19 September 2011

Lagu ku HANYA untuk mu ;)

Salam.

Malam tadi tertidur awal sebab terlalu penat, habis satu badan sakit dan lenguh-lenguh penangan drive kereta kesana-kesini. Memang dah set jam biologi nak bangun balik untuk solat Isyak. Malam tadi, tak tahu lah kenapa. Satu badan gatal-gila tak boleh nak tahan. Garu punya garu sampai LUKA, pedih nya sikit je. Uis. Geram nak gi berendam dengan air garam. Kasi gegar sikit ke-gatal-an tuh. Alahan betul dengan debu dan habuk. Saya memang tak boleh langsung dengan TEMPAT berdebu ataupun yang ada sikit habuk. Mesti satu badan termasuk muka gatal. Naik merah-merah, siap bengkakkkkkk lagi tao! Uh, sadis la. So, pengajaran cerita kat sini untuk saya ADALAH, esok sila BASUH cadar ye. Cadar tu dah banyak binatang kecil / kuman-kuman yang sedang bergembira bersuka-ria. SILA basuh. haha. *amik kau malas sangat ! =D

Haaa. Petang tadi, tercapai hajat nak buat OREO CHEESE CAKE. So happy. Senang je nak buat, tapi teknik saja yang penting. Kalau resepi dalam buku, tak semuanya betul unless ianya tested recipe. Mujur lah masa belajar di UiTM Dungun dulu ada banyakkk belajar pasal cheese ni. Kat Crowne Plaza Mutiara Hotel pun sama. Belajar dan belajar sampai berjaya. Terbaik ah ! Cheese dia remeh sikit ya. Tapi tak sangat bagi saya. Best. Kalau dulu, masa hotel training kat Crowne Plaza Mutiara Kuala Lumpur, hari-hari terperap dalam chiller sebab nak 'ngappp' cheese cake with strawberries. Aummm. Sangat best dalam keadaan sejuk dapat makan semua buah yang ada dalam chiller tuh. Termasuklah cheese cake. Teruja. Hari ini, dapat buat sendiri guna recipe yang tested, mesti la happy kan? Alteration untuk recipe memang menjadi kegilaaaan saya. Sebab kita dapat bubuh apa yang kita suka dan kita buang apa yang kita tak suka. Masuk itu masuk ini, maka jadilah OREO cheese cake. Hehee ^________^

Masa untuk melelapkan mata. Mau jadik sleeping beauty untuk seketika. Esok banyak kerja nak kena buat. Busy-busy-BUSY lah menjelang Jumaat ni untuk 200 pieces fruit tartlet. Nak kena sudahkan shell dulu sebelum godek menda lain. yuhuuu. Pintu rezeki sentiasa terbuka. Alhamdulillah. Nah ! Lagu ini saya dedikasikan untuk semua pembaca blog 'www.zatulnani.blogspot.com' , i really love you, forever and ever. Muaach ^____^



@herneesa.hijabs coming near you sooner!

Assalam. @herneesa.hijabs @herneesa.hijabs - Letak nama pun macam klise-kan. Ye lah biasalah. Lagu tu la kalau nak meniaga. Nak bertaarufan ...