berempah yang mengancam itu. Esok lusa tulat dan minggu-minggu seterusnya, memang nak makan lagi. Hari-hari pun tak mengapa. Kalau itu namanya mengidammmmm ! Bukan mummy nak makan, tapi baby yang mengidam...

Hujan lebat di Kelantan dari pagi hingga ke malam. Sejuk rasanya hingga ke tulang hitam. Esok? Mohon dengan Tuhan, janganlah hujan esok hari. Ada baju yang belum dijemur, belum sempat dibasuh. Oh. Kulapuk akan datang menyerang. Kalau hujan juga esok, alamatnya pakai baju sama 3-4-5 hari. Haha. Busuk.

Masuk minggu ke 21 hari ni, si anak kecil sudah menggeliat kasar. Kadang geli kadang sakit kadang nak terkentut. Haha. Pusing sana pusing sini, macam tak nak duduk diam. Anak lelaki ke? Gerak situ gerak sini. Geli perut. Tak duduk diam langsung. Jantina belum nampak lagi. Tak boleh nak agak. Sebab ada yang cakap anak lelaki, ada yang cakap anak perempuan. Kata orang tua-tua, perut bulat macam bola itu tandanya anak perempuan. Kalau perut kelihatan jatuh ke bawah itu tandanya anak lelaki. Kalau ikutkan, perut saya bulat macam bola. Mummy dia pun asyik nak cantik-cantik saja. Kadang-kadang perasan lawa. Macam hampeh. Haha. Tak boleh blah langsung. Alah, perasan sorang diri je. Bukan ada sesiapa pun. Kan? Wajah kita anugerah Ilahi. Cantik ke, tak cantik ke, bukan kita yang buat. Allah swt yang buat kita. Redha dan terima sajalah. Allah sudah buat yang terbaik untuk kita. Terserah kepada kita untuk bersyukur atau tidak. Betul?

Okay. Hari ni hari yang penat sedikit berbanding hari semalam. Banyak hal yang sudah selesai petang tadi dan hari esok pula bakal menjelma. Seperti kebiasaan, malam sebelum tidur, saya pastikan si anak mendengar bacaan ayat-ayat suci al-Quran. Perkara wajib sejak minggu ke-16 lagi. Kata doktor dan juga melalui pembacaan saya, waktu itu baby sudah dapat mendengar bunyi dari luar. Hingga ke minggu ini, tak pernah sekalipun saya ketinggalan memperdengarkan bacaan surah dari al-Quran. Doakan yang terbaik.

Sudah dulu. Salam.

18 December 2010

16 December 2010

Salam.

Hidup ini tidak selalunya indah dan apa jua yang kita impikan dalam hidup, tidak semua kita dapat. Kadang-kadang, kehidupan sering melalaikan kita dari mengingati Tuhan yang Maha Esa. Allah swt selalu menguji kita dalam kesenangan, dalam kepayahan, dalam kegembiraan dan juga dalam kedukaan. Namun, tidak semua manusia ciptaanNya sedar akan natijah dan hikmahnya. Termasuk juga diri ini................ Semoga hari-hari yang akan datang bakal menyedarkan kita dengan KEKUASAAN Allah yang Maha Satu. InsyaAllah. Semoga di buka pintu hati yang saban hari kian tertutup. Ampunkan aku Ya Allah.

24 November 2010

Salam.

Ouh. Tak sabar nak membeli-belah barangan baby kecik. Cuma tunggu masa je la. Husband pun beria-ia minggu depan. Beli awal-awal tak salahkan? Maklumlah anak sulung. Keterujaannya lebih dari biasa. Beli sikit-sikit je dulu. Beli yang mana patut. Baju baby tu beli yang 6 bulan ke atas terus. Sebab, baby ni cepat membesar. Kalau beli yang kecik-kecik pun, pakainya tak lama. Beli 5 helai boleh lah. Selebihnya, cari yang besar terus. Cuma, saya tengah cari idea pasal tilam, botol susu, beg dan semua tu. Tengah survey jugak ni. Ada jumpa 4 blog untuk dijadikan panduan. Nanti saya update kan. Minggu depan, nak ke klinik buat blood test then nak mintak doktor periksa jantina baby kecik ni. Lelaki ke perempuan? Lelaki dah ramai. Keluarga husband pun sama. Semuanya Lelaki. Perempuan boleh bilang dengan jari je. Tapi, tak kisahlah jantina apa pun. Asalkan baby lahir dengan sempurna fizikal dan juga mental. InsyaAllah. Kandungan dah nak masuk 4 bulan. Rasanya baki masa 5 bulan lagi tu, amat pantas kalau kita tak rancang dengan sebaik-baiknya. Kan?



30 November 2009

Salam.

Sedar tak sedar dah 1 tahun 5 bulan 5 hari saya berpasang-pasangan dengan Encik Wan Hairy ni. Lama jugak ye. Gaduh baik gaduh baik, nanti akan tiba hari bahagia kami. Huhu~ Bila tu? Biarlah menjadi rahasia antara kami.. Kalau ada yang tahu, diam-diam sudah... (=




Hari ini genap 6 bulan saya menjadi tunangan beliau. Syukur Ya Tuhan, saya dipertemukan dengan seorang lelaki yang SANGAT PENYABAR. Iya, saya akui, tunangan saya seorang yang SABAR orangnya. Macam-macam kerenah saya, namun tidak berubah perangainya. Hehe~



@herneesa.hijabs coming near you sooner!

Assalam. @herneesa.hijabs @herneesa.hijabs - Letak nama pun macam klise-kan. Ye lah biasalah. Lagu tu la kalau nak meniaga. Nak bertaarufan ...