Showing posts with label famili. Show all posts
Showing posts with label famili. Show all posts

13 April 2012

Saya budak KECIL .


Baby bump Mummy nak masuk 6 bulan daa. Cepatnya masa berlalu kan?
Khalish bakal ada adik baru, tapi, confirm dia korek-korek mata adik dia, sebab masa bakal adik dia lahir nanti, umur Khalish 1 tahun 3 bulan. 

Nama saya Khalish Nasr Rifq, saya sudah besar dan gemuk !

Saya ada gigi, tapi 6 batang saja. Tapi kalau saya gigit orang, confirm orang tu SAKIT =P

With Ayah Teh, lama tak jumpa dia sebab dia belajar jauh =D

Saya ni memang tak suka tengok kamera. Hurm.. Letih Mummy panggil nak snap gambar saya. Kasihan Mummy !

Okey lah, saya pun dah letih. Kita rehat dulu.... tata =)

11 April 2012

be MINE =)

so, this is L.O.V.E right ?
(tidurlah wahai mata, esok kerjaaaaaaaa !)

HAPPY BIRTHDAY MY DEAR HUSBAND =)

Hari ni 11 April 2012, genap 33 tahun usia suami. Selamat hari lahir sayang, semoga hidupmu akan terus bahagia bersama keluarga dan anak-anak. Tak seperti tahun-tahun lepas, tahun ni saya tak dapat nak celebrate birthday suami sebab kekangan masa dan tuntutan kerjaya. Dia jauh nun di sana, dan saya di sini (Kuantan-Kota Bharu). Jarak yang agak jauh, mungkin. Next week kita celebrate lah ye sayang. Banyak kerja yang nak disudahkan minggu ni. Macam tak sempat nak siapkan kek koko macam yang dia mintak. Hehe. So sorry! Bukan tak nak buat, tapi masa tak izinkan untuk saya berada di dapur lama-lama. Anyway, wish you all the best for your life. Thanks for being with me all the way through. Selamat selamat selamat semuanya untuk suami tercinta. Mummy, Abang Khalish & Baby LOVE you Papa =)

Mummy, Khalish & Papa @ Tiara Beach Resort, Port Dickson.
(10, 11 & 12 Mac 2012)
Family Day HCM Group of Companies

Nah! Amik lah kek koko ni (chocolate cake), makan kenyang-kenyang ye.

Happy Birthday to you my love =)

14 October 2011

he is everything to me :)

Salam.

Quick update, lama tak tayang gambar kan? Saki-baki masa raya puasa lepas. Apapun, memang Khalish dah berat ! =)

a simple way sebab tak nak bagi bahu sakit, tapi, the same thing happened to Papa. Lenguh. Masa ni kat East Cost Mall kat Kuantan, bawak Khalish jalan lagi.
Berattttt jugak budak kicik nih :)

Nah ! Hambik.
Sedebuk masuk dalam mulut. Lepastu, terpaksa mummy pegang tangan dia tuh, kalau tak, dia kesatttt air liur dia kat tudung mummy. Dah selalu kena macam tu, hahaha. Basah lenjun !

Ni masa raya ke-2. Bawak dia pegi jalan rumah nenek tapi, tidooo aja kerjanya. 
Penat mungkin, sebab dah dapat duit RAYAAA banyak kan ?

this pic, i guess after raya after siap kek after all my job selesai. 
Keluar bawak Khalish pegi jalan makan angin sambil mummy makan nasiiii.
Mummy ingat nak beli yang kipas colorful tuh, tapi entah macam mana, terLUPA lah sayang. 
Sorry ek, nanti kita pergi situ, kita beli ye. 

Haa, yang ini masa kat Masjid India tempoh hari. Nenek kesayangan Khalish duk sibuk pilih brooch and mummy pulak duk sibuk kenen-kenen nenek kat satu brooch lawa which is cost RM 80 from Korea if i'm not mistaken. Yeehaa. Memang letih tau tunggu nenek memilih walaupun nenek tak cerewet. Huhu. Terlalu banyak brooch kat dalam kedai tu sampai mata naik rambang ! Khalish apalagi, make his best decision sendiri punya kaw-kaw dia pegi TIDO lah. Mungkin dalam hati, tak nak tunggu nenek, sebab lamaaa sangat. Tido lagi best. Hahahaaa =)

12 October 2011

Salam.

Khalish Nasr Rifq dah besarrrrrrrrrrrr ! Dah menginjak masuk 5 bulan ye sayang ? Cepatnya masa berlalu ye. Berat Khalish dah 8.2 kilogram, berat ouh nak dukung. Kalau keluar pergi jalan-jalan, Mummy dukung sekejap jek, selebihnya Papa dia yang dukung. Hoho.

