02 March 2010

Aminn!

Salam.

Rasanya sudah lama saya tidak berceloteh panjang di blog kesayangan ni. Sejak akhir-akhir ni, sejak saya mula bekerja, sejak saya mula kenal erti KESIBUKAN, saya jarang update cerita dan berkisah hal saya. Iyalah, ini blog saya, merangkap diari saya. Tidak ada salahnya kalau saya selalu berkisah. Ada orang yang suka, ada orang yang menyampah dengan cerita-ceriti saya. Hah! Persetankan itu semua. Huu~ Dahsyat weh! Buat apa nak puaskan hati orang-orang yang tidak sukakan kita ye? Kalau dah tahu menyampah, kenapa masih membaca CORETAN-coretan saya? Sudah tahu muak, kenapa mahu dan masih lagi SETIA dengan cerita dan kisah-kisah saya? Haha. Sungguh tak munasabah langsung. Sudah tahu benci akan saya, masih lagi klik-klik blog kesayangan saya. Tak masuk akal. Haha. Itu maknanya, saya masih di HATI kan? Kan kan kan? (=
Okeh! Berbalik kepada cerita saya.

Pejam celik-pejam celik, sudah masuk 1 bulan 1 hari saya bekerja di Kolej PTPL Kota Bharu sebagai tenaga pengajar. Sudah sebulan juga saya berulang-alik dari rumah di Machang ke Kota Bharu. Hari-hari saya pulang lewat petang, sampaikan saya macam orang tak sihat. Haha. Penat weh! Hari-hari dari situ ke sini membuatkan saya keletihan. Tapi, yang pasti, berat badan saya sudah mulai naik. Hari-hari saya makan nasi habis sepinggan PENUH berbanding dengan waktu dulu~ Hah! Malu nak mengisahkan kiraan BMI saya. Pasti ada yang akan tergelak kecil. Iya, saya kurus. Tapi sekurus-kurus saya, saya BEBAS dari penyakit KRONIK okeh! Alhamdulillah. Syukur Ya Rab di atas kurniaan kesihatan saya. Saya memang jarang demam, apatah lagi jatuh sakit. Kecuali, SENGGUGUT. Hoh! Perihal itu membuatkan saya perit~

Lagi satu, sejak saya mula sibuk dengan kerja-kerja mengajar di Kolej, saya jarang ada masa untuk majlis nikah-kahwin saya awal bulan Jun 2010 nanti. Semua itu, saya serahkan kepada masa dan keadaan. Serius saya tidak ada masa langsung. Kalau pun ada, hanya hari Jumaat sahaja. Itu membuatkan saya terhenti seketika dari meng'update' hal itu semua. Tapi, mujurlah dulu sewaktu belum mula bekerja, saya sudah selesaikan separuh. Buat masa sekarang, tak banyak PERKARA tentang majlis yang harus saya fokuskan. Semuanya masih di bawah kawalan saya. Perbincangan antara tunang pun saya selesaikan secepat yang boleh, agar semuanya nanti tidak menjadi hura-hara.

Berbicara tentang kad jemputan, semuanya sudah siap ditempah dan dikira. Hanya tunggu masa untuk diedarkan sahaja. Cuma sekarang, saya masih belum punyai masa yang sesuai ke arah itu. Saya tidak cukup masa untuk meneliti senarai tetamu yang bakal saya undang. Andaikata saya terlupa, silalah ingatkan saya. Jangan risau, saya akan mengundang semua sahabat yang saya kenal sedari saya kecil sehinggalah ke saat umur saya menginjak 24 tahun. Bukan mudah untuk mencari dan mengumpul kalau tidak di sertakan dengan sedikit ingatan. Yup! Ingatan saya terhadap rakan lama kian pudar. Bertahun-tahun tidak bertemu muka, mana mungkin saya dapat menjejaki mereka semua dalam masa sesaat? Saya bersekolah di 5 buah sekolah di seluruh Kelantan. Mana mungkin saya dapat mengingati rakan lama. Hurm. Akan saya layangkan jua kad undangan itu, cuma masa sahaja yang dapat membantu saya saat-saat begini. Serius, saya tidak cukup masa. Saya ulang, jangan risau...

You are invited to celebrate wedding of WAN HAIRY & ZATUL HERNANI on 6th June, 2010.

Banyak lagi cerita yang mahu saya kisahkan. Tengok! MASA memang sentiasa iri hati dengan saya. "DIA" langsung tidak memberi saya ruang untuk berbicara panjang. Kasihan. Okei. Semoga jumpa lagi. Saat ini fikiran saya hanya menjurus kepada para pelajar saya. Mereka sekarang sedang bertungkus-lumus menghadapi waktu-waktu getir. Saya doakan semoga mereka sentiasa diberkati Allah Ta'ala dan doa saya mengiringi keresahan jiwa mereka. Jangan berputus asa, teruskan menelaah wahai anak-anak didikku. Kejayaan tidak akan datang bergolek kalau tidak disertakan dengan usaha + doa + tawakal. Kejayaan mereka juga adalah kepuasan hati saya dan juga tenaga pengajar yang lain. Do your best among the best!

Sudah di sini dulu.

@herneesa.hijabs coming near you sooner!

Assalam. @herneesa.hijabs @herneesa.hijabs - Letak nama pun macam klise-kan. Ye lah biasalah. Lagu tu la kalau nak meniaga. Nak bertaarufan ...