hari ini dan mungkin juga ketika saya sedang menulis ini, keluarga saya sudahpun bertolak menuju ke Jengka, Pahang seperti 5 minggu yang lalu..
risau saya bila saya memikirkannya..
bimbang di hati sampai x terkata..
saya takut..
saya risau jika kejadian DAHSYAT itu berulang lagi sekali..
Ya Allah, jauhkanlah keluarga aku dari segala malapetaka dunia..
janganlah Kau uji keluargaku dengan kejadian yang seperti itu lagi..
dengan tujuan yang sama, buat kali kedua, keluarga saya pergi sekali lagi ke UiTM Jengka untuk menghantar adik perempuan kedua saya yang selama ini menyambung pengajian di sana..
dan mereka akan melalui kawasan yang telah menjadikan mereka trauma dan fobia selama 5 minggu..
dengan izin Allah swt, saya harap mereka akan pergi dan kembali seperti biasa..
pesan saya tadi semasa saya menelefon mama, hati-hati dalam pemanduan dan pesan kat abah agar jangan bawa kereta laju-laju lagi ye..
sebab along sayang semua..
dan along risau sangat..
jaga diri baik-baik semua..
jangan lupa baca ayat Kursi sebagai pendinding dari kecelakaan seperti 5 minggu yang lalu itu.. insyaAllah dan jangan fikirkan sangat..
mereka masih lagi berlima dan juga orang yang sama seperti waktu kejadian..
harap-harap tiada apa yang berlaku dan selamat semuanya..
insyaAllah..