Showing posts with label short vacation. Show all posts
Showing posts with label short vacation. Show all posts

11 April 2012

HAPPY BIRTHDAY MY DEAR HUSBAND =)

Hari ni 11 April 2012, genap 33 tahun usia suami. Selamat hari lahir sayang, semoga hidupmu akan terus bahagia bersama keluarga dan anak-anak. Tak seperti tahun-tahun lepas, tahun ni saya tak dapat nak celebrate birthday suami sebab kekangan masa dan tuntutan kerjaya. Dia jauh nun di sana, dan saya di sini (Kuantan-Kota Bharu). Jarak yang agak jauh, mungkin. Next week kita celebrate lah ye sayang. Banyak kerja yang nak disudahkan minggu ni. Macam tak sempat nak siapkan kek koko macam yang dia mintak. Hehe. So sorry! Bukan tak nak buat, tapi masa tak izinkan untuk saya berada di dapur lama-lama. Anyway, wish you all the best for your life. Thanks for being with me all the way through. Selamat selamat selamat semuanya untuk suami tercinta. Mummy, Abang Khalish & Baby LOVE you Papa =)

Mummy, Khalish & Papa @ Tiara Beach Resort, Port Dickson.
(10, 11 & 12 Mac 2012)
Family Day HCM Group of Companies

Nah! Amik lah kek koko ni (chocolate cake), makan kenyang-kenyang ye.

Happy Birthday to you my love =)

14 October 2011

he is everything to me :)

Salam.

Quick update, lama tak tayang gambar kan? Saki-baki masa raya puasa lepas. Apapun, memang Khalish dah berat ! =)

a simple way sebab tak nak bagi bahu sakit, tapi, the same thing happened to Papa. Lenguh. Masa ni kat East Cost Mall kat Kuantan, bawak Khalish jalan lagi.
Berattttt jugak budak kicik nih :)

Nah ! Hambik.
Sedebuk masuk dalam mulut. Lepastu, terpaksa mummy pegang tangan dia tuh, kalau tak, dia kesatttt air liur dia kat tudung mummy. Dah selalu kena macam tu, hahaha. Basah lenjun !

Ni masa raya ke-2. Bawak dia pegi jalan rumah nenek tapi, tidooo aja kerjanya. 
Penat mungkin, sebab dah dapat duit RAYAAA banyak kan ?

this pic, i guess after raya after siap kek after all my job selesai. 
Keluar bawak Khalish pegi jalan makan angin sambil mummy makan nasiiii.
Mummy ingat nak beli yang kipas colorful tuh, tapi entah macam mana, terLUPA lah sayang. 
Sorry ek, nanti kita pergi situ, kita beli ye. 

Haa, yang ini masa kat Masjid India tempoh hari. Nenek kesayangan Khalish duk sibuk pilih brooch and mummy pulak duk sibuk kenen-kenen nenek kat satu brooch lawa which is cost RM 80 from Korea if i'm not mistaken. Yeehaa. Memang letih tau tunggu nenek memilih walaupun nenek tak cerewet. Huhu. Terlalu banyak brooch kat dalam kedai tu sampai mata naik rambang ! Khalish apalagi, make his best decision sendiri punya kaw-kaw dia pegi TIDO lah. Mungkin dalam hati, tak nak tunggu nenek, sebab lamaaa sangat. Tido lagi best. Hahahaaa =)

24 June 2011

Salam.

24 Jun 2011 - Jumaat : OFF to Kuantan ............. ;)


Nanti saya update. Babai. Good night readers ;)

23 June 2011

Salam.

Pictures lama wooo. Dah basi baru nak upload. Buat malu je. Nampak sangat dah lama perap jadi pekasam. Woah, bestnya ikan pekasam kalau time bulan puasa kan? Goreng bagi garing then makan dengan lada burung. Terangkat woo. I like it very much. Ala, kita orang kampung jek. Makan jek apa yang ada depan mata. Kita tak cerewet pun. Haha. Jom layan pictas. Scrool down slow punyee ;)

Masa dalam bilik hotel. Ouh, lupa terus nama hotel tuh. Apa ye? 
Hotel tu terletak di Subang Jaya. Nanti-nanti lah kita ingat balik.

Jijah. Hehe. 
The one and only kiddo yang pemalu dengan saya, tapi sekarang... hah hambekk kau.
Kalau nampak saya je di area Taman Guru Kuantan tu, terus berlari datang mau peluk saya. 
Kalau pergi ke rumah dia, mesti mintak bukakan baju time mandi. 
Manja ;)

Saya teman suami ke bowling tournament di Summit tempoh hari.
Saya tengok saja, sambil jari-jemari klik situ klik sini.
Maklumlah jadi fotografer ad-hoc.
Hehe. 

Kiddo yang paling rapat dengan saya kalau di Kuantan.
Yes, you're born to be a princess dear.

Jangan tunjuk saja. Dapat bawak balik PIALA paling kecik pun takpe sayang.

