Salam
Tiba-tiba teringat zaman belajar dulu. Ini saja gambar yang ada dalam external hard disk, yang lain entah kemana menghilang. Ini masa degree. Masa diploma dulu banyak jugak posing mengancam dalam kitchen. Tengah masak pun kira ON kalau kamera tiba-tiba lalu depan mata. Rindu nak masak ramai-ramai macam dulu dan lepas tu, bawak balik makanan yang sudah dimasak, leftover, kutip semua bahan basah yang lecturer nak buang. Haha. Kami recycle balik bila dah sampai rumah. Macam-macam makanan yang terhasil. Best. Dapat masak lepas tu jamu pulak kawan-kawan yang datang ke rumah kami. Hehe. It's a priceless moments! Tengah-tengahmalam pun, bangun masak lagi. Gian betul budak-budak culinary ni.
Masa diploma paling best sebab selalu masuk kitchen. Tiap-tiap semester ada subjek dalam kitchen. Basic lah, advance lah. Macam-macam lah. Macam-macam makanan yang kami masak. Individu pun ada, berkumpulan pun ada. Paling gerun masa cooking assessment untuk individu. Haha. Tapi masa degree, kami dah rasa biasa. So, bila ada ujian ke, individual assessment ke, kena masak yang susah-susah ke, dah tak ada rasa takut. 3 tahun main masak-masak masa diploma dulu banyak memberi kami pengalaman berharga. Masa degree pun sama. Semuanya syok. Puas hati bila dapat masak lepas tu sedap pulak tu. Huhu. Betul ni. Tak tipu punyaa... Kepada adik-adik, abang dan kakak-kakak yang baru belajar kursus ni, tak kira di IPTA atau IPTS, belajar elok-elok ye. Catit apa yang anda belajar dari mula hingga akhir. Kerana, semua info itu adalah penting untuk anda tak kira apa saja anda lakukan. Hehe. Good luck babe !
with Yana & Pian.
Waktu ni kami masak makanan Indonesia.
Tak susah, tapi makanan Malaysia lagi sedap sebab lidah kita ni lidah Malaysia.
Tapi, setiap makanan tu, ada kelebihan masing-masing.
hehe ;)
Sebenarnya, tunggu nak ngap! je tu.. hehe..
Posing dulu 1-2 rounds. Lepas tu......... ;p
Last year dinner di Glenmarie Hotel Shah Alam.
Chinese set menu sampai kenyang. 10 orang 1 meja, memang tak cukup makanan!
Huhu. Tapi, sedap.... ;)