Minggu lepas, perut saya memang sakit mengada-ngada. Pagi sakit, tengahari reda, petang sakit pulak, malam tak sakit, tengah-tengah malam mula lah merengek minta disapukan ubat. Saya hanya guna minyak Yu Yee Cap Limau. Minyak untuk baby kan, jadi, tak adalah panas sangat. Then, pagi semalam saya nekad ke Klinik Perdana untuk check-up sambil terus buatkan kad mengandung. Hurm. Memang dah lama tunggu nak buat kad ni. Masuk 3 bulan je, berkira-kira nak ke klinik yang mana satu. Lama tunggu tu beb! Tapi tunggu pun berbaloi sebab baby sihat walafiat. Niat di hati mahu ke Pusat Perubatan An-Nisa' tapi bila dihubungi, tak ada pulak orang angkat. Sudah tu, saya ke Klinik Perdana yang dekat Bangunan Tabung Haji tu, kat celah-celah pakcik-pakcik teksi tu. Agak tersorok sedikit, tapi sebab sudah biasa ke sana masa nak buat medical check-up masa masuk UiTM dulu. Tak rasa susah lah. Doktor pun sangat-sangat baik hati. Tabik spring kat Doktor Nazeli !
Masa tengah scan(ultrasound) tu, perut saya memang sakit. Rasa perit. Semalam masuk 12 minggu 4 hari kalau ikut perkiraan doktor. Ada saya tanyakan pada doktor, KENAPA saya tak ada loya & muntah-muntah yang teruk macam orang lain? Saya sekadar nak tahu dari segi sains sebab saya tahu, lain orang lain ragam dan perangai sakitnya. Huhu. Saya tahu, saya BERTUAH sebab dihilangkan oleh Allah swt dari rasa loya-loya dan muntah yang teruk sepanjang saya hamil trimester pertama iaitu 1 minggu-12 minggu. Serius memang tak ada. Kadang-kadang saya pelik. Cuma masa mula-mula dapat tahu saya mengandung masa kandungan berusia 5 minggu, memang ada loya dan muntah tapi itu tidak ketara sangat. Loya dan muntah cuma 5 minit lepas tu baik. Berlarutan sampai ke minggu ke-9 sahaja, itu pun sehari dalam seminggu. Lepas tu, terus tak ada rasa mual. Cuma KALAU saya termakan nasi yang keras, confirm muntah balik satu isi perut. Yang itu, memang kes naya. Sebabnya, saya akan lapar sepanjang malam walau saya ganti balik makanan yang terkeluar tadi. Huuu. Seingat saya, hanya 3 kali termakan nasi keras, itupun kat kedai makan je. Kalau kat rumah ni, nasi lembut-lembut je. Heee =)
Masa saya tanya soalan tadi, doktor senyum je. Mak aihh memang manis senyuman dia. Walaupun dah berumur tapi nampak macam anak dara. Hoho. Dia senyum manis je dengar soalan saya, dia hanya jawab, 'This is your babyyyy, nampak tak kaki dia bergerak? Tangan dia bergerak?'. Then saya pun telengkan kepala nak tengok lah. Yup memang betul. So sweet okeh! Kaki baby kecik tengah terhayun-hayun, tangan gerak kanan gerak kiri. Baby kecik terlentang sebab tu nampak kaki dia bergerak laju. Ohoo sangat pedih masa tu. Patutlah pedih perut saya, rupanya baby kecik duk gerak-gerak dalam rumah dia. Huu. Kata doktor, 'This is why awak tak perlu risau kenapa awak tak loya dan tak muntah. Tengok, baby awak sangat-sangat aktif. So dia sihat lah'. Saya bertuah sebab tak ada rasa mual. Mungkin baby perempuan? Huu. Teka je lah. Dari pembacaan saya, kalau anak yang dikandungkan itu lelaki, si ibu akan cepat penat, cepat lelah, loya dan muntah yang teruk sepanjang masa. Betul jugak. Anak lelaki kan lasak. So, habis tenaga dari badan ibu dia, dia rembat! Huuu..
Apapun, best lah jadi bakal ibu ni, sakit pening lenguh semua orang jaga terutama si suami. Kalau dah jadi ibu best tak? Haaa. Bila anak-anak dah besar dah nakal dah lasak dah tak nak dengar kata? Fikirlah sendiri ye. Tak kuasa nak berfikir sekarang sebab perut lapar nih. Kikikiiii ;)
Peace no war !
Jom breakfast.
;)