23 January 2009

SELASA/RABU/KHAMIS.. keTENSIONan melampau~~!

habis sahaja kuliah hari selasa, 20 Januari 2009 lalu, saya bergegas pulang.
dalam hati mahu selesaikan hal chef yang x sudah-sudah.
saya tinggalkan chempaka dan fatin farah dan teruskan langkah.
saya cuba untuk membuat panggilan ke setiap restoren cina dan juga hotel.
jam waktu itu, tepat 2.45 petang..

saya lupakan seketika JELITA yang saya selalu tonton untuk chef demo ini.
biarlah~~ bagi saya, chef demo adalah penting.
saya x akan kemana-mana hatta keluar dating sekalipun.
saya pastikan kerja saya berjalan dalam satu pasukan!!!
bukan hanya dengan mendapat nama tanpa berbuat sesuatu..
betulkan? am i right?
tapi, saya x salahkan sesiapa..
masing-masing ada OTAK, mungkin hanya cerdik x cerdik sahaja yang menentukan~~!

kalaulah dapat dikira dan dihitung, mungkin seluruh hotel di Kuala Lumpur dan Selangor sudah kami terjah panggil!
dari pukul 2.45 petang sehinggalah ke malam, kami bertiga x putus-putus membuat panggilan..
kata chempaka, ini USAHA MURNI.. anyway, teruskan sahaja niat kita..
jangan putus asa dan teruskan pencarian..
Allah swt akan bantu hambaNya yang berusaha..
kami yakin itu dan kami teruskan..

sementara waktu solat, saya tinggalkan hal chef ini.
saya jamah sedikit roti dan air, tepat jam 8.30 malam, kami bertiga teruskan membuat panggilan..
saya yakinkan semua chef yang saya panggil, saya pastikan mereka setuju walau pada permulaannya nampak agak liat..
saya cuba juga memujuk dan akhirnya saya berjaya!
kami sudah berjaya..
yang tinggal hanyalah untuk berjumpa empat mata!!!
ESOK.. ya! hanya esok sahaja masa emas kami~~

dan seharian untuk hari itu, saya tidak menjamah sebarang nasi..
saya nekad untuk sudahkan semuanya malam itu..
untuk mata yang melihat, saya tahu semua nampak senang..
tapi amat perit untuk hati-hati yang menanggung!
sampai chempaka demam..
tapi semangat kami x lemah..
kami teruskan usaha..

sekali lagi, kami di dalam dilema..
kepada siapa hendak kami bergantung harap?
siapa yang akan membawa kami ke destinasi pilihan?
masa hanya tinggal esok untuk kami dapatkan maklumat tentang menu, chef dan semua lah!

dengan penuh harap, kami cuba untuk call penyewa kereta..
banyak nombor yang kami panggil, tapi semuanya OFF!
iyalah.. waktu itu pukul 1 pagi.. siapalah yang bodo sangat kan??
mungkin kami.. tapi, siapa yang lebih bodo?
hanya diri sendiri dan Allah sahaja yang tahu..

tapi alhamdulillah, akhirnya dapat juga kami sewa kereta..
walaupun sewa agak mahal, tapi berbaloi kerana perjalanan kami amat di berkati oleh Allah..
semuanya lancar dan kami tidak sesat!
saya tidak ada asas tempat atau jalan-jalan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor..
kalau ada pun, hanya sedikit..
saya memandu mengikut arahan dan alhamdulillah..
terima kasih kepada semua yang membantu terutamanya kepada..

- HAFIZ (my lovely uncle)
- SURIATI (my 'cun' untie)
- ARIA (chempaka's steady boy)
- ANAS (chempaka's fren)
- BOB PWTC (chempaka's fren)
- ABDILLAH (fatin's steady boy)
- FEIRUZ (fatin's soulmate)
- SYAMIMI (our classmate)

dear, thanks for all the helps..
we appreciate all the 'keriangan'..
lots of LOVE..

bukan kami bangga chef kami di terima pakai tapi kami bersyukur kerana semuanya lancar..
3 hari kami bertungkus-lumus sudahkan semua ini.
dan hari ini masuk hari yang ke-4 dan kami masih lagi berusaha..
banyak lagi kerja yang tergantung memanggil untuk di sudahkan..

buat chempaka dan fatin farah, kita akan kenang memori ini sampai ke hari terakhir hidup kita..
ada suka dan ada duka..
semuanya saya tulis ini bukanlah cerita yang biasa..
kita yang tahu kan?

kepada yang membenci, pasti akan bertepuk tangan..
tapi yang bersimpati, hanya mampu memberi KEYAKINAN..

@herneesa.hijabs coming near you sooner!

Assalam. @herneesa.hijabs @herneesa.hijabs - Letak nama pun macam klise-kan. Ye lah biasalah. Lagu tu la kalau nak meniaga. Nak bertaarufan ...