Hai semua. Ya ampunnn! Dah lama tak bukak blog ni, dah lama tak godek-godek blog ni macam dulu. Sibuk punya pasal, habis semua cerita hilang macam tu saja. Tak dapat nak melakar memori seperti dulu-dulu lagi dalam blog kecintaan saya ni. Sibuk dengan kerja, sibuk dengan anak-anak, sibuk dengan urusan seharian sebagai seorang anak, seorang kakak kepada adik-adik, seorang isteri, seorang IBU kepada 2 orang hero. Ouh lupa nak bagitahu, saya sudah selamat bersalin anak ke-dua pada 10 Ogos 2012 yang lalu, seriously memang tak sempat nak update pasal anak-anak. Anak ke-dua dah masuk 2 bulan baru sempat bukak blog then update. Huhu. Diri sendiri pun macam tak terjaga dah. Haha. Kelakar pulak rasa. Apapun, terasa ingin buat comeback sebagai penulis blogger tegar. YAKIN. Itupun, kalau sempat lah. Hihi. Kalau nak ikutkan jadual kerja, memang tak terlayan semua benda, namun alhamdulillah, ALLAH swt kurniakan saya seorang suami dan anak-anak yang baik. Alhamdulillah syukur Ya Allah.
Banyak perkara yang berlaku selama 3-4 bulan ni. Alhamdulillah, semua tu saya lalui dengan tenang dan senang. Bukan mudah untuk menjadi seorang ibu dan dalam satu masa kena buat itu buat ini. Namun, apa yang saya rancang berlaku dengan mudah dengan izin daripada Allah swt. Banyak yang saya pelajari semenjak bergelar isteri dan juga, ianya mengubah saya menjadi seorang yang lebih baik dari semalam. Saya tahu, saya bukanlah seorang yang sempurna baik dari segi apapun, namun saya cuba untuk jadi yang terbaik untuk anak-anak saya, untuk suami saya dan juga untuk keluarga saya yang tersayang. Buang jauh-jauh perangai yang tak elok, ubah diri menjadi lebih arif akan sesuatu perkara baik dari segi tindakan dan juga kesan kepada diri dan semua orang. Alhamdulillah, saya lulus proses kehidupan itu. Senyum untuk diri sendiri boleh? Hehe.
Anak yang sulung dah besar, 1 tahun 5 bulan umurnya. Agak cerdik sekarang dan banyak yang dia dah faham. Siapa yang tak gembira kalau anak-anak membesar dengan sempurna semuanya kan? Anak yang kedua dah masuk 2 bulan lebih. Masing-masing lelaki. Haih. Bila nak dapat anak perempuan pulak nih? Teringin nak timang anak perempuan, tapi tunggu lah abang-abang dia besar dulu. Tak larat rasanya nak melayan dua orang hero ni. Tak terlayan seorang diri. Terima kasih kepada keluarga yang membantu dengan seadanya. Si abang nak main itu, nak makan ini. Si adik menangis kalau lambat dapat susu. Tapi itulah cabaran, penat. Tapi, suka! Siapa yang tak mahu anak kan? Itu normal lah kan?
Tak banyak pasal kerja yang nak di ceritakan. Apapun, memang saya enjoy dengan rakan-rakan sepejabat yang gila-gila kepalanya. Membuatkan saya selalu happy dengan kerja dan konti. Kerja macam saya, tak tentu masa jadualnya. Kena kerja pagi, kena kerja malam, hujung minggu kerja, kadang-kadang kena keluar masuk kampung. Maklumlah kami semua warga RTM, media kerajaan. Semua isu kerajaan kami kena ambik kira hatta penat sekalipun. Itu tak menjadi isu asalkan kami jujur dan amanah dengan kerja yang dilakukan.
Apapun, terima kasih kerana sudi baca blog ni. Semoga jumpa lagi. Salam sayang. muach!