04 September 2008

... Sept 4th, 2008 ...


salam..

hari ini genaplah sudah usia perkenalan saya dan juga pakcik kesayangan saya yang seorang itu..
genaplah 2 bulan kami berhubungan.. hohoho!
ayat yang x berapa jiwang.. ;)

owh! sudah 2 bulan kami bersama suka dan duka..
berkongsi segala cerita gembira..
sungguh x ada niat di hati mahu beralih arah juga berpaling tadah..
saya suka dia juga saya suka perwatakan dia.. mahu setialah! hee.. ;p

pakcik saya tu x banyak songeh..
atau dengan kata lain dia memang senang di jaga!
almaklumlah dia sudah berusia dan banyak pula umurnya! hee..
saya ni iyalah.. masih kanak-kanak riang yang x tahu apa-apa tentang pengertian hidup..
mencabar juga ya ayat ini! fuh..
saya mengerti dan saya fahami dan pabila saya bersetuju untuk hidup dengan dia, bermaksud saya menerima segala dugaan dan cabaran..
takut juga jika di fikirkan semula..
tapi, saya harus kerana saya tahu dialah sahaja yang boleh membuatkan saya melupakan kisah-kisah zaman kecil saya dulu.. banyak tao kisah kasih saya! hee..

hari ini juga genaplah 2 bulan tragedi kemalangan keluarga saya yang berlaku di Gua Musang menghala ke Jengka, Pahang pada tanggal 4 Julai 2008 yang lalu.. iya!
cukup 2 bulan.. terasa seperti sudah lama kisah ini berlaku tetapi keluarga saya masih lagi trauma.. saya yang tidak terlibat ini pun terasa seperti mereka.. meremang bila di ingati.. adik saya dan mama kesayangan saya masih belum sembuh sepenuhnya..
dan adik saya harus menjalani pembedahan memperbetulkan hidungnya yang hampir patah..
tulang rusuklah yang harus dijadikan pengganti.. risau saya!
doakan kesejahteraan adik saya ya!

owh saya sangat jiwang malam ini.. hehe..
sekejap yaa.. ada lagi satu cerita duka..

sebenarnya kan, pada tarikh 4 Julai itu jugalah saya berpisah dengan hairulnizam..
officially putus pagi 4 Julai tu.. x terfikir pula di minda saya yang banyak kejadian yang berlaku pada hari itu..

yang pertamanya, pada pukul 8.20 pagi pada tarikh 4 Julai 2008 tu, saya dengan segala rasminya sudah tidak menjadi kekasih kepada noor hairulnizam lagi..
dan pada pukul 9.15 pagi, dengan rasminya hati saya berpihak kepada si jejaka yang saya panggil PAKCIK selama ini..
dan yang terakhir, pada pukul kurang lebih 11.25 pagi, keluarga saya ditimpa kemalangan dahsyat yang menyebabkan kereta yang dirempuh terputus dua..
bila saya ingatkan balik, owh dahsyatnya hari itu..
akan tetapi, ucapan syukur walhamdulillah saya panjatkan kerana semua ahli keluarga saya selamat walaupun ada di antara mereka yang masih sakit.. sedihkan?
hari itu bersamaan dengan 1 Rejab, hari Jumaat yang mulia.. ;)
betul-betul merupakan hari yang bersejarah..
dan akan saya kenang tarikh keramat ini sampai akhir hayat saya..

salam ramadan,
























saya, zatul hernani..

@herneesa.hijabs coming near you sooner!

Assalam. @herneesa.hijabs @herneesa.hijabs - Letak nama pun macam klise-kan. Ye lah biasalah. Lagu tu la kalau nak meniaga. Nak bertaarufan ...