14 September 2011

cerita sang pencerita :)

Salam.

Masa untuk tidur. Esok banyak benda nak kena selesaikan. Maklumlah, jadi surirumah dan businesswoman ni banyak benda nak kena fikir. Ingat senang ke nak jadi suri rumah tangga? Tapi, sangat lah "best" sebab tak payah susah-susah kena buat kerja susah kan? Hanya duduk rumah diam-diam, jaga anak, makan-pakai, buat kek. Itu saja. Duit masuk. Tak bosan, SUKA adalah. Hehe. Betul, ini memang kisah benar. Jadi surirumah tangga sepenuh masa + duit masuk hari-hari memang sangat syok. Di tambah lagi duit nafkah daripada sang suami. Isteri mana yang tak gembira? Hoho. Ini lah kisah saya. I love everything just around me. Hiks ;)

Tempahan kek untuk malam ni dah siap then i just need to wash my face and ambil wuduk. Masa tidur dah tiba. Khalish pun dah nyenyak tidur dengan nenek dia. Biar lah. Kasihan dia, sudah 2 malam tidur bertemankan nyamuk. Habis satu muka berbintik-bintik merah. Nyamuk geget Khalish. Kasiiiihan. Siapa yang tak sayangkan anak sendiri kan? Menangis saja Khalish, terus hati saya berdebar. Tak boleh tengok dia menangis keluarkan airmata. Macam satu masalah BESAR buat saya kalau si anak menangis. Rasa nak tumpang menangis sama dengan dia. Erm. Memang pernah terjadi. Si anak menangis terus saya yang mengalir air mata. Kalau tak percaya dan NAK merasa, cubalah mengandung then beranak, pastu cuba tenung wajah anak lama-lama. Apa perasaan kamu? Hehe. Klise ;)

Esok, bangun pagi-pagi nak pergi hantar mama ke office since kereta yang lagi satu hantar servis kat workshop. Pastu, tengahari sikit, ambil si adik kat sekolah, pastu petang sikit lagi, amik si adik yang satu lagi kat sekolah jugak. Jauh sikit lah sekolah yang itu. Lepas tu, hantar kek yang pelanggan dah book. Then, balik rumah. Siap sedia untuk tempahan yang lain. Banyak benda nak kena buat esok. Eyh, baru teringat yang ising untuk kek tadi belum buat. Huh. Esok kena buat lah. Jangan lupa pulak. Kasihan customer. Esok jugak, sang suami balik dari perantauan. Cuti lama katanya sempena Hari Malaysia. Mujurlah. Boleh lah duduk lama-lama dengan dia sambil merengek nak itu nak ini dengan dia kan? hehehehe.

Selamat malam. Eyh, nak pos satu gambar buat pengubat RINDU peminat setiaaaaaaaaaaaa ! =D

Ini hari raya aidilfitri ke-2. Raya sakan dengan si anak dan juga suami!
*sorry, kasut & wedges kat belakang tu nak tumpang menyibuk. 
=) 

@herneesa.hijabs coming near you sooner!

Assalam. @herneesa.hijabs @herneesa.hijabs - Letak nama pun macam klise-kan. Ye lah biasalah. Lagu tu la kalau nak meniaga. Nak bertaarufan ...