27 August 2009

nak cakap APA?

Salam.

Pertama sekali, terima kasih Tuhan! Terima kasih berjuta-juta lemon kepada Mama, Abah, adik-adik di atas kejayaan ini. Juga tidak lupa kepada Encik Tunang tersayang setelah bertungkus-lumus memastikan saya berjaya. Cessss~ macam SEKAPUR SIRIH // SELAYANG PANDANG yang budak sekolah menengah buat je kan?

Haha. Bukan lah. Sekadar menyebut ucapan itu kepada semua yang memberi sokongan dan harapan buat saya tempoh hari. Ya. memang ada saya ceritakan di entri ini tentang hati tidak tenteram saya itu hari.

Saya down! Saya gembira bukan kepalang sementelah usai PEPERIKSAAN pertama itu LULUS. Tetapi, untuk kali PEPERIKSAAN kali yang KEDUA, saya tidak YAKIN akan kejayaannya. Saya hilang keyakinan diri.

Seakan tidak percaya pabila semakan semalam menunjukkan saya layak. Akan tetapi, ini bukan lah saat untuk saya bergembira sakan dan melupakan tugas dan kerja saya sebagai seorang pelajar. Semahunya, kalau lah saya KANDAS, saya pasti meneruskan kehidupan seperti biasa. Kalau lah saya berjaya, hanya Tuhan yang tahu isi perjalanan hidup saya. Apapun, terima kasih semua!

Bercerita tentang kejayaan semalam, saya ada seorang kawan, juga calon untuk peperiksaan ini. Kami sama-sama mengambil peperiksaan yang sama akan tetapi kejayaan memihak kepada saya. Apa yang saya perhatikan, dia tidaklah menunjukkan perasaan sedih mahupun sebak sementelah mengetahui akan keputusan semalam. Sejuk hati saya pabila dia mengucapkan, "saya redha apa sahaja keputusannya". Walhal, dia masih belum semak akan keputusan itu. Saya bantu dia, saya tolong semakkan, dan dia sendiri tahu tahap dia. Dia kandas. Tetapi, pengucapan yang terpacul dari mulut dia membuatkan saya sebak. Owh Tuhan! Kenapa begitu tulusnya hati perempuan ini. Saya tahu hati dan perasaan dia. Apapun, teruskan perjuangan anda di medan penyiaran. Untuk pengetahuan semua, dia merupakan seorang juruhebah di salah sebuah radio kerajaan di Pantai Timur. Semoga kejayaan suatu hari nanti berpihak buat kamu!

Urm, nak tahu jugak, untuk Peringkat ke-3 apa ye? Ada peperiksaan lagi ke? Atau temuduga? Serius, saya tidak tahu. Moga lancarlah segalanya. Aminn~

@herneesa.hijabs coming near you sooner!

Assalam. @herneesa.hijabs @herneesa.hijabs - Letak nama pun macam klise-kan. Ye lah biasalah. Lagu tu la kalau nak meniaga. Nak bertaarufan ...