24 November 2010

Salam.

Hari ni kandungan saya masuk minggu ke-15. Macam biasa lah, macam yang dulu-dulu, tak ada mual, tak ada loya, tak ada muntah teruk. Pagi ni rasa senak sikit saja sebab tak sarapan pagi lagi. Ingat nak goreng nasi pagi ni, tapi bahan basah masih keras. Sementara tunggu daging lembut, tiba-tiba rasa teringat kat zatulnani.blogspot. Serius, saya tak ambil serius pun kat blog. Kecian. Huhu. Tapi dua-tiga menjak ni, rasa nak cerita semua kisah-kisah yang sudah basi dua-tiga minggu lepas. Hehe. Gian lah katakan. Sebab, sejak dari dulu memang kaki BLOG sebelum adanya facebook tuh. Kadang-kadang, layan facebook pun muak. Tak ada pembaharuan langsung. Kadang-kadang je lah. Selalunya, memang layan jugak sampai larut malam kalau tak ada kerja. Tapi, sekarang ni, status jarang sangat bertukar-tukar macam dulu. Malas punya pasal. Malas. Uh. Memang malas lah.

Mak buyung yang malas. 
Tapi, kalau bab masak, memang saya nombor satu yang ke dapur !
Best tau main masak-masak ni. Rasa puas hati yang amat~

Hari ni, bukan nak tayang gambar mak buyung dengan perut boncet tu. Tapi hari ni nak kongsi sedikit ilmu tentang kehamilan, petua dan juga nasihat. Jom baca ! 2 tips saja ye. Selebihnya, di hari yang lain. Hehe.

  • Bayi rambut kerinting : Makan 5-10 isi kerang rebus setiap hari dari awal mengandung hingga cukup bulan. Ala, makan kerang rebus je. Senang kan? Tapi, jangan makan banyak kerang tu, tak pasal-pasal rambut anak kita nanti tak boleh di sikat. Huhu
  • Anak berkulit cerah : Kalau parents bergulip gelap, dan menginginkan anak berkulit cerah, memang ada cara. Saya pun baru baca. Ibu mengandung haruslah memakan banyak sayur-sayuran iaitu sayur bayam. Amalkan sehingga melahirkan anak. InsyaAllah. Kita usahakanlah.
Kepada ibu-ibu yang di luar sana, marilah kita pakat amalkan. Semoga usaha kita yang sedikit ini akan dimakbulkan oleh Allah swt. Selamat menjadi ibu !

@herneesa.hijabs coming near you sooner!

Assalam. @herneesa.hijabs @herneesa.hijabs - Letak nama pun macam klise-kan. Ye lah biasalah. Lagu tu la kalau nak meniaga. Nak bertaarufan ...