23 May 2010

honeymoon oOo honeymoon

Salam.

(*.*)

Pusing kepala weh memikirkan hal 'honeymoon' kami. Agak-agak, kemana ye kaki akan melangkah wahai bakal suamiku? Kepala bakal isterimu sudah naik fening memikirkan akan hal ini. Banyak jugak tempat yang kami berkenan. Banyak jugak PAKEJ yang melekat di hati. Namun, satu keputusan pun belum kami buat lagi. Aduii... Kalau ikutkan HATI saya, saya amat-amat-amat dan teramat ingin ke BALI SPA. Tak tahu mengapa. BALI senantiasa di hati sejak dulu dan kini. Tambah-tambah BALI SPA. Memang sejuk je nampak. Tapi tak tahulah. Dalam gambar semuanya menipu. Hatta gambar saya pun! Huhu. Ada kesan pencerahan di sana-sini. Walhalnya, tidak sama sekali. Gelap macam arang jugak. Hikhik~ (^.^)

Okei. Ini pakej-pakej ke Bali yang sempat saya tengok di website INI. Ada jugak yang saya berkenan. Tapi, saya harus pastikan ianya tidak melampaui bajet kami. Kalau tidak, susah la. Kami nak hidup bukan 1 atau 2 minggu. Selepas kahwin, banyak lagi tanggungjawab weh. Nak tak nak, duit WAJIB ada. Kalau tak, makan airmata lah jawabnya.

Ini antara pakej-pakej ke BALI:



PAKEJ 3 - Bali Spa 4D 3N

PAKEJ 4 - Bali Ubud 4D 3N

Owh. Rambang mata okei. Tak tahu mana satu pilihan kalbu. Semuanya macam okei. Ada cadangan tak tentang keempat-empat pakej tu? Sila la bagi komen & cadangan. huhu ('',)

@herneesa.hijabs coming near you sooner!

Assalam. @herneesa.hijabs @herneesa.hijabs - Letak nama pun macam klise-kan. Ye lah biasalah. Lagu tu la kalau nak meniaga. Nak bertaarufan ...