17 December 2010

baby's progress :)

Salam.

Tak sabar nak tunggu bulan 5 tahun depan. Lebih kurang 5 bulan lebih lagi. Tak sabar nak tengok perut membesar dan memboyot. InsyaAllah, kalau semuanya berjalan lancar ye. Mari pakat doakan bakal ibu ni. Hari tu pergi scan perut. Baby masih kecil tapi sudah bergerak-gerak. Tak nak duduk diam. Masuk 18 minggu ni, baby dah mula menggeliat dan bergerak in my womb. Memang tak nak duduk diam langsung. Malam masa nak tidur pun, sempat lagi nak bergurau dengan mummy dia. Main tendang-tendang dengan mummy. Tapi, tak adalah tendang kuat macam tendang bola tu. Tendangan ala-ala manja gitu. Kalau tak nak bagi dia tendang kuat, saya tidur mengiring ke kiri. Hehe. Kasihan baby, dah tak boleh main tendang-tendang lagi. Baby in my womb ni aktif bergerak dalam pukul 10 pagi - 3 petang. Kalau malam pulak dalam pukul 8 - 11 malam. Tengahmalam memang dia kurang aktif main tendang-tendang. Agaknya nak tidur lena dengan mummy kot. Hehe. Apa-apa sajalah.

Saya belum sempat nak beli headphone yang besar tu. Sudah ada yang berkenan. Murah saja dalam RM 25. Nanti senang baby nak dengar musik mahupun bacaan ayat suci al-Quran. Kebiasaannya, saya ambik handphone, pasang lagu atau ayat al-Quran, letak saja atas perut. Masa tu, memang boleh tengok baby main tendang-tendang. Part ni yang paling best dan yang paling di tunggu-tunggu. Lagipun baby dah boleh cam suara mummy dia. Kalau saya cakap dengan dia, mesti dia bergerak-gerak kuat. Haha. I like this part ! ;)

Nampak tak?
Senang nak tengok sebab dah bulat-bulatkan kepala, badan, tulang belakang dan jugak jantung.
Masa scan hari tu, nampak jantung dia berdegup. Owh. Memang terharu sangat. Masa tu teringat kalau-kalau ada ketika saya berlapar ataupun makan sikit. Kasihan baby...

Haaa.. yang ini real punya. Tak ada bulat-bulat lagi dah.
Lagi senang nak tengok. Nampak kan? Kedudukan baby meniarap. Jantina tak dapat tengok sebab tak nampak, yang nampak hanya kepala, badan, tulang belakang, tangan, kaki dan jugak jantung.
Mengikut pembacaan saya dalam buku dan internet, jantina bayi sudah boleh di ketahui seawal minggu ke-16 lagi :)

eh, comeback ke sis?

Assalam - 13/10/2017 , Jumaat. Kita datang jengah blog kita ni bukan nak buat comeback pun, sebab kita tahu entah bila kita akan jadi ra...