22 September 2009

Salam.

Raya!! Raya!! Raya.. RAYA? RAYYAN?

Hati saya teringin nak menamakan bakal anak lelaki saya (kalau saya sudah kahwin lah..) dengan nama RAYYAN.. ar-rayyan.. cantikkan nama tu. Nama arab. Nama satu pintu ke syurga bagi orang-orang yang berpuasa. Hanya orang yang betul-betul berpuasa akan masuk syurga melalui pintu yang bernama AR-RAYYAN. Serius cantik nama tu. InsyaAllah, kalau satu hari nanti saya dikurniakan seorang anak lelaki, akan saya namakan dengan Ar-Rayyan. Bolehlah kan?

Diriwayatkan daripada Sahl bin Saad r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya di dalam Syurga itu terdapat pintu yang dinamakan Ar-Rayyan . Orang yang berpuasa akan masuk melalui pintu tersebut pada Hari Kiamat kelak. Tidak boleh masuk bersama mereka seorangpun selain mereka. Kelak akan ada pengumuman: Di manakah orang yang berpuasa? Mereka lalu berduyun-duyun masuk melalui pintu tersebut. Setelah orang yang terakhir dari mereka telah masuk, pintu tadi ditutup kembali. Tiada lagi orang lain yang akan memasukinya.

Tapi bakal suami saya nama pangkalnya ada WAN. Macam mana nak masukkan dengan Rayyan? WAN RAYYAN? Gitu? Cantik ke nama Wan Rayyan tu? Hahaha. Apapun, berserah kepada Allah untung nasib saya. Tengoklah nanti macam mana ye. Hehe. Cik Zat, tak usah nak mengada-ngada reka nama anak weh. Awak tu bujang lagi. Belum sampai masa nak kahwin lagi. Lambat lagi tarikh kahwin awak. Haha. Jangan duk perasan nak kahwin. Belum cukup duit lagi tu. Tunggu masa yang sesuai okei. Hehe~

Cuti raya ni ramai pulak teman yang naik pelamin, sepupu pun tak ketinggalan meninggalkan saya untuk mendirikan rumah tangga. Tinggallah saya seorang diri yang tak sudah-sudah duk mengira haribulan. Haru-biru jadinya. Bila la nak mendirikan MASJID ni kan? huu... Kepada teman-teman, sepupu sepapat, sanak-saudara jauh dekat, selamat pengantin baru. Yang nak bertunang pun begitu juga. Saya ucapkan tahniah. Semoga jodoh berkekalan abadi. InsyaAllah.

Ramai yang bertanya bilakah giliran saya nak naik pelamin? Saya tiada jawapan pasti. Hanya senyuman yang membalas setiap pertanyaan. Uit, macamlah Mama saya bagi saya kahwin awal-awal. Mama pun still tak puas nak bermanja dengan anak degil macam saya ni. Hihihi...
Degil ke? Degil budak.... Hehe~

Okei, mahu melelapkan mata. Esok nak beraya ke Kota Bharu. Nak menziarahi teman lama, agak-agak mereka ingat lagi tak saya ni? Huhu.. Sakan berubah ni... :p

Tata~

@herneesa.hijabs coming near you sooner!

Assalam. @herneesa.hijabs @herneesa.hijabs - Letak nama pun macam klise-kan. Ye lah biasalah. Lagu tu la kalau nak meniaga. Nak bertaarufan ...