08 November 2008

kene sOund!!

aksi sengal yang x keterlaluan hokay!!

sebentar tadi saya log in ke Facebook.com, untuk meng'approve' semua requisition dari bakal teman.
saya sebenarnya tidak berapa suka dengan Facebook saya tu. saya x reti cara nak 'touch-up' untuk 'mencantikkannya'.. macam x user friendly saje. owh!! kenapa dengan ayat-ayat saya ni? tunggang-langgang pulak.. adeh! terbelit-belit lidah saya. okay-okay..

di pendekkan cerita...

saya telah di 'add' oleh 2 rakan sekolah rendah masa saya bersekolah di Sek. Keb. Pasir Hor(SKPH) dulu.. dulu-dulu ye.. ;) sudah lama mereka request tapi baru hari ni saya log in dan 'approve'kan. biasala. saya amat busy dan busy dengan blog saya. mana ada masa ingin kemana-mana. hatta ke Friendster sekalipun. jarang sekali saya update profile saya tu. kalau dikira dan dihitung, saya ada friendster, myspace, blogger, netlog, flickr, facebook dan macam-macam lagi lah! sampai saya naik pening. mana satu harus saya 'update'kan dulu. dan mana satu yang aktif. huh! bosan juga walaupun banyak benda yang boleh saya buat dengan benda alah tu semua..

ehh... sampai ke situ pulak saya. bukan ke saya cerita pasal kawan sekolah rendah saya dulu??
oho... sorry-sorry. saya x nak naik LORI tau! okay-okay. sambung-sambung! ;)

haa.. setelah mereka menunggu dan menanti, hari ni a.k.a petang tadi, saya telah meng'approve'kan mereka. selang beberapa saat, salah seorang dari mereka menulis sesuatu di 'wall' saya. katanya..(lebih kurang beginilah skripnya).. ;p
-----------------------------------------------------------

zatul... do u still remember ur long lost fwen...
i miss u sooo much... after 10 years..


erm.. salam.. sape eh? sy betul lupa la.. tp nama awk ni mcm familiar je.. ehe!

yanie.. serious mum xingat aku? skph, 5mawar.. eip bia btol xingat aku..
aku xpnah 4get mum tau dop!!!


ya allah.. betul sy lupa.. tp sy rasa nama awk ni familiar.. awk pengawas ko dulu?
sy duk skph sapa darjah 4 jah.. :)

-----------------------------------------------------------
P/S dialog,
kaler hijau : si kawan saya
kaler merah : saya la tu.. ;)

ingat x ingat, saya cuba untuk ingat dia. adeh! mereng sekejap kepala saya. siapa dia ni? nama dia memang popular. WAN IRYANI ASYRAN. nama yang sangat familiar. rasa saya, saya pernah sebut nama dia dan saya macam pernah hidup di kelahiran yang lepas (macam India la pulak) huhu... betul saya lupa. ada ke patut saya tanya housemate saya? erm.. nasibla mereka x layan sangat otak saya masa tu. aduh dan aduh! seketika, otak saya beku... oho!

duk tengah layan gambar-gambar dia dalam facebook, tiba-tiba saya tersentak! Owh!! baru saya ingat dia ni. nama IRYANI memang familiar. sebabnya, dia adalah teman baik saya masa kecil-kecil dulu. oho! ke hulu dan ke hilir saya dan dia naik basikal masuk kampung! ehee.. baru saya ingat dia. apa daa saya ni.. walhal IRYANI tu teman baik saya, dan kami selalu 'mengumpat' bersama-sama. sehati sejiwa la katakan. barulah saya ingat. dengan dia, saya ke kantin, saya ke tandas, ke bilik guru, ke padang sekolah(main lompat tali), ke taman bunga dan taman ikan, hatta menunggu bas pulang ke rumah setelah tamat waktu sekolah! huhu.. ;) ingat dan saya memang ingat. saya cam muka dia. sudah! memang saya ingat. yahoo! saya sudah ingat. yeyey!

dan, satu perkara yang saya paling ingat masa berteman dengan IRYANI dulu, saya kena marah dengan mak dia sebab saya telefon waktu maghrib.. (lebih kurang cam ni lah dialog dengan mak dia)
---------------------------------------------
saya : heloo, iryani ado?

mak : iryani mandi. sapo ni?

saya : sain yani ni. nok kecek nga yani buleh?

mak : dio mandi. oyak dok key sakni.

saya : oo. xpolah mokcik.

mak : eh, lain kali jange telepon rumoh ore maso-maso maghrib gini deh. ore x bua maso-maso gini. ingat tuh!

saya : ho.. (sambil angguk)
-------------------------------------------

masa tu rasa macam nak nangis sebab kena marah. hehe. padan muka saya. sape suruh call masa maghrib. ehe.. ;) masa tu pukul 7.20 petang. saya pun hampir lupa apa sebab saya call yani. hehe.. just lupakan. :)

apapun, dalam facebook tu saya sudah berjaya menjejaki kawan-kawan saya. harapnya, ramai lagi yang akan menjejaki saya.. hehe!

ouch! Please =P

Assalam. 24 Oktober 2017 - Selasa So remember me, i will remember you.