12 June 2009

sesudah ketiadaan...

salam.

pagi kelmarin tepat jam 11.15, sedang saya berbual di telefon dengan Wan Hairy, satu panggilan masuk daripada teman lama saya. kata saya kepada Wan Hairy, saya mahu jawab panggilan teman saya dulu, petang nanti saya call lagi. terus saya letak.

saya jawab panggilan teman lama saya. Halina namanya. belum sempat saya cakap 'Hello', tersentak saya pabila mendengar suara teman lama saya menangis teresak-esak. sebak hati saya. saya tanyakan kepada beliau 'kenapa menangis awak'?. jawab beliau, 'mami saya sudah tak ada lagi, Tul. (sambil tersekat-sekat). pagi tadi dalam pukul 10 lebih mami pergi'. Ya Allah, baru semalam.......

saya juga sedih, tapi saya tahan airmata. saya tak mahu Lina menjadi makin sebak. saya tenangkan beliau. kata saya, 'sabarlah na. awak sabar. sabar ok'. hanya ungkapan SABAR sahaja yang mampu saya ucapkan. saya terasa bersalah. selama saya pergi melawat arwah mami di hospital, tidak pernah sekali saya masuk melihat keadaan arwah depan mata, saya tidak masuk ke bilik di mana arwah mami di tempatkan. saya hanya berada di luar wad ICU, Hospital USM Kubang Kerian. bukan saya takut mahupun gerun, tapi saya risau kalau-kalau saya yang rebah pengsan. saya tak mahu susahkan orang lain. saya tahu saya lemah semangat. saya amat-amat lemah pabila melihat pesakit kemalangan jalan raya yang kritikal. dua kali saya pergi tetapi hanya menunggu di luar wad. cukuplah kalau saya hanya pergi menemani dan memberi semangat kepada keluarga teman baik saya itu.

hari Rabu kami pergi melawat arwah. arwah mami koma sejak dilanggar oleh penunggang motosikal di Pengkalan Chepa seminggu yang lalu. cukup seminggu, arwah mami pergi meninggalkan kami. saya juga terasa kehilangan arwah. kerna saya selalu ke rumah arwah dan arwah seorang yang amat baik dan peramah. itulah penangan seorang ibu. dulu masa saya masih bergelar seorang pelajar sekolah, hampir setiap hari saya ke rumah teman lama saya. hampir setiap hari juga saya berbual-bual dengan arwah mami. arwah mami memang suka melayan rakan anak-anaknya. sampai saya rasa, dia sepatutnya ibu kandung, bukan ibu tiri. takdir Allah Maha Hebat, arwah pergi di saat semua anaknya berjaya. mami, masih saya ingat semua kenangan itu. maafkan saya andai saya juga ada menyakitkan hati mami.

buat Nur Halina Ahmad sekeluarga, redhakanlah pemergian mami awak. tabahkan hati awak. kuatkan semangat awak. doakan arwah tenang dan bahagia di alam sana. jangan ditangisi kehilangan ini, kerna takdir Allah berbicara begini. Na, saya akan selalu bersama awak, selalu menemani awak. dan, redhakan akan diri arwah. awak, saya juga terasa sepi dengan gurauan arwah yang makin lenyap di telan masa. apapun, jangan ditangisi. redhakanlah ketiadaan arwah mami.

SALAM TAKZIAH~

@herneesa.hijabs coming near you sooner!

Assalam. @herneesa.hijabs @herneesa.hijabs - Letak nama pun macam klise-kan. Ye lah biasalah. Lagu tu la kalau nak meniaga. Nak bertaarufan ...