04 August 2019

Assalam. 

Setiap entri setiap setahun. hihi. setahun sekali nampaknya kita berkesempatan berjumpa di sini kan? apa lah nasib. makin lama makin kurang masa untuk bersama. maklumlah. umur pun sudah banyak. makin meningkat usia, makin sikit umur kita. makin dekat dengan kematian. tak gitu? 

alhamdulillah untuk setiap ujian yang allah swt kirimkan. semua ujian yang mendekatkan kita dengan dia sebenarnya. moga doa kita diperkenankan ilahi dan juga allah mengampuni segala dosa yang pernah kita lakukan dalam hidup.

kita manusia hina, selalu melakukan dosa. moga semua di ampunkan dan matikan kami semua dalam keadaan yang baik dan bertaubat kepada allah swt. insya allah. sampai jumpa lagi...

pulau gajah, sabak - 2 jun 2019

13 December 2018

satu dua tiga, MULA !

Assalam. 

Hai. Apa khabar semua? Salam hari Jumaat yang mulia. Alhamdulillah kita jumpa lagi setelah sekian lama kita tak melepas rindu kan? Ececee 😻

Kali ni kita datang nak ucap terima kasih sebab selalu singgah kat sini walaupun jarang update cerita baru dan terima kasih jugak kerna sudi baca karangan yang tak seberapa sepanjang menulis. Saya sangat suka menulis. Dulu-dulu masa kecil ada diari sendiri. Siap mintak abah & ma belikan. Niat satu je, nak menulis sambil meluah rasa. Best sangat! Mengarang cerita suka duka. Menyantuni kebaikan semua orang. Terima kasih semua orang sebab sudi menyokong rasa ingin menulis ini. Wah! Macam editor buku motivasi pulak. Haha. Kalau betul, apa salahnya kan. Insya Allah kalau suatu hari nanti Allah swt izinkan. Aamiin 👏

Banyak lagi benda nak kongsikan. Tunggu entri baru la ye. Jumpa lagi. Assalamualaikum semua. 

30 November 2018

oh HELLO DISEMBER 2018

Assalam.

Setahun sekali baru sempat update blog ni. Hai apa khabar semua? Since lama betul kita tak jumpa kan? Sihat tak semua? Alhamdulillah semua getting better - our life & our path/passion. Thank you Allah swt. 

Sebulan lagi kita akan melangkah ke tahun baru 2019. Hope everything will be okay as usual. Insya Allah.

Till we meet again LOVE 💙

Khaleel Nasr Rifq :)

23 October 2017

ouch! Please =P

Assalam. 24 Oktober 2017 - Selasa


So remember me, i will remember you.

13 October 2017

eh, comeback ke sis?

Assalam - 13/10/2017 , Jumaat.

Kita datang jengah blog kita ni bukan nak buat comeback pun, sebab kita tahu entah bila kita akan jadi rajin macam dulu-dulu. Setiap hari buat karangan dekat sini, tapi sekarang akibat kekangan masa blog kita jadi sarang labah-labah. Hihi.

Since hari ni tak ada cakes, so kita bukak blog nak cerita la jugak apa yang berlaku dan boleh lah di ambil iktibar untuk mereka yang sedar. Insya Allah.

Kita nak kongsi sikit tentang perkataan PENGALAMAN. Klise sangat dengan perkataan tu kan? Macam dah selalu dengar. Tambahan lagi kalau kita kaitkan dengan kehidupan. Pengalaman & Kehidupan. Lagi rasa klise dan ehh benda samaaa je lah kita dengar sepanjang hidup kita ni kan. Pengalaman mematangkan jiwa. Hurm, benda sama jugak. Bosan.


Wan Muhammad Khaleel Nasr Rifq, Oktober 2017

Tau tak pengalaman tu apa? 

Satu-satunya sumber ILMU dalam kehidupan adalah datangnya dari pengalaman. Dengan cara kita perhatikan orang jugak, merupakan satu pengalaman penting untuk kita. Saya ambil contoh, let say satu hari tu kita keluar ke bandar tak kisah la nak buat apa, mungkin sekadar penuhi keinginan makan angin saja sambil bawa anak-anak jalan-jalan lalu kita ternampak sebuah motorsikal orang kurang upaya (OKU) depan kita, perlahan saja melenggang depan kita, dan kita nampak penunggangnya seorang pakcik tua berkerepot dengan kedutan di wajah dengan kaki kiri di angkat dan diletakkan dalam bucket motor. Kita perasan, peha kiri tu nampak keras je, tak lembut macam peha dan betis biasa. Oh rupanya pakcik tua tu kudung anggota kiri. Dia tua dan cacat. Apa perasaan pakcik tu ye? Dengan cuaca panas membahang, dengan hiruk-pikuk bunyi enjin lori dan kereta. Dengan keadaan dirinya yang kurang selamat berada di tengah bandar besar.

