07 July 2011

the ARTs ;p

Salam.

Semalam was my first time playing with fondant and their difficulties since saya tinggalkan 4 tahun yang lepas. Actually, masa belajar kat UiTM Shah Alam dulu ada buat fondant, gum paste, pastillage and all things that relates with sugar yang melekitttt-lekittt tuh, nama kursus tu Pastry & Confectionery, bukan basic ye, tapi ADVANCE. Huhu. Tapi, sebab lama tinggalkan dan di tambah pula dengan TAK MINAT, so cita-cita dan impian tu berkubur macam tu saja. Tapi, tak tahulah sebab apa minat tu datang balik. Mungkin sebab banyak request and cake order from my friends kot. 

Masa masuk akhir trimester itu hari, minat nak buat kek dan tart datang tergedik-gedik. Tak tahu sebab apa. Terfikir jugak, kalau lepas bersalin nanti jadi MALAS macam mana? Sebelum bersalin beria-ia buat kek dan tart yang customer tempah sampai kaki bengkak dan sembab dan lenguh sampai menangis malam-malam sampai tak tahu nak mengadu kat siapa lagi. Hehe. Sebelum bersalin itu hari, memang ramai customer yang order sampaikan saya terpaksa reject order. TAK LARAT nak berdiri lama-lama. Paling banyak buat pun, 200 biji cheese tart saja untuk sorang customer. Kalau yang nak tempah sampai beratus-ratus lebih dari 200 biji memang saya tolak. Tak larat woo.. 

Lepas bersalin, rasa macam malas nak teruskan kerja buat kek ni. Tapi semangat tu tetap ada. Hehe. Sebelum bersalin saya ada terima tempahan 170 biji chocolate moist cupcakes topped with fondant dan 150 biji butter cake topped dengan fondant jugak, so, terpaksa la siapkan. Customer ni memang kita kena jaga hati dan perasaan. Macam kita jaga hati mak ayah kita, hati kasih-kekasih dan skandal kita lah. Hahaha. Minggu lepas selesai sudah job yang memerlukan 7 hari untuk siapkan. Hehe. Saya hanya menolong walaupun itu job saya. Saya pass kepada besties. Alhamdulillah beliau sedia membantu. Terpaksa pergi ke Kuala Lumpur untuk attend interview kat Jalan Cenderasari. Pergi sebab mengharapkan rezeki. Kan? 

So, lepas tengok cara dia buat, saya tahu yang saya boleh buat. Cuma tak mahir sebab dah 4 tahun tinggalkan benda remeh-temeh ni. 4 tahun tu memang lama tau. Sebab, practice makes perfect. Kalau tak practice, macam mana nak menghasilkan sesuatu yang perfect? Betul? Tapi gambar cupcakes yang kat bawah ni, saya tak practice pun. Sebab tu nampak tak perfect. Main belasah jek. Tapi, still boleh makan. Cuma, sayang nak makan sebab warna-warni. Layan je lah ye.. ;)




Lain kali, lain hari, kita play with fondant lagi ye. 
Suka sebab boleh buat kita jadi kreatif. 

Okeh. 

Out. 

Anak dah menangisssss mintak susu.... ;p

ouch! Please =P

Assalam. 24 Oktober 2017 - Selasa So remember me, i will remember you.