13 November 2008

cerita 4.30 petang 4.30 pagi saya!

sedang saya main kemas-kemas baju semalam, Fatin A.K.A housemate saya mesej, ala-ala macam ni.. 'Zat, tido ke?'. saya x jawab. bukan x mahu jawab, tapi saya hanyalah beberapa cm saja dengan si Fatin tu. sebelah-sebelah saja bilik dengan dia. lagipun, ini rumah. bukannya kolej. hehe. saya x jawab, selang 2 minit, dia masuk bilik saya. masa tu saya tengah berpeluh dengan kain baju yang sedikit tersusun (dah sudah mengemas laa..).
dia tanya saya, 'awak busy ke zat?'. saya cakap, 'x lah. sudah siap pun. cuma nak mandi dan menggonyoh bilik air saja'. bilik air tu x ada orang yang nak basuh kalau bukan saya. adeh! asyik-asyik saya. dah kebal tangan saya memberusnya.. huhu ;)

berbalik kepada cerita si Fatin tadi.

saya tanya dia, 'kenapa awak?'. dia jawab, 'saya nak g amik motor kat Setiawangsa ni. nak suruh awak drive kereta bawa balik ke Shah Alam'. owh.. itu ke? boleh je saya jawab.. tapi saya ni x mandi lagik(masa tu dah pukul 4 petang. hehe) dalam busuk-busuk tu, saya ke bilik air. mandi. siap saja, terus saya turun. kereta Myvi WQN 6610 milik 'gewe' si Fatin sedia menanti saya depan Restoren Molek. okeh. here we go!!

dari Shah Alam, kami ke Setiawangsa. kedai motor yang Fatin dan 'gewe' dia ingin serbu. banyak motor kat situ. so, saya apalagi. bergambar kenang-kenangan dengan jayanya! semalam hujan agak x lebat. lebih kurang 1 jam berbincang, akhirnya motor tu sah menjadi milik mereka. hee ;) tahniah-tahniah!!

saya di arah memandu kereta menuju ke Pertama Complex, ingin mencari topi katanya.
di situ banyak jugaklah pilihan. tapi, harga paling murah berharga RM 2800. aduh! pokai saya kalau saya yang beli topi tuh! huhu... saya bukanlah biasa dengan jalan KL ni. sampai saja di hadapan PC, saya ternampak tempat yang JAHA berlakon dalam cerita Budak Kelantan tu. nampak besi-besi warna biru + golden, tempat duduk bermozek. alahaiii... teringat pulak kat JAHA.. hehe ;)

berada di dalam PC, membuatkan mata saya melilau. tiba-tiba ternampak sekumpulan ahli korporat tengah berbincang. siapa la lelaki berkot hitam tu?? agaknya saya pernah lihat dia. tapi entah di mana. saya x layan sangat perasaan saya masa tu.. owh! Dato' Noh Omar rupanya. saya tahu sebab ada nama di nametag dia. hehe. garang jugak! alaa.. yang selalu berbalah dalam Dewan Parlimen tu. huhu. (kalau ada saudara-mara beliau yang terbaca, maaf ya. saya suara demokrasi..)

dari PC, kami bergerak ke Ampang. mahu melunaskan hajat lapar. kami ke Cafe Bonda di Ampang. best jugak even in small portion. kami makan je! lapar katakan. masa tu jam menganjak ke 11 malam. sesudah makan, saya pula di arah memandu masuk ke Lebuhraya Persekutuan. saya follow di belakang. tapi, WRY 6610 asyik hilang dari pandangan saya. adeh! nasib baik saya di temani oleh si kembar Fatin yang namanya Fatin jugak! kalau x, alamat sesat la saya kat Ampang tu sorang-sorang! kami menaiki Myvi WQN 6610. ikut saja laa. mereka gerak dengan kelajuan 180 km/jam. saya hanya 120 km/jam. mana boleh saya kejar??

sampai ke satu simpang, mereka berhenti. dan bertanya. 'mahu ke downtown cheras ke?' haaaaaa???? DOWNTOWN CHERAS??? saya dah lama betul x ke situ. so, saya angguk saja, dengan wajah menguntum senyuman. haha. terlepas hajat saya kali ini. yahoo!!

ingat x ingat, saya terus memandu. agak lucu pabila saya terpusing jalan yang sama. yelah! motor hijau tu dah tinggalkan kami berdua terkontang-kanting. saya pusing lagi depan GIANT Cheras tu. adeh! kenapa lah tinggalkan kami? nasiblah saya sudah biasa dengan jalan-jalan kat situ. huhu. dengan berbekalkan keyakinan diri, saya teruskan. owh. jumpa akhirnya motor hijau tu. masa tu dah pukul 12.30 tengah malam. erm..

sampai di downtown, saya memborong itu dan ini dan dalam pukul 2 pagi kami pulang. sekali lagi saya mamai! sampai depan Midvalley, saya asyik berborak dengan si kembar Fatin. dah la saya mengantuk giler-giler masa tu! fuhh... saya naik ke Bandar Sunway! alahai.. tapi dalam masa 15 minit, saya berjaya. haha. terpaksalah saya masuk Bangsar lagik! aduh.. padahal sikit lagik mahu sampai ke Petaling Jaya. nasib lah saya ni jenis yang cakna jugak hal-hal jalan nih. kalau x, sampai mana-mana dah kami melalut! saya ambil Jalan Seputeh. terus saja then saya berjaya. alhamdulilah. itulah! bawak kereta asyik menyanyi je kalau pasang Sinar.fm.. hehehe! masa tu dah 2.30 pagi..

saya sampai di Shah Alam dalam 3 pagi. sempat jugak saya merasa naik motor hijau tu. x delah mengidam kalau tengok orang naik kan?? hehe ;p

sampai saja, kami ke Barra. minum saja. dahaga sebab duk asyik sesat dan menyanyi dalam kereta. hehe..

kira-kira, kami bertolak pukul 4.30 petang dan sampai ke rumah 4.30 pagi.
saya cakap dengan fatin, "maghrib saya atas jalan dalam kereta". ;)
terus budak-budak ni diam dan senyum. balik semalam, terus saya lunaskan. moga-moga di ampunkan ;p

ini antara pictures yang sempat saya snap.. ;p




























































--------------------------------------------------------

dan ini pula masa saya di traffic light Cheras.

oh. baru ku tahu erti rindu :)

Salam. 1 Okt 2016. RINDU. Rindu sebab dah lama tak bersua. Sepanjang 2 tahun ni banyak benda berlaku dalam hidup. Ada suka. Ada duka. Tapi...