salam.
fuh. lega. lega. fuh. huhu~
baru je balik dari Kota Bharu ni. penat tak hengat sikit hari ni sebab teruja ke Kota Bharu untuk bertemu teman baik. baik orangnya secantik tuannya. serius comel. memang dia comel. alahai, proses puji-memuji ni memang memakan masa yang agak lama lah~ haha.
sebenarnya, plan nak jumpa Cik Iza dah lama. seminggu yang lepas pun plan dah ada, cuma nak memastikan masa yang cukup tu yang payah. erm*.. akhirnya, payah-payah hari ini, jumpa juga dengan beliau. kalau ikutkan masa, memang sekejap sangat. sebabnya, saya jugak lah! siapa yang suruh lambat-lambat bersiap pagi tadi? huhu. dari rumah saya di Machang ke Kota Bharu mengambil masa lebih kurang 35 minit(kalau saya memandu lah~). kalau orang lain, saya tak tahu. dan kalau mama tahu, memang tahu-tahulah akibatnya. huhu... tak adalah laju sangat. cukup-cukup untuk sampai ke Kota Bharu.
pagi tadi bukak Astro Ria, tengok siaran ulangan AF yang ada Dafi tu. huu~ siapa yang tak teruja tengok Dafi tu kan? dah la comel je. sekali tengok, dua kali tengok, tiga kali tengok, memang Dafi sah-sah macam muka adik saya yang ke-4 tu. sebijik~ seiras! kalau tak percaya, tengoklah sendiri. erk! angkat bakul adik sendiri pulak ye.. huhu.. alah~! tak apalah, bukan orang lain pun. adik sendiri, kalau saya tak sayang adik-adik saya, siapa lagi yang nak sayang adik-adik saya? erm.. fikir-fikir~ nak harap orang lain sayang? siapa mereka tu?
okay~ kemana kita tadi? ish ish. melencong nampak.
haa.. tujuan yang sebenar saya pergi ketemu Cik Iza tadi untuk bertemu 2 mata, sekaligus untuk mengucapkan selamat tinggal kepada beliau. katanya Sabtu ini dia akan bertolak ke UPSI, Tanjung Malim untuk menyambung pengajiannya dalam bidang perguruan bimbingan dan kauseling. itu sebenar tujuannya~
tapi, apa yang berlaku adalah sebaliknya. Cik Iza tak jadi sambung pengajiannya di sana. al-maklumlah Cik Iza ni merupakan salah seorang daripada Board of Director sebuah syarikat perumahan tersohor di Kelantan. kalau orang Kelantan tahu akan nama Pingat Harmoni Sdn Bhd, pasti mereka kenal dengan orang-orang yang saya maksudkan. teman baik saya ni merupakan orang penting dalam mengendalikan hal-hal berkaitan perumahan.
betul jugak kan? kalau Cik Iza pergi ke Tanjung Malim, siapa pulak yang nak uruskan office dia di Pasir Pekan tu? erm~ bidang yang beliau bakal ikuti ni mengambil masa 4 tahun. umur Cik Iza sekarang sudah 24 tahun, kalau dia sambung, bila dia nak kahwin? huhu~ masalah jugak tu.. masalah kan kan kan? tapi, pssttt~~ dengar-dengar cerita ayah beliau dah setuju dengan buah hati Cik Iza tu, alhamdulillah.. semuanya ada hikmah kan? kita rancang lah macam mana pun, yang tentukan adalah Dia. kalau dia cakap macam tu, macam tu lah.. 'kun fayakun' kan?
apapun, i tumpang happy for u iza. hope hubungan u dengan incik wan pun akan selamat sampai ke jinjang pelamin.
p/s: sekian sahaja cerita saya tentang kawan baik saya. hehe~ ada lagi cerita tentang kawan saya ni, dia LELAKI. baik jugak dengan saya. rapatlah jugak. tapi sekarang tidak lagi, sebabnya dia sudah selamat bernikah dengan gadis pilihan hatinya merangkap teman baik saya juga. huhu~ saya tumpang happy jugak kat diaorang, nik faizal+ wan suhaila. mereka ni teman baik saya masa di SK Seri Chempaka dulu~ sama-sama berlumba basikal dalam hutan hujung kampung di Padang Tembak. serius lamanya masa-masa tu. rindulah~
- I love you beyond paint, beyond melodies, beyond words. Hope you will always feel that, even when I am not around to tell you so -
25 June 2009
@herneesa.hijabs coming near you sooner!
Assalam. @herneesa.hijabs @herneesa.hijabs - Letak nama pun macam klise-kan. Ye lah biasalah. Lagu tu la kalau nak meniaga. Nak bertaarufan ...
-
Salam. Pagi 18 Julai 2012 - Rabu, kami kru Radio Malaysia Kelantan FM ke Rumah Seri Kenangan di Pengkalan Chepa. Kami ditugaskan untuk ...
-
Salam. Hehe. Saja nak tayang gambar IBU mengandung . Jangan marah ye. Kalau tak suka, jangan tengok. heee.. Masa ni pose melekat kat dindin...
-
salam. hoh~! siapa pengantin yang sebenar nih? uhuhu~ sibuk aje gegirl nih. asyik muka dia aje atas mini pelamin tu.. =) sayang you dear...