10 November 2008

..budOk KLATE ;)


Pengarah: Wan Azli

Pelakon:
Danny (Buchek)
Bienda (Che Nor)
Mohd Asrulfaizal (Jaha)
Md Eyzendy Li bokbong

Kategori : Filem Cereka
Bahasa : Bahasa Melayu

Klasifikasi : U - Untuk tontonan umum
Tarikh Tayangan : 30 Oktober 2008

Filem ini yang pada asalnya dinamakan sebagai ‘Koya Best’ kemudiannya ditukarkan kepada "KB-KL-US’ dan ditukarkan lagi kepada "Budak Kelantan".

Dibarisi dengan pelakon yang sudah di kenali dan akan di kenali seperti saudara Asrulfaizal , Bienda dan Danny X-Factor.

Buchek dan Jaha, dua teman sekampung dengan kehidupan berbeda.

Buchek, seorang graduan manakala Jaha, lepasan Sekolah Henry Gurney.

Zaman kanak-kanak dan ketenangan di bumi Kelantan ditinggalkan hanya untuk dipertemukan kembali di Kuala Lumpur, kota idaman yang juga kota penuh dugaan.

Pertemuan itu mendedahkan kehidupan hitam Jaha – pedagang dadah, perempuan dan liar, mendorong Buchek untuk membantu sehingga sanggup mengorbankan cintanya apabila menyedari temannya itu jatuh hati pada kekasihnya, Che Nor.

Buchek rela melepaskan Che Nor, namun mampukah cinta mengubah manusia seperti Jaha yang selama ini hidup berkiblatkan Barat itu? (AMERICAN GANGSTER)

Salahkah Che Nor mempertahankan cintanya pada Buchek dengan alasan soal hati bukan sesuatu yang boleh diperdagangkan?

Sedang Buchek pula mempertikaikan pendirian Che Nor yang dianggap lebih mementingkan diri daripada perintah Tuhan.

Satu pembunuhan berlaku lalu mencetuskan satu transisi dalam episod cinta dan hidup Jaha, Buchek serta Che Nor.

--------------------------------------------------------------

P/S ::

walaupun JAHA tu JAHAT, tapi saya tetap suka dia. ehee.. ;) sebab dia COMEL sangat.

paling benci masa babak dia nak ROGOL ana dalam bilik, buka seluar then nampak REAL giler!! eee... geram rasa nak bunuh je JAHA yang JAHAT tuh!! menyampah. TAPI, bila tiba saat JAHA mati kemalangan, memang sedih giler. hilanglah seorang PENJAHAT bernama JAHA yang CUTE tuh!

uhuuu... ;)

nak p tengok JAHA JAHAT lagik!! suka tengok dia even dia JAHAT giler!!

JAHA, JAHA, saya suka kamu!

(tapi, JAHA dah kawen bulan 8 lepas.. MELEPAS lor saya!)

ahaa.. ;)

(kalau chempaka baca entri ni, mesti dia gelakkan saya GILA-GILA)

kalau nak tahu, nama kawan baik JAHA tu sama dengan link member saya kat bawah ni..

LIBOKBONG

ehee.. check it out!!

http://bokbongtuyuk.blogspot.com

anyway,

saya suka JAHA JAHAT tuh!!!

ohoo..

;p

eh, comeback ke sis?

Assalam - 13/10/2017 , Jumaat. Kita datang jengah blog kita ni bukan nak buat comeback pun, sebab kita tahu entah bila kita akan jadi ra...