12 October 2008

eid mubarak di hati ;)


salam..
rasanya dekat seminggu saya menghilangkan diri dari blog ni..
dan bermacam reaksi yang saya terima dari teman-teman..
bukan apa, saya tiada cerita yang ingin di kongsikan..
ceritera raya saya seperti biasa sahaja..
tidak ada yang menarik..
bukanlah saya merajuk.. bukan juga makan hati..
sekadar mengembalikan keyakinan diri yang kian rapuh..
tambahan lagi, saya dikejar oleh masa..
terkejar-kejar saya dibuatnya..
dan masa memang sentiasa mencemburui keadaan dan kesenangan saya..
kenapa ya?

owh.. kita lupakan seketika tentang masa..
bercakap hal masa memang x akan surut..
;)

berbalik kepada hal beraya..
raya kali ini betul-betul membuatkan saya menginsafi diri..
sepanjang di kampung, saya bermuhasabah diri..
mengimbau kembali apa dosa yang telah saya lakukan sepanjang bergelar khalifah di bumi tuhan..
banyak dugaan yang berlaku yang hampir merobohkan pegangan yang selama ini saya dan familia bergantung harap..
mana tidaknya, bermacam perkara yang terjadi sepanjang tahun ini..
apapun, saya betul-betul bangga menjadi seorang anak kepada ibu dan bapa yang begitu tabah..
mama, abah, saya terkilan kerana tidak bersama ketika kejadian itu berlaku..
dan jikalau saya ada bersama di waktu itu, saya pasti sudah berubah dan bertukar wajah..
tetapi, Tuhan masih mahu menguji saya sepertimana Dia menguji hamba-hambaNya yang lalai..
kadang-kadang, saya terfikir, kenapa kita ni masih lagi di takuk yang lama?
kenapa masih lagi x sedarkan diri setelah berkali-kali Tuhan tunjukkan kebenaran?
saya buntu.. kesedaran dalam diri belum sampai ke kemuncaknya..
apapun, saya redha..
berilah ruang untuk saya befikir sejenak..
dan berharap agar Allah swt memberi saya waktu dan ruang untuk berfikir secara mendalam dan waras..
masih banyak dugaan dan cabaran untuk saya di masa akan datang..
semoga Allah swt menenangkan hati saya pabila berhadapan dengan situasi yang x terjangka..


these are some pictures masa bergedik dan bersantai on 1 oktober 2008..
silakan scroll down..
tq..
;)

inilah familia saya, iaitu keluarga asas saya..
keluarga yang telah mengajar saya tentang erti kepayahan dan kesenangan dalam kehidupan..
saya pernah berkata kepada mama saya yang saya ingin mati bersama mereka..
boleh ke begitu?
apa pun yang terjadi, izinkanlah saya kembali seperti yang di nanti..
insyaAllah ma..
itu janji saya..

pesan saya kepada adik-adik saya, kita jagalah hubungan ini sampai ke hayat yang terakhir..
jangan tinggalkan satu sama lain..
jangan pentingkan orang lain..
dan...
jangan cuba khianati hubungan yang terbina dari rahim mama..
insyaAllah adik-adikku, kita pasti bahagia..
sampai mati, aku sayang kamu semua..

biarlah apa yang bakal terjadi, cubalah untuk menjadi diri kita sindiri..
jangan sesekali hancurkan perasaan antara kita..


==========================================================

itu antara cebisan kenangan sewaktu eid mubarak..
kepada familia, semua yang berlaku itu kita simpan kemas-kemas ye..
simpan di hati pun cukup..

===========================================================

@herneesa.hijabs coming near you sooner!

Assalam. @herneesa.hijabs @herneesa.hijabs - Letak nama pun macam klise-kan. Ye lah biasalah. Lagu tu la kalau nak meniaga. Nak bertaarufan ...