Khalish Nasr Rifq, bila besar nanti, jadi lah anak yang soleh yang mentaati semua yang Allah swt suruh, juga taat kepada Papa & Mummy.. Jaga kami sebagaimana KAMI jaga KAMU masa kamu di usia sebegini. Sayang selalu ;)


14 September 2011

cerita sang pencerita :)

Salam.

Masa untuk tidur. Esok banyak benda nak kena selesaikan. Maklumlah, jadi surirumah dan businesswoman ni banyak benda nak kena fikir. Ingat senang ke nak jadi suri rumah tangga? Tapi, sangat lah "best" sebab tak payah susah-susah kena buat kerja susah kan? Hanya duduk rumah diam-diam, jaga anak, makan-pakai, buat kek. Itu saja. Duit masuk. Tak bosan, SUKA adalah. Hehe. Betul, ini memang kisah benar. Jadi surirumah tangga sepenuh masa + duit masuk hari-hari memang sangat syok. Di tambah lagi duit nafkah daripada sang suami. Isteri mana yang tak gembira? Hoho. Ini lah kisah saya. I love everything just around me. Hiks ;)

Tempahan kek untuk malam ni dah siap then i just need to wash my face and ambil wuduk. Masa tidur dah tiba. Khalish pun dah nyenyak tidur dengan nenek dia. Biar lah. Kasihan dia, sudah 2 malam tidur bertemankan nyamuk. Habis satu muka berbintik-bintik merah. Nyamuk geget Khalish. Kasiiiihan. Siapa yang tak sayangkan anak sendiri kan? Menangis saja Khalish, terus hati saya berdebar. Tak boleh tengok dia menangis keluarkan airmata. Macam satu masalah BESAR buat saya kalau si anak menangis. Rasa nak tumpang menangis sama dengan dia. Erm. Memang pernah terjadi. Si anak menangis terus saya yang mengalir air mata. Kalau tak percaya dan NAK merasa, cubalah mengandung then beranak, pastu cuba tenung wajah anak lama-lama. Apa perasaan kamu? Hehe. Klise ;)

Esok, bangun pagi-pagi nak pergi hantar mama ke office since kereta yang lagi satu hantar servis kat workshop. Pastu, tengahari sikit, ambil si adik kat sekolah, pastu petang sikit lagi, amik si adik yang satu lagi kat sekolah jugak. Jauh sikit lah sekolah yang itu. Lepas tu, hantar kek yang pelanggan dah book. Then, balik rumah. Siap sedia untuk tempahan yang lain. Banyak benda nak kena buat esok. Eyh, baru teringat yang ising untuk kek tadi belum buat. Huh. Esok kena buat lah. Jangan lupa pulak. Kasihan customer. Esok jugak, sang suami balik dari perantauan. Cuti lama katanya sempena Hari Malaysia. Mujurlah. Boleh lah duduk lama-lama dengan dia sambil merengek nak itu nak ini dengan dia kan? hehehehe.

Selamat malam. Eyh, nak pos satu gambar buat pengubat RINDU peminat setiaaaaaaaaaaaa ! =D

Ini hari raya aidilfitri ke-2. Raya sakan dengan si anak dan juga suami!
*sorry, kasut & wedges kat belakang tu nak tumpang menyibuk. 
=) 

My Baby BOo ;)

Salam.

Hiks. Terkejut sebab BLOGGER dah berubah wajah. Banyak ye perubahan. Apapun, takpe. Anjakan paradigma lah katakan. Urm. Wan Muhammad Khalish Nasr Rifq pun dah makin bambam. Beratnya mak aiiih, memang tahap lenguh berdenyut-denyut kalau dukung lama-lama. Boleh cramp bahu ye kakak-kakak dan adik-adik semua. Siapa rasa nak pegang Khalish, meh la. Meh laaaaaaaaaaaaaaaa..... hahaha ;)


Mummy dan Khalish Nasr Rifq yang debab! 
;)

17 August 2011

i am just a little gift .

Salam.


Selamat pagi kakak-kakak dan makcik-makcik semua. Nama saya Khalish Nasr Rifq, saya bawakan legasi WAN sebab nama Papa saya bermula dengan WAN. Hehe. Wan Muhammad Khalish Nasr Rifq. Saya sangatlah tak suka sebab nama saya panjang sangatttttt. Tapi nak buat macam mana, sudah tersurat nama ini akan jadi nama saya. Hehe. Hari ni umur saya genap 3 bulan. Apa ye hadiah yang Papa dan Mummy nak bagi kat saya? Baju raya ke? Tak pun kasut raya? Ape ye? Kalau ikutkan, saya nak macam-macam hadiah daripada semua orang. Hehe. Tapi, jangan bagi saya toys. Saya tak mahu toys. Saya nak buku ABC dan 123 je. Boleh ke? Hihi. Okei, saya nak pergi tido dulu, sebab saya baru je habiskan 7 oz susu hari ni. Kenyang sangat-sangat-sangat okeh. Tata kakak-kakak dan makcik-makcik semua. I LoVE youuuuuuu ! umMmuahhh ~ =P

23 June 2011

Salam.

