30 November 2009

hujan pula~

Salam.

Selamat tengahari ya!

Seriously tak tahu nak buat apa kalau balik kampung. Haha. Kerja saya yang pasti adalah makan, tido, makan, tido, bangun tak terus mandi, tapi pergi tengok tv, lepas tu masuk dapur balik, lepas tu makan. Lepas tu? TIDO lah~!!

Anak dara apa entah~ huhu. Hurm.

Bukanlah! Yang saya maksudkan adalah ketika hari HUJAN saja. Memang saya akan jadi MALAS yang amat kalau HUJAN turun lebat. Mana tidaknya, keadaan yang SEJUK menyebabkan saya lemah. Terus lemah, dan katillah tempat yang selamat! Iya bukan? Memang katil akan menjadi tempat persinggahan kekal, sementara menunggu hujan berhenti. Sejuk membuatkan saya LENA selena-lenanya... Jom beradu!

Ahaa. No no no..

Kalau saya tidur lagi, memang sah tak sudah baju saya dalam machine tu. Banyak tau. Tak larat nak tengok dah. Kalau tengah-tengah basuh, saya pejamkan saja mata ni. Tak nak tengok secara rasmi lambakan baju-baju tu semua. Kalau tak, mesti saya pergi rehat dan tinggalkan semua. BANYAK okei~ Campur tolak kali bahagi, ada 3 bakul. Siapa nak tolong basuh, siram, jemur, angkat, lipat? Meh-meh sini saya bagi upah nak? RM SERINGGIT cukup? Huish~

Okeilah.. Mahu memenuhkan perut yang kecik ni. Lapar ler kalau hujan macam ni. (=

Tengok la langit GELAP ni?
Kan best kalau tidur masa-masa macam ni
.. (=

@herneesa.hijabs coming near you sooner!

Assalam. @herneesa.hijabs @herneesa.hijabs - Letak nama pun macam klise-kan. Ye lah biasalah. Lagu tu la kalau nak meniaga. Nak bertaarufan ...