Apa rasa hati kita? Kalau nak dibandingkan dengan kesempurnaan anggota dan diri kita masa tu? Adakah kita terfikir yang satu hari nanti kita teruji dengan keadaan macam pakcik tua tadi tu? Ada tak kita rasa kita akan jadi macam tu? Sekarang memang lah tidak. Sebab kita masih sempurna dengan kudrat yang hebat. Namun, belum tentu kita sihat dan sempurna sesempurna hari ini. Mana tau esok-esok Allah uji kita dengan kemalangan yang mungkin mencacatkan seluruh kehidupan bahagia kita? Allah uji kita dengan kematian anak, isteri, suami, mak, ayah, adik-adik serentak? Dan tinggalkan kita sorang diri terkontang-kanting melangsungkan hidup yang penuh dengan ujian? Pernah tak kita fikir apa akan jadi kepada kehidupan kita masa tu?

Itu yang selalu saya terfikirkan. Terkadang sampai menitis air mata, kerna saya tau saya tak mampu berdepan dengan kehidupan sebegitu. Sayangi dan hargailah anak-anak, isteri, suami, mak, ayah dan adik-adik sepenuh hati seadanya sekarang. Sebabnya kan, kalau nanti kita atau mereka pergi tinggalkan dunia pada hari ni, belum tentu kita dapat berjumpa lagi di syurga, ditambah dengan bilangan dosa yang kita lakukan sehari-hari di dunia. Tak tercapai impian kita tu tau.

Ampunkan kami Ya Allah, doa saya andai hidup kami singkat dan di takdirkan hanya sempat bahagia sesaat, izinkan kami bertemu dengan anggota keluarga kami di syurga-MU, izinkan kami bergembira di syurga bersama. Dengan izinMU Ya Ilahi. Izinkan kami bahagia di sana.

Pertingkatkanlah amal ibadah kita sebelum ajal datang menjemput kerna kita semua tahu yang ilmu Allah juga datang dari pengalaman kita memerhatikan manusia dan ia boleh jadi benda paling berharga dalam hidup.

Itu baru sikit ye saya sentuh pasal pengalaman & kehidupan, nanti kita huraikan lagi serta contoh-contoh yang Insya Allah boleh bukak jiwa. Soon. Salam, jumpa lagi..

30 September 2016

oh. baru ku tahu erti rindu :)

Salam. 1 Okt 2016.

RINDU. Rindu sebab dah lama tak bersua. Sepanjang 2 tahun ni banyak benda berlaku dalam hidup. Ada suka. Ada duka. Tapi alhamdulillah semuanya menggembirakan hati. Hal yang remeh-temeh kita buang jauh-jauh. Semoga hidup ini terus bahagia! Kisah lampau? Ahhh lupakan semua.

Dah lama kan tak update blog kesayangan kita ni. Kita sibuk lah awak. Anak-anak kita dah 3 orang. Ber-blog dari belum kahwin sampailah ke anak 3. Insya Allah kalau ada masa lapang lagi macam ni kia cerita lagi. Serius rindu nak mengarang macam dulu-dulu. Berkisah tentang lakaran kehidupan. Berkongsi cerita suka dan duka sama-sama. Moga semuanya kita ambil iktibar.

Sampai jumpa lagi ya sayang! <3 p="">

26 March 2016

h o r m a t

Assalam.

HORMAT

Dua patah perkataan. 
Nampak senang.
Baca pun senang.
Tapi, nak merealisasikannya tu payah.

Cuma,
KAU hormat AKU. AKU hormat KAU.
Senang. Sudah, tutup buku.

Selamat tidur! Esok jumpa. Insya Allah.

Assalam.  Setiap entri setiap setahun. hihi. setahun sekali nampaknya kita berkesempatan berjumpa di sini kan? apa lah nasib. makin lam...