Sambil tunggu tournament start, jom kita makan dulu.
Mak buyung tengah lapar masa ni.
Khalish nak makan ice-cream dengan cheese cake. Haha

My sweetHEART. I'm forever yours ye sayang.

Malu tapi mahu kan?
Ala, sebenarnya si tudung hitam tu yang mahu.
Tak boleh nampak kamera lalu depan mata, mesti senyum sampai pipi naik lenguh!

Enough. Jom tido. Esok 24 Jun 2011 ke Kuantan. Mahu jumpa hubby. Ada hal di KL. Tapi yang sedih, terpaksa tinggal KHALISH....... :((


My hero.... Love you son !

07 March 2011

sesi tunjuk-tayang MUKA - II ;)

Salam.

Sesi tunjuk-tayang muka dan perut kali kedua. Layansss ! ;)





Hurm. Muka laki-bini ni agak serius. Haha ;)

03 March 2011

sesi tunjuk-tayang MUKA ;)

Salam.

Woahh. Lama tak update. Tak nak tulis panjang-panjang lah. Nak tayang muka je boleh? Sebab dah lama tak tunjuk muka kat BLOGspot kesayangan ni.. ;)



02 February 2011

oil - painted mode

Salam.

Guna kamera cikai macam inilah hasilnya. Haha. Macam terketar-ketar nak snap satu-satu pictas. Nak tergelak pun ada. Tapi bila tengok balik, ouh cantik jugak. Macam oil painted. Menjadi jugak walaupun blur yang amat. Masa ni dalam pukul 11 malam macam tu. Baru balik dari Bangsar South pergi makan nasi. Haha. Jauh giler cari makan. Actually, kami husband&wife ke Kuala Lumpur last weekend. Stay di hotel area Masjid India. Parking kereta memang sangat-sangatlah bermasalah di sana, jalan kaki lagi baiklah. Tapi alhamdulillah, 2 kali pusing keluar-masuk terfikir untuk park kereta dalam Semua House punya parking lot. Kat dalam sana, tak banyak kereta. So kami parking situ then keluar jalan kaki dari dalam Semua House ke gerai-gerai yang ada di area tu. Mula-mula sekali cari hotel lah. Alhamdulillah. Jumpa hotel bajet sebelah Ariani which cost 150 nett dapatlah diskaun sikit, kalau tak silap sebelah kedai mamak tu. Lupa pulak nama hotel tu. Hibiscus hotel ke apa entah. Check-in dan take a rest dulu sebelum merayau-rayau. Haha. Mandi-mandi kejap then turun membeli... Suka betul kalau dapat membeli-belah walau bukan dengan duit sendiri. Hikhik. Thanks ye Encik Suami sayang >.<

After shopping sakan tu, kami naik Semua House then ambil kereta. Dalam hati, ouh LAPARnye. Memang nak makan sangat masa tu. Perut memang dah tak boleh nak bertahan walaupun sementara. Cari punya cari siap sampai Kerinchi. Jauh giler. Ada satu kedai makan Nara Ayam Golek area Bangsar South. Agak-agak kedai orang Kelantan sebab masa nak ambil order tu, makcik tu tersasul-sasul cakap bahasa standard. Hehe. Iye lah makcik, saya pun orang Kelantan. Tak payah kecek luaiii lah ye. Haha. Siap makan, kami pulang ke hotel. Bajet dalam hati, mesti dah banyak parking kosong since masa tu orang ramai dah balik kot. Okay, memang ada parking. Ouh hati girang. Tak payah jalan kaki jauh. Masuk parking lot tu, terus Encik Suami ajak pergi jalan-jalan LAGI kat gerai area Masjid India tu. Mestilah mauu kan? Jalan-jalan sampai lebam rembat 2-3 helai daysuits lagi. Haha. Okay dah, duit tinggal sikit, jom kita balik hotel. TIDUR. Esok nak ke SOGO carik barang baby boy. Tidur awal ye. Heee ;)

Ini lah antara hasil dari tangan yang tak statik dalam kereta yang bergerak tak henti-henti dengan menggunakan kamera yang dah habis guarantee. Haha. Jari pun tak henti-henti nak klik sana klik sini. Entah hape-hape la mummy ni.... Layan ~

Ini jalan kat tengah-tengah tu, yang banyak simpang.
Naik pening tengok jalan. Nasib tak ada kereta on road. 

Ini jalan berhadapan dengan RBH Islamic Bank. 
Tak nampak macam jalan daa.

haa.. yang ini nampak agak clear sedikit dari yang atas.

Ini kat simpang nak masuk Jalan Tunku Abdul Rahman.
Berhadapan dengan Houz Depot tu.
Nampak lah jugak bumbung KLCC tu walaupun di ''oil-painted''
Hehe

Haha. Deretan kedai bersebelahan dengan Sogo.
Nampak butik Versace saje.

Jalan lengang sebab dah lewat malam.

