24 November 2010

Salam.

Ouh. Tak sabar nak membeli-belah barangan baby kecik. Cuma tunggu masa je la. Husband pun beria-ia minggu depan. Beli awal-awal tak salahkan? Maklumlah anak sulung. Keterujaannya lebih dari biasa. Beli sikit-sikit je dulu. Beli yang mana patut. Baju baby tu beli yang 6 bulan ke atas terus. Sebab, baby ni cepat membesar. Kalau beli yang kecik-kecik pun, pakainya tak lama. Beli 5 helai boleh lah. Selebihnya, cari yang besar terus. Cuma, saya tengah cari idea pasal tilam, botol susu, beg dan semua tu. Tengah survey jugak ni. Ada jumpa 4 blog untuk dijadikan panduan. Nanti saya update kan. Minggu depan, nak ke klinik buat blood test then nak mintak doktor periksa jantina baby kecik ni. Lelaki ke perempuan? Lelaki dah ramai. Keluarga husband pun sama. Semuanya Lelaki. Perempuan boleh bilang dengan jari je. Tapi, tak kisahlah jantina apa pun. Asalkan baby lahir dengan sempurna fizikal dan juga mental. InsyaAllah. Kandungan dah nak masuk 4 bulan. Rasanya baki masa 5 bulan lagi tu, amat pantas kalau kita tak rancang dengan sebaik-baiknya. Kan?



eh, comeback ke sis?

Assalam - 13/10/2017 , Jumaat. Kita datang jengah blog kita ni bukan nak buat comeback pun, sebab kita tahu entah bila kita akan jadi ra...