29 July 2008

tukar lagu please!! hehe


hehe..
ngengada betul saya ni kan?
suka-suka aje tukar-tukar lagu.. ingat lagu ni famili saya punye ke hape? hehe..
orang-orang yang tengah feeling dengar lagu ini mesti marah saya kan?
jangan marahkan saya yee.. risau saya..
okay-okay.. buat kali terakhir, dengarlah lagu ini..
BERDIRI SEORANG PERINDU..
sebab, sebentar lagi, lagu ini pasti akan bertukar..
warh! macam debar menanti aje.. hehehe..
saya x mahu HURT FEELING lagi.. cukup lah ye! ;D
kali ini, kita tukar lagu yang catchy sikit yee.. =p
x boring la kalau kamu sentiasa lawat blog saya kan kan??
bak kata kawan saya, lagu pun memainkan peranan penting dalam emosi seseorang..
sebagai terapi minda.. kadang-kadang x selalunya kita gembira.. x juga sentiasa bersedih..
bagi saya, biarlah seimbang antara dua perasaan itu..

bila saya gembira, saya sentiasa bercakap..
kadang-kadang sampai penat anak tekak saya..
tapi bila saya berduka, saya pasti akan tersenyum dan kadang-kadang, dalam senyuman pun saya boleh menitiskan airmata.. hehe..
macam-macam kan
saya ni??
tapi itulah saya.. itulah saya yang ramai lagi x tahu.. huhu..

tadi bukankah kita bersoal pasal lagu?
huhu.. kenapa lari tajuk yee?? terpesongkah entri saya kali ini? hehe..
rakan-rakan blogger saya kebanyakkannya CIKGU dan CIKGI..
risau saya kalau mereka semua tersemak karangan saya ini..
mesti saya kena rotan dengan BULUH punye!
x pun, saya pasti dipaksa untuk mengusung kerusi di atas kepala dan berlari mengelilingi padang sebanyak 10 pusingan kan?
buat cikgu dan cikgi, jangan marah ye.. saya kan masih darjah 2..
mana saya pandai mengarangi karangan terindah.. hehe ;D

pagi tadi selepas subuh saya terus ke ruang tamu dan terus tekan POWER ON di remote televisyen.. terus berkumandang lagu KENANGAN TERINDAH dendangan Samsons Band..
nak menitis airmata ini tapi saya tahan..
x tahulah kenapa saya mudah sangat tersentuh sejak kebelakangan ini..
tapi kalau saya merujuk pada kawan-kawan, pasti mereka menyangkal kenyataan ini.. sebab saya sentiasa senyum, senyum dan senyum..
dan mungkin dalam senyuman itu, saya menangis.. siapa tahu kan?
macam-macam memori yang saya cuba tenggelamkan tapi x pernah berhasil.. kenangan-kenangan itu sentiasa ingin timbul seperti ikan-ikan di permukaan air laut yang diberi makanan.. hehe.. (teringat sewaktu pergi ke Pulau Perhentian dahulu, saya beli roti Gardenia dan bagi ikan-ikan itu makan.. gembiranya mereka kan??)
erm.. perumpamaan yang tiada kena-mengena dengan kisah saya..
tapi x mengapa.. sebab inikan KARANGAN saya..
hanya cikgu dan cikgi saya sahaja yang faham permulaannya, plot penceritaannya serta pengakhiran cerita ini.. betul x cikgu dan cikgi?? hehehe..

sebelum saya mengundur diri, izinkan saya untuk mewarnakan karangan saya ini..
(hehe.. saje aje nak menceriakan hati yang rawan)
++ macam-macamlah saya ni.. ;D

hoho.. malam ini saya banyak agenda yang mahu diselesaikan..
dan agenda-agenda itu sudahpun diluluskan..
tunggu ye kedatangan entri baru saya..
heee.. ;D

dan lagu lain akan berkumandang!

tata titi tutu..

jumpa lagi tao!!

saya lah!,
zatul hernani mohd nawi

++ saya rindukan orang-orang dalam gambar ini ++


@herneesa.hijabs coming near you sooner!

Assalam. @herneesa.hijabs @herneesa.hijabs - Letak nama pun macam klise-kan. Ye lah biasalah. Lagu tu la kalau nak meniaga. Nak bertaarufan ...