15 September 2011

semua nak cerita .

Salam.

Mata tak boleh lelap. Sekarang dah 2.30 pagi dah. huarghhhhhhhhhhh! Tiba-tiba rasa nak buka blog. Tadi tak buat apa, tidurkan Khalish lepas tu tengok The Chronicle of Riddick @ 8TV. Tak tahu nak tengok cerita apa. Siaran lain semua tak menyengat malam ni. Hambar. Tawar. Tak ada gula langsung. Masin pun tak ada. Siaran berbayar pun sama. Malam ni malam tak buat kek, patutlah rasa semacam je. Ada rasa tak best. Tak seronok kalau tak godek-godek sambil gedik-gedik kat dapur kesayangan mama saya tuh. *sayang ke? messy ye !

Petang tadi around jam 5 ke Kota Bharu ambil adik kat pusat tusyen area Jalan Che Su kat Kota Bharu, sambil hantar kek customer. Comel je Puan customer saya tadi. Manis dan lembut saja orangnya, semanis dan selembut kek yang saya hasilkan untuk beliau. Tak banyak songeh Puan customer yang saya jumpa tadi. Tak macam sesetengah customer yang punyai fi'il perangai yang entah hape-hape yang sengaja nak jatuhkan maruah baker macam saya. Huh. Menyampah I youuuuuuuuuuuu ! *eyh. Ok. Just forget it. Tak baik mengata. Berdosa aibkan orang. :)

Selesai kat situ, mama ajak pergi Tesco. yahoo! Boleh shopping fresh udang dan ketam untuk buat maggi malam ni. yeah. Beli ketam 6 ekor which cost RM 13 something dan udang tak ingat nak kira berapa ekor berharga RM 3.40 satu plastik tu. Lepas tu pusing lagi pergi cari full cream milk untuk agenda kek saya yang rainbow-rainbow tuh. Siap semua, turun ke food court sambil mata melilau cari anak dan nenek dia yang hilang entah kemana. hehe. Jumpa, tapi tengah syok order yee mee hot plate. yuhuuuu, my favorite dish kalau turun kat food court tu. Sedap tapi yee mee dia SIKIT sangat. Alah, tak kisah lah. Asalkan kenyang perut. Anak, saya riba. Sambil mulut nganga luas-luas bedal meeeeeee! ^____^

Teringin nak buat kek rainbow masa kat rumah malam tadi, tapi, maggi ketam+udang macam mana? Mana satu nak mula dulu? Nak buat kek ke atau nak buat maggi? ish. ish. Pening kepala pikirkan. Siap boleh termenung lamaa kat dapur. Nak buat kek, tapi bukan untuk customer. Buat untuk penuhkan ISI perut yang senantiasa tak penuh-penuh. FikirpunyaFIKIR, teringatkan udang dan ketam tadi. Kalau simpan lama mesti dah tak segar kan? Maka, malam tadi terjadilah agenda menari bersama kuali dan senduk. Maggi jugak yang menjadi pilihan... Tak apa. Hendak sedapkan hati, ESOK nak buat kek lepas tu MAKAN sorang diri. Haha. *taik idung masinnnnnnnn betul.

Hari ni, sehari suntuk menunggu jiran sebelah rumah bukakan wireless line dia. Dari pagi sampai tengahari, dari tengahari sampai petang, dari petang sampailah ke malam. Menunggu macam orang sasau. At last, pukul 1 pagi DIA bukak ! yeay. update blog sementara mata terkatup. Boleh jugak berkongsi cerita kan kan kan? Wokei. Dah habis cerita untuk hari ini. So, marilah kita sama-sama melelapkan mata. Jom-jom-jom..

Jom tidur lah.




ouch! Please =P

Assalam. 24 Oktober 2017 - Selasa So remember me, i will remember you.