Kedai kain berlambak-lambak.
Rambang mata saye :)

p/s : pening kepala tengok gambar ni. bila lah Encik Suami nak beli Canon EOS tu ye? ;p

24 January 2011

jalan saja makan angin pantai .

Salam.

Hujung minggu memang bosan. Tak ada kerja nak buat. Makan angin pun kira jadilah. Jangan makan orang sudah! Haha.. Jom layan. Ahad lepas, kami ke pasar tani di Stadium Kuantan, lepas makan tengahari, kami husband&wife ke Teluk Chempedak, lepas tu ke Pantai Sepat. Lepas tu ke Ariani, lepas tu ke Alamoda, lepas tu makan-makan. Lepas tu, balik TIDUR sampai Subuh. Penat tapi happy. Kami keluar bertiga dengan Cik Syue Shahirah. Gembira dengan berita beliau bakal bertunang dan akan berkahwin Jun nanti. Wish you gOod luck ye.. ;)

Okei. Sorry gambar berterabur. Tak nak susun boleh? Perut mummy dah boncet ye... =D









18 December 2010

01 December 2010

mak bUyUng .

Salam.
Hehe.
Saja nak tayang gambar IBU mengandung.
Jangan marah ye. Kalau tak suka, jangan tengok. heee..
Masa ni pose melekat kat dinding hotel EV World Shah Alam, baru je sampai dari Kelantan.
Saja nak publish gambar perut yang kecik tuh ! ;p
Warna tudung dengan warna baju MEMANG tak padan langsung.
Main rembat saja. Tapi, asal selesa je kan? 



p/s : berat badan dah naik. Yeahhoooou !! 

14 June 2008

just smiLe ;)

duh!
how is today?
hope everything is fine..
hari ni aku pon sehat, sehat sgt smpai makan pon byk..
entahlaa.. kat rumah ni makanan byk sgt..
tp bukan itu yg mahu ku ceritakan..
hari ni tiba2 hati ni teringat kat member2 masa sekolah dulu..
masing2 dah sibuk ngn hal masing2..
cepat sgt masa berubah n berjalan yee..
sampaikan x tunggu aku yg sorang ni..
ade yg dh jd tunangan org, isteri org pon ade..
yg nk kawen siap beratur la tggu giliran..
hehe!
xpe.. dah jodoh korang sampai awal..
alhamdulillah la yee..
aku mungkin after my degree graduation ni..
after i got my good job n br pk nk kawen..
insyaAllah..
=p

ms naimah + ms hana + ms zat + ms lieyna


gambar yg di atas tu masa kami pergi ke PCB (Pantai Cahaya Bulan) beberapa mggu yg lalu..
br je sebenarnya..
the day i got demam yg teramat la panasnya..
aku demam pon seminggu.. hehe..
actually pergi sane saje nk celebrate my belated buzday, sambut sehari after my day..
ntah aku pon tatau knape aku beria sgt nk smbut kat pantai.. padahal KBMall pon sebok menunggu kedatangan kami.. haha!
tp apakan daya, sampai sane dah pkul 1 tghari, tp masa tu tubuh aku sehat lg cuma ade sket tanda2 nk demam je..
tp aku teruskan jua niat suci murni tu sampaikan x boleh nk bangun selama seminggu..
huhu..
naya btul ape yg aku wat kat tubuh badan aku ni..
tp itu x mematahkan semangat aku..

dengar citer hari ni mama nk ajak my famili pergi ke Pantai Irama, just pergi minum air kelapa..
tp abah pulak yg menghilangkan diri..
agaknya malas nk menghabiskan minyak kereta kut..
ntah pergi mane.. hehe.. pandai abah melarikan diri yee..
my adik bongsu plak tido.. saje nk kenselkan rancangan kitrg.. arghh!
memang x jadi la kami satu famili p makan angin hari ni.. hehe..
x mengapa la.. byk masa lg kannn??

hari ni aku pon xde wat pape juge..
just teman mama tgk cite hindustan kat tv..
mula2 tgk tv2 pastu tgk tv3 plak..
dah keje xde.. ngadap tv je laa..

- makanan masa demam hari tu -

malam nanti aku nk pergi teman my buah hati naik bas..
dah habis cuti yee shayang??
okay nanti i sampai sane..
ingat nk p pick up kat umah je, tp die segan plak kat jiran, almaklumlah sudah berjanji yee sayang??
uitss.. cian plak kat jiran tue..
neway, xpe, nanti malam ni, i teman u naik bas yee shayang..hehehe

nanti kite jumpe kat KL jelaa..
even b balik pon, bukannya kita bole jumpe yee..
keadaan selalu x izinkan..

ermm.. oklah..
hajat d hati mau turun bersiar2 d halaman rumah..
papai!

;) zatul hernani

@herneesa.hijabs coming near you sooner!

Assalam. @herneesa.hijabs @herneesa.hijabs - Letak nama pun macam klise-kan. Ye lah biasalah. Lagu tu la kalau nak meniaga. Nak bertaarufan ...