25 July 2008

menangis? kesat airmata itu...

  • kenapa kamu menangis?
  • kamu menangis, aku pun rasa ingin mengalir airmata ini..
  • apa yang kamu tangisi dan ratapi?
  • apa kaitannya dengan aku?
  • apa semua ini?
  • owhh..
  • dugaan ye?
  • atau sebab kamu sangat terista dengan berita istimewa ini?


apapun, aku ucapkan jutaan terima kasih kerana sangat memahami..
aku juga insan biasa dan tiada yang istimewa pada diri ini..
aku menghargai kehadiran teman-temanku di sisi di sini..
temanku, terima kasih di atas segalanya..
.....................................................................................................................

:: saya ingin tersenyum selalu ::
........................................................................................................................

memang pada awalnya aku merancang untuk menyampaikan apa yang terbuku di hati setelah sekian lama aku pendamkan..
seharusnya hari ini.. ya! hari ini...
tetapi tidak aku duga mereka bermonolog sendirian menyampaikan ceritera cintaku kepadaku..
aku sangat menghargai keadaan itu..
aku insan yang terlalu biasa..
sentiasa terkandas dengan keadaan yang sesak..
aku bukan sempurna.. masih banyak yang harus aku pelajari..

kawanku, doakan kesejahteraan sahabatmu ini..
pandulah aku ke jalan yang baik..
jangan hanyutkan aku ke lembah berjurang..

biarkan aku dengan kisah cinta ini..
bukan aku x sedih..
bukan aku x hiba..
tapi..
cintaku hanya cinta sekadar cinta melankolia..

ramai rakan yang marah dan tidak puas hati akan sikap aku sebegini..
menuduh aku itu dan ini menghancurkan hati seorang lelaki yang baik..
tapi, tahukah mereka yang hati aku juga remuk??
tahukah mereka bahawa aku juga sengsara??
TIDAK..
mereka semua tidak tahu..
mereka hanya tahu untuk menuding jari ke arahku..
tanpa mereka menyelongkar KISAH KASIH kami berdua..

temanku,
jangan di salahkan kami kerana putusnya CINTA kami..
jangan tuduh kami tidak mempertahankan hubungan ini..
sebab CINTA tidak pernah memilih hati untuk singgah..
dia mudah datang DAN mudah juga pergi..
aku relakan CINTA itu pergi..

......................................................................................................................................................................

hari ini..
aku hadir dengan cinta baru..
cinta yang rata-ratanya ramai memprotes..
tidak sukakah mereka dengan lelaki ini?
mengapa?
sukarkah untuk menerima?

apapun, cinta kami telah pun di restui oleh keluarga..
insyaAllah..
doakan kami hidup berdua, bersama, bergembira..


temanku,
jangan di sampaikan BERITA SEDIH hati ini kepada kawanku yang lain..
kerana mereka masih lagi kebingungan..
gembira dan bingung dalam menghitung hari bahagiaku yang agak jauh perginya..
tidak ada antara mereka yang tahu..
jangan biarkan mereka persoalkan dan datang kepadaku untuk MERUJUK jawapan....
KERANA, aku tidak ada jawapan PENUH untuk soalan-soalan mereka itu..
aku sangat penat untuk berhadapan dengan emosi ini..
sembunyikan dari mereka.. emosi ini sangat bercelaru..

suatu masa nanti, ceritera cinta baru ini akan terbongkar jua..
dan aku pasti ketika itu, kisah ini sudah terpadam...

-- zatul herNani --

@herneesa.hijabs coming near you sooner!

Assalam. @herneesa.hijabs @herneesa.hijabs - Letak nama pun macam klise-kan. Ye lah biasalah. Lagu tu la kalau nak meniaga. Nak bertaarufan ...