13 July 2008

.. yeyey!!


Penatnya.. fuhh! Lega.....
Akhirnya sampai aku juga ke shah alam ni..
Penatnya hanya Tuhan yang tahu..
Mana tidaknya.. 13 jam dalam tren rasa macam kebas seluruh badan..
Habis satu badan sakit2.. nasibla dapat seat tidur..
Kalau x, 14 plastik kang aku termuntah.. haha!

Tren berlepas dari Tanah Merah pukul 7.40 malam..
Sampai kat KL Sentral dekat pukul 8 pagi..
Nasib baiklah ada sorang kawan aku yang sedia menolong..
membantu mana yang patut.. kawanku, terima kasih..
Kalau tak, melopong lah aku kat situ sorang2..

Ye la.. buat masa sekarang, aku terkenang-kenang lagi kenangan INDAH aku bersama Hairulnizam.. mana mungkin aku dapat lupakan dia dengan sekelip mata.. di masa aku susah, dia lah tempat aku mengadu.. tiba waktu aku senang, dia juga lah tempat aku kongsi segalanya..

Tapi, semuanya dah berlalu.. dan tak mungkin aku kembali kepada dia lagi..
kami dah tak ada apa-apa ikatan.. semuanya sudah berakhir..
Berakhirlah segala duka dan suka.. 8 tahun menyulam cinta tapi jodoh sememangnya tiada memihak kepada kami.. hanya sampai di situ..
Betullah apa kata orang, kita hanya merancang itu dan ini, tapi Allah swt jua yang tentukan.. dan nasib kami dah di tentukan oleh DIA..

Bila kenangkan balik, aku rasa amat bersalah dekat hairul.. tapi apa boleh aku buat.. masa dah berjalan ke hadapan.. x menunggu walau sesaat.. x mungkin dapat aku putar kembali dunia.. aku sudah terlajak kata.. mana mungkin boleh di tarik-tarik lagi.. bukan seperti perahu yang boleh di undur sesuka hati…..

Yang berlaku, aku jadikan pengajaran berguna.. banyak yang aku pelajari selama lebih kurang 8 tahun ni.. untuk berkasih kali kedua, aku tidak risau.. pengalaman telah mendewasakan aku.. mematangkan fikiran.. pahit getir yang telah ku lalui, adalah guruku sejati.. macam lirik lagu kan?

Sunyi juga tanpa si dia di sisi.. rasa macam dia pergi jauh.. jauh yang aku takkan jumpa lagi.. tapi itulah hakikat yang harus aku terima.. hairulnizam kini bukan milikku.. bukan juga milik sesiapa.. aku sudah dimiliki walaupun tanpa ikatan..

Sedihkan entry kali ini? Zatulnani, kesat airmatamu itu.. =)


ouch! Please =P

Assalam. 24 Oktober 2017 - Selasa So remember me, i will remember you.