07 February 2009

gerak ke L.U.M.U.T

salam.
hari ini hari yang memenatkan anak tekak saya. seluruh badan juga penat. mujur x jatuh sakit menyelesaikan hal trip ke Pulau Pangkor ni. aduhai.. dari bangun tidur pagi tadi terus saya mengadap laptop untuk menyunting kertas kerja baru ke Pulau Pangkor. kalau x buat, siapa lagi yang mahu sudahkan? maksud saya, kalau KAMI bertiga diamkan diri, pasti x berjalanlah agenda kelas saya tu. saya bersama fatin farah dan chempaka mengambil alih tugas rakan sekelas setelah kertas kerja pertama di reject oleh Dekan Fakulti. x memenuhi kriteria katanya~~ yang macam mana tu saya x berapa pasti.. so, nak x nak, terpaksalah saya dengan dua orang sahabat tu bertungkus-lumus menyudahkan segala yang tertunggak. pelan asal trip kami adalah ke Pulau Redang, tapi, dengar cerita angin monsun di sana sangat kuat menyebabkan kami tukar pelan ke pulau di pantai barat. di tambah lagi dengan ketiadaan komuniti di Pulau Redang dan kesempitan wang budak-budak kelas saya. iyalah~! dulu mereka memang beria-ia nak pergi ke Sarawak, masa itu duit masih menggunung. saya x kisah kemana pun asalkan cukup bajet dan semuanyalah.. lagipula, PTPTN saya belum release lagi. so, terpaksalah saya pendamkan hasrat itu, kalau ikutkan hati, saya pun pasti gumbira bagai nak rak kalau dapat ke Sarawak. almaklumlah belum pernah saya jejakkan kaki ke sana. ikhlas, saya kesempitan duit. bayar yuran pun saya teragak-agak untuk minta dengan mama dan abah. kasihan mereka. saya pernah saksikan mereka bekerja untuk carikan anak-anak mereka sesuap nasi. sumpah saya kasihan dengan mama dan abah. lagipun, mereka banyak berkorban untuk saya dan adik-adik. x sampai hati saya nak minta lebih-lebih dengan mereka. cukuplah kalau saya hanya dapat makan sekali sehari. jimat katanya.. mama selalu nasihatkan saya,sebab saya ni jenis yang boros. ye.. hehe~~

esok, pagi-pagi lagi saya akan ke Lumut bersama Fatin Farah dan Chempaka untuk bertemu empat mata dengan Encik Hairul berkenaan dengan hal trip yang banyak kali tergendala tu.. harap-harap semuanya baik-baik saja esok. mungkin kami akan bertolak pada pukul 4.30 pagi dan di jangka sampai di Lumut pada pukul 8 pagi. kalau di izinkan Allah swt, kami mahu siapkan kerja-kerja itu semua sebelum hari Selasa. bayangkan masa hanya tinggal 3 minggu sahaja lagi, tapi satu pun x nampak apa lagi. apa lah budak-budak ni. memain sangat.. yang tua dengan cara tua, yang muda dengan cara muda.. x habis-habis nak ikut kepala besar masing-masing. cubalah mengalah sekali-sekala. kalau yang tua x nak mengalah, cubalah yang muda mengalah.. tapi, siapalah saya nak bersuara kan? saya bolehlah bersuara sekali-sekala. x selalu tu bolehlah. x semua orang akan suka kita kan? erm.. pikirlah sendiri.. saya dengan rasa ingin membantu, cuba mengambil alih tugasan memproses kertas kerja. tau-taulah kertas kerja ni banyak sangat songehnya.. entah-entah kena reject lagi sekali.. tawakkal ajelah.. harap semuanya berjalan dengan baik dan di berkati Allah.. insyaAllah..

apapun, doakan saya, Fatin Farah dan Chempaka selamat sampai ke Lumut dan selamat pulang ke Shah Alam. selain kerja ini, banyak lagi kerja kami yang tertunggak. tapi, di sebabkan rasa ingin melihat semuanya lancar, kami korbankan semua tu. selesai hal trip dengan Encik Hairul esok, barulah saya fikirkan hal-hal kerja sekolah saya. banyak sangat tu. minggu ni banyak pulak test. x mengapa~~ insyaAllah saya cuba usahakan.. semoga semuanya di rahmati Allah swt..
esok saya harus bangun seawal yang mungkin. mata pun sudah pejam celik pejam celik ni.. saya ke kamar dulu ya.. selamat malam.. salam.. ;)

oh. baru ku tahu erti rindu :)

Salam. 1 Okt 2016. RINDU. Rindu sebab dah lama tak bersua. Sepanjang 2 tahun ni banyak benda berlaku dalam hidup. Ada suka. Ada duka. Tapi...