Salam.
Selamat pagi rakan pembaca. Hari ni Kelantan masih lagi hujan. Suasana pagi seakan malam. Langit hitam dan gelap. Sejuk tak terkata. Nak mandi pun fikir dua puluh lima kali. Mandi ke tak? Mandi ke tak? Tunggu hujan reda dulu baru mandi. Sejuk sungguh. Air di kampung tak sama macam air di bandar-bandar besar. Air di kampung sejuk macam ais. Air bandar panas, kalau mandi pagi-pagi memang best. Segar semacam rasanya. Tapi, kalau mandi pagi-pagi di kampung, sejuk sampai muka, bibir dan jari-jemari jadi pucat lesi. Itu saya akui. Air telaga lah katakan. Tapi, rumah saya tak guna air telaga. Air dari Air Kelantan juga. Sama macam orang lain. Cuma yang lain sedikit ialah, rumah saya di tepi padang luas yang senantiasa berangin. Tak kira masa. Pagi, tengahari, petang, malam hatta tengahmalam sekalipun. Angin sejuk dari padang. Itu yang menjadikan air di rumah saya seperti ais. Oho. Betul saya cakap. Tambah-tambah kalau musim hujan sebegini. Kalau tak percaya, meh sini saya sponsor tiket, mai datang mandi ramai-ramai. Haha. Confirm ketat kepala lutut !
Bukan nak cerita pasal mandi dan air. Hari ini nak cerita pasal bilik saya. Ya Allah. Malu kalau suami balik kampung hujung minggu tengok bilik saya macam sarang tikus. Bukan saya yang buat, tapi, masa dan keadaan yang buat. Hehe. Buku-buku bertimbun. Baju situ-sana-sini, tapi tersusun ye. Tak bersepah macam bilik lelaki bujang tu. Alat-alat mekap berterabur sana-sini. Aksesori rantai gelang penuh satu bakul dan bersepah. Almari macam tak ada fengshui langsung. Almari ada dua. Satu belah depan dan satu depan katil. Menyempitkan lagi ruangan bilik. Eh awak-awak semua, ada tak siapa-siapa yang nak jadi interior designer bilik saya? Barang-barang yang lama semuanya masih saya sayang. Sayang sangat nak buang. Tapi, kalau tak buang, mana nak letak? Bila dah ada baby nanti, barang baby lagi. Barang baby bukan sedikit tau. Macam-macam dan macam-macam juga barang saya. Hadui.
Hari ini, nak selesaikan satu-persatu perkara dalam bilik ni. Tak larat nak pandang lagi. Tapi mana saya nak letak ye buku-buku dan semua barang-barang tu semua? Rumah saya tak ada stor. Kalau ada stor, confirm saya punya barang lebih besar dari stor. Haha. Sebelum perut jadi makin buncit, baik saya mula mengemas. Harap-harap selesailah masalah bersepah-sepah macam tongkang pecah ni.
Sudah dulu. Salam.
- I love you beyond paint, beyond melodies, beyond words. Hope you will always feel that, even when I am not around to tell you so -
@herneesa.hijabs coming near you sooner!
Assalam. @herneesa.hijabs @herneesa.hijabs - Letak nama pun macam klise-kan. Ye lah biasalah. Lagu tu la kalau nak meniaga. Nak bertaarufan ...
-
Salam. Pagi 18 Julai 2012 - Rabu, kami kru Radio Malaysia Kelantan FM ke Rumah Seri Kenangan di Pengkalan Chepa. Kami ditugaskan untuk ...
-
Salam. Hehe. Saja nak tayang gambar IBU mengandung . Jangan marah ye. Kalau tak suka, jangan tengok. heee.. Masa ni pose melekat kat dindin...
-
salam. hoh~! siapa pengantin yang sebenar nih? uhuhu~ sibuk aje gegirl nih. asyik muka dia aje atas mini pelamin tu.. =) sayang you dear...