19 December 2010

Salam.

Hari Jumaat lepas teringin sangat nak makan nasi ala Nasi Kak Wok yang famous kat Kota Bharu tu. Pergi beli barang basah sekitar jam 7.45 malam. Sampai rumah sekitar pukul 8.25 terus masuk dapur. Bertungkus-lumus seorang diri sebab Encik Hairy saya haramkan menjejaki kaki ke dapur. Hehe. Jarang sangat saya mintak dia tolong saya. Haha. Kalau dia masuk dapur, confirm dia akan basahkan lantai. Basuh pinggan dalam sinki, tapi air melimpah ke atas lantai. Licin ouh. Bahaya ! Hehe. So, dia duduk goyang kaki tengok tv saja. Itu yang lebih selamat. Okei. Ini antara menu yang saya siapkan tempoh hari. Sempat tangkap gambar sebab bateri penuh di cas. Best makan walaupun gulai darat tak sedap. Kekeke. Tapi, not so bad lah ! ;) Jom layan gambar. Semuanya home made ye.

Sambal belacan limau kasturi - not bad ! ;p

Ayam goreng kunyit - sebelum digoreng.

Sambal belacan limau kasturi.

Ayam goreng kunyit.

Gulai darat ayam.

Timun batang - ulam.

Full dishes & beverages - The O' ais.

@herneesa.hijabs coming near you sooner!

Assalam. @herneesa.hijabs @herneesa.hijabs - Letak nama pun macam klise-kan. Ye lah biasalah. Lagu tu la kalau nak meniaga. Nak bertaarufan ...