27 May 2010

meh-meh nak cerita lagi ;)

Salam.

Hari ni memang puas hati yang amat sebab dapat pergi cuci gigi. Mama temankan sampai siap. Yippie! Hoh, macam kanak-kanak je kan? Haha. Dah lama sebenarnya saya tak pergi scaling gigi. Kali terakhir, masa darjah berapa entah. Siap bawak buku hijau (borang pemeriksaan gigi kat sekolah) kehulu-kehilir. Dulu memang SERIUS takut nak jumpa dentist dan cik misi. Kalau cikgu bagitahu esoknya ada dentist nak datang ke sekolah buat pemeriksaan, terus saya PONTENG sekolah. Olok-olok sakit perut. Ada sekali tu, siap main sembunyi-sembunyi belakang kantin lagi. Hadui. Gerun punya pasal kan.

Masa saya tadika lagi la haru-biru. Masa tu, dentist datang dengan cik-cik misi yang cun, mereka suruh semua pelajar termasuk saya memberus gigi ramai-ramai. Berus gigi + ubat gigi memang diberi percuma. Banyak sangat berus gigi sampaikan saya kutip masukkan ke dalam beg sandang saya. Haha. Takut punya pasal dengan dentist, saya rela menyorok belakang sekolah, gosok gigi kat situ siap ajak teman untuk menemani. Di situ, duduklah 2 orang kanak-kanak tadika yang berumur 6 tahun menggosok gigi tanpa ada pantauan dari dentist dan cik misi. Hoho. Lepas tu, kalut la cikgu-cikgu saya mencari 2 orang kanak-kanak hilang. Haha. Sengal betul la masa tu. Ada ke patut saya takut sangat dengan dentist. Bukan dentist tu nak cabut gigi saya dengan penyepit besi pon! :p

Dan hari ini, saya di puji melambung oleh dentist yang memeriksa! Wah~ Bangga la sekejap kan? Kembang semangkuk. Habis melayang-layang saya di udara. Siap terbang-terbang sampai ke BALI SPA lagik! Eh, melalut dah. Haa, itulah. Saya teringin sangat DAN mahu berbulan madu ke Bali Spa, Indonesia. Sangat cantik view nya. Mahu mahu mahu. Eh, gi gi gi gi gi~

Okeh. Berbalik kepada cerita ''gigi'' tadi, dentist tu puji gigi saya. Katanya, cantik dan tak ada gigi yang rosak, berlubang pun tarak ada okeh! Hoo. Malu seketika siap blushing-blushing lagi. Cuma yang ada, plak-plak 'hodoh+bodoh' yang menyerupai gigi saya yang cantik ini. Haha. Oleh yang demikian, maka jari-jemari doktor perempuan itu merayap di kawasan mulut saya DAN.................aaahh! NGILU gile masa dia scaling tuh. Tahan sajalah. Dalam hati Tuhan saja tahu betapa ngilunya gigi saya. Habis semua celah-celah gigi diterokai oleh doktor tu. Hurm, tak mengapalah, asal gigi saya BERSIH dari plak-plak yang menodai selama ini. Alah, sekejap aja rasa ngilu tu. Kalau tak percaya, cubalah..... :)
Owh. Ini bukan saja-saja nak tunjuk gigi LAWA tau!
yang ini, ketika saya ber'karaoke' dangdut dengan my fiance & my siblings di Wisma Teruntum, Pahang Darul Makmur.
Serak beb! :)

p/s - dan saya kagumi kecantikan gigi Mahima Chaudhary!

@herneesa.hijabs coming near you sooner!

Assalam. @herneesa.hijabs @herneesa.hijabs - Letak nama pun macam klise-kan. Ye lah biasalah. Lagu tu la kalau nak meniaga. Nak bertaarufan ...