03 January 2013

1st single in 2013 =)

Salam.

Blog-ging di malam hari sambil di temani JR Cappuccino Collagen. Alhamdulillah, tahun baru 2013 ni saya masih lagi di sini. Di temani suami, anak-anak dan keluarga tersayang. Rugi rasanya kalau tak pos kan ucapan SELAMAT TAHUN BARU buat semua. Syukur, kita masih di beri peluang untuk bernafas kesekian kalinya pada tahun ini. Rasanya tak terlambat untuk saya hulurkan salam kemaafan kepada semua andaikata selama kita bersaudara, saya ada mengguris hati dan perasaan kamu semua. Mungkin. Itu khilaf yang saya buat sebelum penghijrahan berlaku. Alhamdulillah. Tekad saya, ingin berubah ke arah yang lebih positif. Buang yang keruh dan ambil yang jernih. Kita semua manusia biasa, banyak kesilapan yang kita lakukan. Namun, itu semua kita jadikan pengajaran untuk kita meneruskan kelangsungan hidup. Saya juga begitu. Alhamdulillah sekali lagi.

Banyak kisah dan cerita yang berlaku dalam tahun 2012 yang tak sempat nak saya rakam dan masukkan dalam blog kesayangan. Sememangnya, MASA amat mencemburui saya dan keadaan.

Suami masih lagi berulang-alik dari Kuantan ke Kota Bharu tiap hujung minggu. Saya akui, beliau penat dan letih. Tapi katanya, itu bukan alasan untuk tidak bertemu dengan anak-anak dan isteri tercinta! urm.. Kenyataan yang paling saya selalu dengar. Tak apalah, dah nasib kami weekend husband&wife kan? Mohon kepada Allah swt, moga di perkuatkan jodoh kami berdua sampai akhir nyawa. In-sha-Allah =)

Anak-anak. Nyawa saya. Harta saya dunia akhirat. Penyejuk hati di kala saya berduka-lara. Alhamdulillah, saya di kurniakan anak-anak yang sihat dan sempurna. Menjadi ayah dan ibu kepada mereka membuatkan saya penat dan tak menang tangan. Namun, saya bersyukur kerana mempunyai keluarga yang senantiasa membantu tika susah tika senang. Memang tak dapat nak balas dengan wang ringgit.

Keluarga. Makin hari makin sayang! Kami tempuhi susah dan senang bersama-sama. Alhamdulillah kerana di kurniakan ibu ayah yang baik untuk kami adik-beradik. Tak terbalas budi dan jasa mereka. Apa yang pasti, saya mohon di halalkan makan dan minum dan keterlanjuran saya selama bergelar seorang anak. Amin. Semoga mereka di berkati dan di lindungi ALLAH swt selalu. Insya-ALLAH. Amin =)

Kawan-kawan. Mereka juga buah hati saya. Pengarang jantung saya. Saya di kurniakan rakan-rakan yang memahami saya seadanya saya. Semoga persahabatan yang kita bina bersama, berkekalan hingga ke hujung usia. Insya-Allah =)

Selamat Tahun Baru Masihi 2013. Salam sayang daripada saya, ZATUL HERNANI MOHD NAWI.

@herneesa.hijabs coming near you sooner!

Assalam. @herneesa.hijabs @herneesa.hijabs - Letak nama pun macam klise-kan. Ye lah biasalah. Lagu tu la kalau nak meniaga. Nak bertaarufan ...