25 June 2010

Alhamdulillah.

Salam.

Pagi ni tetiba rasa nak buka website Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sebab dah lama tak hopping kat situ, dan tetiba jugak, terkejut tengok keputusan ujian suara hari tu dah keluar. Hurm. Cuak jugak nak tekan butang SEMAKAN KEPUTUSAN tu. Seingat saya, hari tu saya tak bersedia langsung. Terketar-ketar masa buat assignments. Ada 3 orang bodyguards dari Pahang FM yang mengawal kami agar tiada yang meniru. Muka garang beb. Body macam Malek Noor pun ada. Fuh..

Ada 4 assignments seingat saya. Pertama dan kedua, baca text in Malay, text in English. Dua-dua kena baca bagi lancar jangan bagi tersekat-sekat, nanti fail! Assignment ketiga, kena pandai mengolah berita dan lepas tu baca bagi semua orang faham gaya penyampaian dan juga intonasi suara. Baca macam pemberita TV tu baca lah. Keempat, assignment in conty atau dengan kata mudah, yang macam deejay radio duk pot-pet-pot-pet tu. Haa. Macam itulah semuanya. Masa yang di beri untuk preparation ialah 20 minit sahaja untuk kesemua 4 assignments. Masa untuk mengolah pulak hanya 2 minit ke 3 minit sahaja. Hurm. Memang lah mencabar kan? Nama pun exam! Kedekut tau. Huhu.
Alhamdulillah. Saya LULUS untuk voice test ni. InsyaAllah, the second exam will be around the corner. Semoga saya bersedia dan dapat menjawab all the questions given. Huh. Exam SPA memang killer paper lah bagi saya. Banyak pengetahuan am yang saya kena tahu. Doakan saya ye. Moga-moga rezeki kahwin saya di sini! InsyaAllah......... ;)

@herneesa.hijabs coming near you sooner!

Assalam. @herneesa.hijabs @herneesa.hijabs - Letak nama pun macam klise-kan. Ye lah biasalah. Lagu tu la kalau nak meniaga. Nak bertaarufan ...