14 February 2010

pagi-vs-malam

Salam.

Pagi-pagi waktu saya bertolak pergi kerja di Kota Bharu, langit macam dalam gambar kat bawah ni. Langit masih tidur tapi saya kalut ribut panaskan enjin kereta. Hari-hari, keluar pagi balik malam. Jauh tak jauh, terpaksa saya terima.
Penat tapi itu ibadah!

Gambar di bawah ni adalah warna langit ketika saya pulang ke rumah lewat petang.
Kalau awal pun dalam jam 6.45 petang!
Owh sangat letih~

Saya sudah selesai menjalani Kursus Kahwin untuk pernikahan akan datang di Balai Islam, Lundang, Kota Bharu pada hari Selasa & Rabu lepas.
Hurm. Ada kisah lucu di sebalik kursus yang berkaitan SIJIL nikah saya.
Nanti saya ceritakan. Apapun, dah ada sijil, dah boleh nikah lah!
Kan kan?

Dan, inilah GADIS SUNTI yang bakal menamatkan zaman dara di usianya 24 tahun 1 hari...... InsyaAllah, bakal menjadi isteri kepada Encik Wan Hairy B. Wan Jusoff, jejaka kelahiran Kelantan yang berusia 31 tahun.
HIV Test belum buat lagi.
Saya gerun tengok darah okeh.
Kalau tengok darah, dengan darah-darah saya sekali BERDERAU!
=p

ouch! Please =P

Assalam. 24 Oktober 2017 - Selasa So remember me, i will remember you.