Pictures lama wooo. Dah basi baru nak upload. Buat malu je. Nampak sangat dah lama perap jadi pekasam. Woah, bestnya ikan pekasam kalau time bulan puasa kan? Goreng bagi garing then makan dengan lada burung. Terangkat woo. I like it very much. Ala, kita orang kampung jek. Makan jek apa yang ada depan mata. Kita tak cerewet pun. Haha. Jom layan pictas. Scrool down slow punyee ;)

Masa dalam bilik hotel. Ouh, lupa terus nama hotel tuh. Apa ye? 
Hotel tu terletak di Subang Jaya. Nanti-nanti lah kita ingat balik.

Jijah. Hehe. 
The one and only kiddo yang pemalu dengan saya, tapi sekarang... hah hambekk kau.
Kalau nampak saya je di area Taman Guru Kuantan tu, terus berlari datang mau peluk saya. 
Kalau pergi ke rumah dia, mesti mintak bukakan baju time mandi. 
Manja ;)

Saya teman suami ke bowling tournament di Summit tempoh hari.
Saya tengok saja, sambil jari-jemari klik situ klik sini.
Maklumlah jadi fotografer ad-hoc.
Hehe. 

Kiddo yang paling rapat dengan saya kalau di Kuantan.
Yes, you're born to be a princess dear.

Jangan tunjuk saja. Dapat bawak balik PIALA paling kecik pun takpe sayang.

Sambil tunggu tournament start, jom kita makan dulu.
Mak buyung tengah lapar masa ni.
Khalish nak makan ice-cream dengan cheese cake. Haha

My sweetHEART. I'm forever yours ye sayang.

Malu tapi mahu kan?
Ala, sebenarnya si tudung hitam tu yang mahu.
Tak boleh nampak kamera lalu depan mata, mesti senyum sampai pipi naik lenguh!

Enough. Jom tido. Esok 24 Jun 2011 ke Kuantan. Mahu jumpa hubby. Ada hal di KL. Tapi yang sedih, terpaksa tinggal KHALISH....... :((


My hero.... Love you son !

Mama's day .......

Salam.

Nak tayang Kek jek lah.. Hihi..












22 April 2011

the days............

Salam.
LOVE 'BLOGGING' 
Dah lama tinggal sampai tak tahu nak mulakan macam mana... 
Uhuks ~ banyak cerita nak kongsi tapi tiada kesempatan masa... 
Anyway, tiba masanya nanti, kita buat BLOG marathon terus yep ! ;p

those were the days... i miss him so much !

09 March 2011

ouh my baby bOo ;p

Salam.

Hari ni sudah masuk 9 Mac 2011 hari Rabu, dan pada setiap hari Rabu, umur kandungan saya meningkat minggu ke minggu. Minggu ni umur baby dah masuk 30 minggu dalam kandungan. Ada lagi 70 hari. Agak-agaknya sempat tak nak tunggu 10 minggu lagi tu? Sebabnya, perut saya sangat-sangat jatuh kebawah. Macam bulat menonjol kebawah. Baby macam nak cepat-cepat keluar. Harap semuanya akan selamat. InsyaAllah. Kata orang tua-tua, kalau baby lahir pada umur 7 bulan, insyaAllah baby akan hidup seperti yang lain setelah melalui proses pra-matang. Tapi, kalau baby lahir pada umur 8 bulan, baby akan meninggal. Sebabnya, ada seorang makcik tukang urut bagitahu saya, kepala baby masa umur 8 bulan lembik, kalau baby lahir pada umur itu, dia akan meninggal. Akan tetapi, baby akan 'hidup' balik untuk bulan ke-9. Urm. Bila dengar macam tu, takut pun ada. Ada lagi 2 minggu nak masuk 8 bulan ni. Harap-harap baby jangan keluar lagi. Tunggu betul-betul 9 bulan kalau sudah tak sabar nak keluar yee sayang.... ;)


06 January 2011

randomness ;)

Salam.

Teringat zaman dulu.
Jom layan gambar-gambar zaman dulu.
Alah, tahun lepas je pun. Huu ;)









@herneesa.hijabs coming near you sooner!

Assalam. @herneesa.hijabs @herneesa.hijabs - Letak nama pun macam klise-kan. Ye lah biasalah. Lagu tu la kalau nak meniaga. Nak bertaarufan ...