31 December 2008

selamat tinggal 2008

salam...

tinggal hanya beberapa jam lagi ke tahun 2009.
tahun baru yang bakal merubah dan mengubah nasib semua orang termasuk saya. banyak betul kenangan 2008 dan sebelumnya.
tipulah kalau saya kata saya tidak sedih dengan detik-detik terakhir tahun ni.
berakhirnya tahun 2008, maka berakhirlah juga kisah duka dan perjalanan hiba hidup saya.
banyak cinta dan cita melankolia yang telah saya tempuh sepanjang tahun 2008.
banyak juga kenangan manis sepanjang tempoh tahun ni..
bukan sikit dan bukan sekejap.
tapi apapun, yang telah berlaku, saya biarkan berlalu.
biarlah ianya berkubur dengan langkah luas saya satu ketika nanti.
apa gunanya saya tangisi pada sesuatu yang x akan kembali??
pasti saya lupakan semua kenangan itu.
bak kata mama saya pada AIRMATA, 'keringlah dikau wahai airmata kalau hanya untuk berduka. bertakunglah dikau dalam kesedaran. menitislah nanti kalau KETAWAKU akan terlalu LEBAR'...
saya akan sentiasa pegang kata-kata ini.
kisah cinta 8 tahun saya akan saya KUBURKAN sebelum detik 12 tengahmalam.
cinta itu saya biarkan ianya berterbangan seperti angin lalu.
memang pahit dan memang perit.
tapi apa daya saya?
ketika saya berumur 16 tahun, ada sebuah lagu nyanyian daripada Siti Sarah, KESETIAAN yang selalu menjadi teman ketika saya berduka.
dan ketika ini, lagu itulah yang menemani saya seperti memberi motivasi untuk terus melupakan kisah itu..
saya lepaskan dia dengan kerelaan hati....


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
kesetiaan..
menghalangi...
kupindah ke lain hati..
dan tak ingin ku melukai...
ku dambakan..
CINTA ini..
hanya kekalnya denganmu...
tapi KUDRAT..
tak di tanganku..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

kini saya temui cinta baru.
cinta yang mengajar saya erti sebenar kehidupan.
apapun, semua perkhabaran gembira terpaksa saya tangguhkan atas alasan tertentu. doakan saya dan dia bahagia.
saya tahu dan saya mengaku, saya masih baru dengan dia.
kami bersama meniti maksud hidup.
kepada Tuhan saya memohon, jangan ditarik semua yang saya miliki.
biarlah dia menjadi milik saya..
kerna, ajal dan pertemuan saya pasrah..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
aku jatuh cinta lagi..
untuk yang kesekian kali..
dan ku rasa tapi kali ini..
kutemukan cinta sejati..
yang tinggal dalam palung hati..
mahligai cinta yang sejati.
kurasa aku cinta dia..
lelakinya seorang setia..
kutemu dia di kerlingan mata..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
esok bermulalah cinta, cita, hidup dan semangat baru. insyaAllah.
zatulhernani, jangan menangis lagi.
aku ada disini dan lupakan masa lalu kerana jodoh berbicara lain!

sayonara 2008..

dan

selamat tahun baru 2009..

@herneesa.hijabs coming near you sooner!

Assalam. @herneesa.hijabs @herneesa.hijabs - Letak nama pun macam klise-kan. Ye lah biasalah. Lagu tu la kalau nak meniaga. Nak bertaarufan ...