19 April 2015

Pesan kepada D I R I =)

Assalam.

Malam-malam macam ni hirup kopi panas sambil di temani oleh bau-bauan pavlova dalam oven memanggg mengasyikkan! Eh dah pukul 2.59 minit pagi daa. Sambil-sambil belek album picasa dari zaman anak dara sampailah ke zaman awal kahwin memang kelakar. Haha. Oh nak gelak dulu baru nak mula bukak cerita. Zaman belajar dulu memang aku ni gila kamera. Sebab tu sampai sekarang senyuman tak pernah lekang dari bibir ni. Tidak pernah tidak. Kugirangkan senyuman paling lebar kepada semua yang aku sayang untuk menzahirkan kegembiraan di waktu itu. Waktu dulu, yang tak pernah akan datang kembali kepadaku. Andai diingat kembali, pasti tersenyum sorang diri. Maklumlah agak nakal waktu dulu. Kehulu-kehilir bersama rakan taulan mencari pengalaman hidup. Andainya diberi kesempatan untuk ke waktu dulu, banyak benda yang aku nak betulkan. Betulkan segala kekhilafan dan kesilapan. Namun, aku terima seadanya semua ketentuan Ilahi. Ujian untukku dalam meniti sebuah kehidupan. 

Zatul Hernani, pesan kepada diri. Usaha itu tangga kejayaan. Teruskan melangkah. Sesekali toleh ke belakang untuk melihat apa yang sudah kamu lakukan sepanjang hidupmu. Ambil iktibar dari semua itu dan teruskan melangkah. Pesan lagi kepada diri, usah mengharapkan pertolongan orang. Lakukan sedaya yang mungkin! Pesan lagi kepada diri, usah takbur. Bersyukurlah dengan apa yang kamu ada. 

*Sampai jumpa lagi =)




oh. baru ku tahu erti rindu :)

Salam. 1 Okt 2016. RINDU. Rindu sebab dah lama tak bersua. Sepanjang 2 tahun ni banyak benda berlaku dalam hidup. Ada suka. Ada duka. Tapi...