09 July 2008

tragedi 4 julai 2008..



entry kali ni mungkin agak panjang dari yang biasa..

aku pun tidak tahu dari mana harus aku mulakan dan apa yang harus aku bicarakan..
keadaan memang completely berubah..
aku sekarang dalam keadaan separuh sedar.. masih kelu untuk berbicara..
tragedi 4 julai 2008 membuka mata aku seluas-luas dunia..
tapi aku masih di sini.. entah laa..
aku x dapat nak buat keputusan yang baik..
Ya Allah, bantulah hambaMu ini..
kurniakan petunjuk dan siapa yang harus aku pilih..
mungkin pelik dengan entry kali ini tapi itulah hakikat yang harus aku terima..
aku DALAM dilema..
aku tahu, cinta yang aku cuba pertahankan selama 8 tahun itu hampir musnah..
tp itu bukan salah kami.. bukan silap kami berdua..
itu datangnya dari Maha Esa yg mahu menguji..
kini cintaku tiada lagi, tiada tempat aku untuk bermanja, tiada lagi pengubat di kala aku berduka.. yang tinggal hanya mimpi..
dan yang pastinya itu bukan kehendak kami..
aku tahu aku yang memungkiri segala janji..
semua janji yang aku ucap, sukar untuk aku kotakan lagi..
sayangku, maafkan aku.. aku harap kamu lebih tabah menghadapi hidup ini..
sungguh sukar untuk aku hidup tanpa kamu, tapi aku terpaksa..
aku terpaksa meninggalkan kamu demi keluarga..


dan 2 jam selepas aku putus dengan hairul, aku terima panggilan dari adik lelaki aku yang mengatakan keluarga aku ditimpa kemalangan di Jalan Gua Musang - Kuala Krai yang mana menyebabkan kenderaan yang mereka naiki remuk dan kereta yang dilanggar terputus dua.. menyebabkan pemandu itu patah tulang paha, betis dan tulang bahu..
buat seketika, aku rasa macam terdiam.. diam seribu bahasa.. sungguh! aku tidak menangis.. langsung tidak.. hanya selepas talian diputuskan, barulah aku teresak-esak menangis..
saat itu, aku buang segala yang membebankan kepala aku dan aku terus kemas baju2 untuk di bawa pulang..
TAPI..
kepada siapa harus aku minta pertolongan?
aku bukannya berada di kelantan..
aku di kuala lumpur waktu tu...
apa yang harus aku lakukan?
mana nak cari tiket bas hujung minggu camtu?
arghhhh.. memang aku tertekan...
aku buntu.. waktu tu dlm pukul 12.50 tengahari..
kejadian berlaku pukul 11.25 pagi..
sejam lebih mereka sekeluarga sedaya-upaya untuk menyembunyikan perkara yang berlaku dari pengetahuan semua anak2..
tapi aku dapat merasakan sesuatu yang agak pelik berlaku sebab pagi jumaat tu aku ada bermimpikan mama aku di kerumuni ramai orang..
mereka berada di tengah-tengah jalan dan keadaan di situ agak kelam-kabut..
mungkin itulah petunjuk yang Allah swt mahu aku tahu..
dan aku bersyukur sebab tiada kemalangan jiwa berlaku.. alhamdulillah..
yang penting abah aku, mama aku, adik2 aku selamat..


segalanya berlaku dengan pantas..
tentang keluarga dan tentang hairul..
dan kalau itulah kehendak Tuhan, aku redha..
aku tinggalkan hairulnizam, cintaku, kasihku, hidupku, dengan segala kenangan dan mimpi-mimpi terindah..
sesungguhnya sayang, aku masih sayang kamu dan mungkin jodoh kita hanya sampai di sini.. kenangan 8 tahun itu, akan aku sematkan dalam hati sampai aku mati..
sayangku, aku tahu hatimu kini terluka..
terluka kerana aku yang memungkiri janji..
engkau pernah berkata, hanya mati yang mampu pisahkan kita..
aku hanya insan biasa yang tidak sempurna..
kita memang merancang itu dan ini, tapi hanya Tuhan yang Maha tahu..
lupakanlah aku dan semua kenangan itu.. satu pintaku, jagalah ibumu baik-baik..
sampai mati, kamu tetap dalam hati.. selamat tinggal sayang..


@herneesa.hijabs coming near you sooner!

Assalam. @herneesa.hijabs @herneesa.hijabs - Letak nama pun macam klise-kan. Ye lah biasalah. Lagu tu la kalau nak meniaga. Nak bertaarufan ...