10 August 2010

You are, my only EXCEPTION~

Salam.

Hait. Dah lama tak berblog-ging since dah jadik perantau bertauliah ni. Kaki melangkah kesini-kesana. Machang, Kota Bharu, Kuantan, Shah Alam, Kuala Lumpur, Terengganu dan kalau boleh, satu negara nak pusing dengan poket kosong! Kalau ikutkan hati dan kaki, duit pun ikut surut dari hari ke hari. Macam indeks kat Bursa Saham KL tu, indeks emas, indeks komposit, indeks perusahaan HABIS susut nilai. Memang saya dah miskin tahap apa entah sekarang ni. Kasihan suami kesayangan, duit saya habis, duit beliau lah saya kikis. Owh KAKI kikis! Hahahak~ Tapi, serius kasihan suami saya. Takpe abang sayang, buat pahala lebih-lebih bagi isteri awak makan sedap-sedap ye. Hehe. Thank you so much darling. Macam lagu yang beliau minat, you are my only exception. Yes! You are, darling. Owh, memang sayang tahap gaban kat beliau. Jangan pergi dari hidup I ye sayang. Nanti I nanges tak henti-henti sampailah I mati. Betul ni. I tak tipu you. Hekhek~

Dua minggu di Kuantan, tapi belum dapat duduk kat rumah tu lagik. Rumah tu belum siap renovate sepenuhnya. Owh Tuan Rumah, cepat lah siapkan. I nak rasa kemanisan hidup dengan suami kesayangan I ni. Nak masak sedap-sedap bagi suami I makan. I nak bagi perut dia boncet macam perut Abah! Nak kemas rumah macam istana kasih (cett~). Haha. Istana kasih la konon ye? Ala, boleh lah. Dah lama idamkan nak duduk-duduk dengan suami. Kali ini pasti menjadi. Saya pun tak pasti, tapi rasa-rasa, hujung minggu ni rumah tu siap sepenuhnya. Tak sabar nak masukkan perabot-perabot yang kami ambil pakej semalam. Berbaloi sangat. Pakej RM 2K untuk 8 items. nasib ada sale di Wescourt Kuantan ni. Yes. Sangat-sangat berbaloi. Lepas ni, tak payah susah-susah pegi cari perabot ala-ala A La Carte. Huhu, yang tu mahal lah. Nak berjimat, kita bukan tahu pun masa susah kita nak datang bila. Kan kan? Kena lah berjimat dan cermat. Okeh. Haih, tak sabarnya nak masak lauk sedap-sedap macam yang saya selalu buat kat rumah Mama. Owh, cakap pasal Mama, rindu tahap meroyan kat Mama. Mama, I miss you so much. Abah pun sama lah. I miss you too Abah. Muah muah muah kiss pipi ckit! ;)

Esok dah mula puasa. Apapun, selamat berpuasa lah kepada semua warga Malaysia dan juga dunia. Selamat menempuh ibadah puasa dan sabar dengan dugaan-dugaan yang bakal kunjung tiba. Haih. Ya Allah, tak sabarnya nak duduk dengan suami. haha. Dah meroyan!

Esok jugak, pertama kali menyambut Ramadhan al-Mubarak dengan suami tercinta. Tapi awal-awal puasa ni tak sempat nak masak sedap-sedap since saya stay kat umah bujang beliau. Rasa segan pulak dengan kawan-kawan suami. Kasihan pulak dengan mereka sebab kena bersopan-santun dan bertatasusila pakai baju tutup aurat habis. Hehe. Kalau tak, pakai boxer jek kan? Itulah namanya lelaki. Pakai sexy-sexy. Kalah anak dara kat luar tao. Hoho. Tapi, harap maklum, hanya tayangan dalam rumah saja ye? Kat luar, haruslah tutup aurat! Berdosa tau. Tambah-tambah di bulan mulia ni. Jaga kesucian bulan Ramadhan ni baik-baik. Jangan terlalu melampau dalam berpakaian dan dalam apa jua perlakuan.

Okeh, tadi ada termenangis sikit.Sikit je. Menangis kesyahduan sebab Ramadhan datang lagi dan saya masih diberi peluang untuk bernyawa di usia 24 tahun dan tubuh badan yang sihat oleh Yang Maha Kuasa dan Maha Pemberi Rezeki walaupun kurus & kering. Haha. Menangis dalam kereta masa nak pergi Happy Home dengan suami. Tapi, mujur dia tak perasan. Kalau tak, habis nanti saya kena gelak. Sebab saya selalu menangis. Tengok je benda yang menyentuh sanubari, terus airmata merayap keluar tau. Huhu. Kaya betul dengan airmata :)

Owh suami, I love you to the max! Malam ni kita makan malam dengan Maggi goreng ye. Dari tengahari tadi lagi nak makan maggi goreng tak dapat-dapat. Bukan mengidam, tapi teringin sangat-sangat nak makan. Kecur air liur saat mendengarkan nama 'MAGGI GORENG!'. Nanti sahur, kita sahur berdua-duaan kat kedai ye? Dah la, dah banyak meraban ni. Saya pergi dulu. Selamat bersahur & berpuasa! Puasa elok-elok ye kawan semua~ Sayang kamu (=

ouch! Please =P

Assalam. 24 Oktober 2017 - Selasa So remember me, i will remember you.