Salam.
Encik Hairy saya selalu sangat suruh Puan bini dia buat beef steak ni, cuma Puan bini dia saja yang buat endah tak endah. Kasihan. Katanya, sebelum balik kampung Jumaat nanti, buatlah steak tu. Rasa nak makan katanya. Mengidam lah tu. Puan bini yang mengandung, Encik Suami pulak yang lebih-lebih. Tadi, tercapai jugak hasrat Encik Hairy untuk makan. Ouh. Siap makan dengan tangan lagi, susah katanya potong-potong guna pisau dan garfu. Makan dengan tangan lagi senang sambil tengok cite Gulliver's Travels kat laptop. Makan sambil gelak-gelak. Nasib tak tercekik daging tu.
p/s : tak jumpa cari brown sauce kat Kuantan nih. Aiiyaa, terpaksa alter blackpepper sauce yang dalam botol tu. Tak sedap langsung! Buat sendiri lagi rasa mengancam. Apapun, semua sudah habis. Semua mengantuk kekenyangan.