28 September 2009

bila nak buat reunion ni?

Salam.

Raya ke-4 saya ke Kota Bharu. Hasrat hati ingin bersama-sama merayakan hari raya dengan teman lama saya. Lama tak jumpa, rindu jugak la kan. Tapi tak tahulah hati mereka. Sama ada rindu atau tidak, itu terpulanglah. Yang pasti, saya selalu ingatkan kepada diri bahawa jangan di lupa teman-teman lama. Bersama mereka sewaktu waktu dahulu banyak mengajar saya erti kehidupan dan persahabatan. Mujur sampai sekarang mereka tidak pernah melupakan saya. 11 tahun saya tinggalkan alam sekolah rendah, 11 tahun juga saya tinggalkan kenangan bersama derapan langkah kaki saya. Saya tinggalkan memori yang tercipta di sana tanpa saya sedari yang saya pasti payah untuk bertemu mereka. Memang payah sangat nak berjumpa dua mata dua hati dengan mereka semua kalau bukan dengan usaha yang sedikit ini. Saya ke sana, rela hati dan angkut adik-adik saya bertemu teman-teman lama saya. Kalau saya tak buat, siapa yang nak jadi ketua untuk arah itu arah ini kan?

Semua yang dalam gambar ni merupakan teman sekolah rendah saya semasa saya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Seri Chempaka sekitar tahun 1997 - 1998 dulu. Ada yang saya ingat-ingat lupa akan wajah mereka, mujurlah nama mereka masih tersemat indah dalam kotak fikiran. Tak adalah saya terkapai-kapai mencari nama mereka, meng'google' di serata internet kan? Alhamdulillah, Allah kurniakan saya kelebihan mengingat nama walaupun sudah terpisah berbelas-belas tahun. Ya itu saya. Saya selalu menghafal nama-nama teman saya sedari saya kecil sampai sekarang. Mungkin saya terlalu obses dengan nama-nama cantik agaknya. Mujur kan? Kalau tak, susah jugak nak recall nama-nama nih. Ramai sangat teman saya, seakan satu dunia nak kena ingat.

Dua orang gadis dalam gambar ni merupakan teman baik saya semasa darjah 6 dulu. Kami seperti kembar 3 yang payah nak dipisahkan. Kemana kami pergi, pasti kami bersama. Walau terpisah selama 11 tahun, tak pernah rasa kekok. Apatah lagi nak bersembang bagai. Lelaki dalam gambar ni juga teman saya, cuma kami tak satu kelas. Mereka kelas A dan kami kelas B. Tapi keakraban itu merapatkan lagi jurang perpisahan. Teman, janji saya, KITA KAWAN SAMPAI MATI. Hanya ajal yang mampu pisahkan kita~


Sekian cerita 1998 ye. bye~ Huhu

@herneesa.hijabs coming near you sooner!

Assalam. @herneesa.hijabs @herneesa.hijabs - Letak nama pun macam klise-kan. Ye lah biasalah. Lagu tu la kalau nak meniaga. Nak bertaarufan ...