Salam.
Hari ni sehari suntuk merayap dalam bandar Kota Bharu. Selesaikan kerja satu-satu. Penat tak usah cerita. Nasib baik kereta tak bersusun-susun di jalanan macam minggu-minggu lepas. Penjawat awam dan swasta sudah mula bekerja dan pelajar pula sudah mula bersekolah. Lengang. Laju macam pelesit bawak kereta. Owh. Best lah. Satu kepuasan kalau tak ada kereta di jalanan. Saya tak suka bawa kereta macam nak makan angin di tepian pantai. Kalau ada arah dan tujuan, teruskan dan jangan lengahkan. Betul kan? Ini tak, terlalu mengikut undang-undang sehingga menyusahkan orang lain dan mengganggu pemanduan pemandu sekeliling.
Hari ni, sekali lagi mengidam nak makan Nasi Kukus Zaeman dekat Kampung Kraftangan tu. Nasib baik berteman. Tak adalah malu sangat saya menghabiskan isi peha ayam goreng berempah, hingga ke tulang ! Itu part yang paling syok. Tapi petang tadi, sebungkus nasi kukus tak sesedap seperti kebiasaan. Tawar. Pahit. Pelik. Rasa yang tak pernah saya rasa sebelum ini. Tapi, tak kisahlah. Janji HABIS satu bungkus dengan isi peha ayam berempah yang mengancam itu. Esok lusa tulat dan minggu-minggu seterusnya, memang nak makan lagi. Hari-hari pun tak mengapa. Kalau itu namanya mengidammmmm ! Bukan mummy nak makan, tapi baby yang mengidam...
Hujan lebat di Kelantan dari pagi hingga ke malam. Sejuk rasanya hingga ke tulang hitam. Esok? Mohon dengan Tuhan, janganlah hujan esok hari. Ada baju yang belum dijemur, belum sempat dibasuh. Oh. Kulapuk akan datang menyerang. Kalau hujan juga esok, alamatnya pakai baju sama 3-4-5 hari. Haha. Busuk.
Masuk minggu ke 21 hari ni, si anak kecil sudah menggeliat kasar. Kadang geli kadang sakit kadang nak terkentut. Haha. Pusing sana pusing sini, macam tak nak duduk diam. Anak lelaki ke? Gerak situ gerak sini. Geli perut. Tak duduk diam langsung. Jantina belum nampak lagi. Tak boleh nak agak. Sebab ada yang cakap anak lelaki, ada yang cakap anak perempuan. Kata orang tua-tua, perut bulat macam bola itu tandanya anak perempuan. Kalau perut kelihatan jatuh ke bawah itu tandanya anak lelaki. Kalau ikutkan, perut saya bulat macam bola. Mummy dia pun asyik nak cantik-cantik saja. Kadang-kadang perasan lawa. Macam hampeh. Haha. Tak boleh blah langsung. Alah, perasan sorang diri je. Bukan ada sesiapa pun. Kan? Wajah kita anugerah Ilahi. Cantik ke, tak cantik ke, bukan kita yang buat. Allah swt yang buat kita. Redha dan terima sajalah. Allah sudah buat yang terbaik untuk kita. Terserah kepada kita untuk bersyukur atau tidak. Betul?
Okay. Hari ni hari yang penat sedikit berbanding hari semalam. Banyak hal yang sudah selesai petang tadi dan hari esok pula bakal menjelma. Seperti kebiasaan, malam sebelum tidur, saya pastikan si anak mendengar bacaan ayat-ayat suci al-Quran. Perkara wajib sejak minggu ke-16 lagi. Kata doktor dan juga melalui pembacaan saya, waktu itu baby sudah dapat mendengar bunyi dari luar. Hingga ke minggu ini, tak pernah sekalipun saya ketinggalan memperdengarkan bacaan surah dari al-Quran. Doakan yang terbaik.
Sudah dulu. Salam.
- I love you beyond paint, beyond melodies, beyond words. Hope you will always feel that, even when I am not around to tell you so -
@herneesa.hijabs coming near you sooner!
Assalam. @herneesa.hijabs @herneesa.hijabs - Letak nama pun macam klise-kan. Ye lah biasalah. Lagu tu la kalau nak meniaga. Nak bertaarufan ...
-
Salam. Pagi 18 Julai 2012 - Rabu, kami kru Radio Malaysia Kelantan FM ke Rumah Seri Kenangan di Pengkalan Chepa. Kami ditugaskan untuk ...
-
Salam. Hehe. Saja nak tayang gambar IBU mengandung . Jangan marah ye. Kalau tak suka, jangan tengok. heee.. Masa ni pose melekat kat dindin...
-
salam. hoh~! siapa pengantin yang sebenar nih? uhuhu~ sibuk aje gegirl nih. asyik muka dia aje atas mini pelamin tu.. =) sayang you dear...