16 May 2008

batu dan friendster..




Kawan biar seribu di Friendster..
Fenomena yang menjadikan masyarakat Malaysia pengguna Friendster paling aktif di dunia..

Bayangkan kita baling batu dikalangan orang ramai dan terkena pada seseorang.
Jika ditanya adakah mereka mempunyai Friendster, jawapannya adalah YA..
Apakah kaitan antara batu dan Friendster?
Tiada, cuma hendak memberi perumpamaan tentang bilangan pengguna Friendster yang semakin meningkat dengan hampir semua individu kita kenali berdaftar dengannya atau paling tidak pernah mendengar tentang Friendster.

Laman Web rangkaian sosial ini telah menjadi satu fenomena hebat dikalangan pengguna Internet Malaysia dengan statistik terkini menunjukkan 29% daripada populasi pengguna Internet negara ini memiliki Friendster.

Itu bermakna daripada kseluruhan 14.9 juta populasi Internet Malaysia, 4.2 juta daripadanya berdaftar dengan Friendster.

Cukup ramai dan bilangan ini dijangka semakin meningkat berdasarkan kepada ‘trend’ dan keperluan laman komuniti ini untuk orang ramai berhubung dan mencari kenalan baru (faktor utama penggunaan Friendster di Malaysia).

Malah menurut Pengarah Perhubungan Awam dan Pemasaran Friendster, Jeff Roberto dalam satu pertemuan dengannya baru-baru ini, pengguna Malaysia merupakan pengguna Friendster paling aktif di dunia.

Ia termasuk mereka yang memiliki akaun Friendster atau pengguna biasa yang sekadar melawat ke laman Web berkenaan memberi trafik tinggi setiap bulan.

Friendster juga merupakan laman web kedua paling banyak dikunjungi selepas Yahoo! dan di rantau ini sahaja 18.6% pengguna Friendster datangnya daripada Malaysia.
Boleh tahan juga orang kita!

Filipina mempunyai pengguna Friendster paling ramai di rantau Asia Pasifik iaitu 39.9%, diikuti oleh Malaysia 18.6%, Singapura 14.2% dan Indonesia 13.9% mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Alexa.

Maka tidak hairanlah jika kita lihat senarai 15 negara paling banyak mengkases Friendster datangnya dari negara-negara Asia Pasifik termasuk Hong Kong, China, Jepun, Taiwan dan Korea serta lebih 25 juta pelawat unik Friendster setiap bulan adalah dari rantau ini.

Siapa pula pengguna Friendster di Malaysia? Tentu sahaja wanita lebih ramai bilangannya iaitu sebanyak 55% manakala pengguna lelaki 45%.

Angka ini hampir sama seperti negara-negara Asia lain.
Bukan remaja sahaja kini bersosial di Friendster, malah mereka yang bekerja, sudah berkeluarga, artis, selebriti dan yang berumur juga seronok berkawan-kawan di Friendster. Pengguna Malaysia menghabiskan purata 245 minit setiap bulan (perseorangan) di Friendster, menunjukkan ketagihan bersosial tinggi di laman web ini berbanding laman sosial lain di Internet seperti MySpace dan Facebook (Comscore Oktober 2007).


@herneesa.hijabs coming near you sooner!

Assalam. @herneesa.hijabs @herneesa.hijabs - Letak nama pun macam klise-kan. Ye lah biasalah. Lagu tu la kalau nak meniaga. Nak bertaarufan ...