27 November 2008

pergi lagi.. ;(


alhamdulillah. akhirnya, dapat jugak saya bukak akaun nih.
banyak halangan betul tau!

tahun lepas, pernah jugak saya ke Maybank Padang Garong.
semata-mata ingin buka akaun ni.
tunggu punya tunggu, dapat le masuk. beratur di kaunter, amik nombor giliran, kena berkejar fotostat i/c ngan lesen kereta. macam-macam lagi lah!!
pastu kena temubual dan beramah-mesra dengan pegawai dia pulak.

hati saya x sabar-sabar nak siapkan cepat.
dahtu, lepas borak-borak kosong dengan pegawai dia, nama saya dipanggil.
kena tunggu lagik.
tunggu dan tunggu.
tengah syok-syok layan SMS dari kawan, orang kaunter buku bank panggil.
owh! nama saya ke? hehe.. yer lah!
saya pun pergilah..
sampai sana, diorang bagi kad manila kecik tertera nombor giliran 5858.
mak aii!! cantiknya nombor!! (dalam hati jer la)..
pastu si pegawai tu cakap, "nanti awak datang pukul 4.30 petang ye.
giliran awak pukul masa tuh!!"


amboi..
garangnya die..
okaylah..

pastu saya jeling jam tangan, MAK AIII..
sekarang baru pukul 8.30 pagi. nak kene tunggu ke??
mana saya nak pergi ni?
8 jam lagik!!
boringnya.. (masa tu saya dengan Hairul)

alahai.. hampeh betul pegawai tu. dah la cakap kurang ajar.
hurm..
tapi x apa. sebab saya willing, saya kena tunggu lah!
ye x?
.............................................................

petang tu seperti yang di janjikan, sampailah lagi saya ke Maybank cawangan Padang Garong tuh.
setibanya di sana, pintu dah CLOSE.
aikk!! cakap pukul 4.30 petang kena datang..
huiss...

saya masuk ke dalam bank, masa tu pakcik guard tu tanye nak buat ape?
saya cakap lah yang pegawai dia suruh datang masa ni.
okeh. saya di benarkan masuk.
nasib baik manila kad kecik yang bodoh terkoyak tu x hilang.
haha.
.................................................................

sampai di kaunter, pegawai tu ada. tersengih-sengih.
okey, saya cakap, "sekejap ye, nak g amik duit kat ATM sebab nak buka akaun ni".
pegawai tu cakap okay dia tunggu saya.
saya pun melangkahlah dengan bangganya menuju ke mesin ATM kat tepi tu.
duit dah ambil. jom kita ke tempat pegawai tadi.
jom! jom! jom!
..............................................................

HAH???!!
kaunter dah tutup?
ciss.. cilakak punya pegawai tuh!
grill besi yang memisahkan ATM dengan kaunter depan pun dah tutup.
saya ke pintu depan.
TUTUP jugak!
hampeh. (dalam hati saya dah menyeranah macam-macam)
tapi, SABAR-SABAR. x ada benda yang x boleh di selesaikan.
okay. kita gerak ke kaunter pegawai tadi.
nasib baik dia ada lagi..

"encik, macam mana ni?
saya tunggu dari pagi sampai la ke saat ni.
mana janji nak buat buku ni?"


urm.. bongok-bongok-bongok!
saya dah naik angin dah masa tu.
dia wat muka bodoh then dia cakap, waktu bank beroperasi dah HABES!!
saya GERAM giler.

terus saya panggil mama. mama tunggu saya dalam kereta masa tu.
mama memang x boleh kalau hal-hal bodoh ni berlaku.
terus dia carik parking, x ada pulak parking.
tapi x apa. mama kemudian masuk ke dalam bank.
dalam 10 minit mama dengan pegawai bongok tu borak-borak.
THEN, saya nampak mama KOYAKKAN borang akaun yang saya isi pagi tadi depan pegawai dan anak kuli dia.
hakhak.. padan muka pegawai tu. terlopong dia.
saya kat pintu utama sebab tengok-tengokkan kereta.
takut kena saman ke apa ke.
yer la.. lagipun kat Kota Bharu ni cepat sangat kena saman.
huis..
semenjak dari tu, MAYBANK memang hampeh bagi saya.
sebenarnya bukan MAYBANK yang hampeh.
tapi, PEGAWAI BONGOK tu hampeh!!

dah la kurang ajar, cakap kuat-kuat bagi orang dengar, gemuk, boroi. hahaha..
jahatkan saya?
yer lah. sebab dah geram masa tu.
tapi apapun, keadaan tu dah berlalu.
saya cuma ingin menghangatkan suasana hari ni je.
hehehe ;p

sebab tengahari nanti saya akan ke Maybank Tanah Merah.
settlekan hal Online Banking yang tergendala akibat 5 ATM rosak tu.
..............................................................

nak mandi tapi sini hujan.
sejuk lah!
:)




yes! dapat jumpa pakcik Wan Hairy tengahari ni.
dia datang pick-up saya ke Maybank.
mama call tadi, dia dah bagi green light.
hehe ;p

saya ke Tanah Merah sebab Machang x ada Maybank.
Machang kan COWBOY TOWN!
alahai... ;p

eh, comeback ke sis?

Assalam - 13/10/2017 , Jumaat. Kita datang jengah blog kita ni bukan nak buat comeback pun, sebab kita tahu entah bila kita akan jadi ra...