24 October 2008

penat+pening+kasihan

salam..
selamat tengah malam yee!

balik dari kelas petang tadi, saya tertidur.. mengantuk sangat dan sangat.. sampai saja di rumah lepas kuliah tadi, terus saya lelap.. zzzzz... mulanya saya ingat mahu baring-baring saja.. maklumlah hari ini saya berkeseorangan ke kelas.. geng saya yang 3 orang lagi tu x hadir..
hari ini hari last kuliah, so masing-masing macam x menunjukkan minat.. hehe..
iyelah, kalau datang pun buat apa?? lecturer dah x mengajar apa pun..
saya pergi pun sebab saya sorang aje yang x buat French oral..
budak-budak ni semua sudah.. hehe.. ;)

bangun pagi tadi, saya terus bersiap.. dalam hati mahu ke pejabat pos.. kali ini biarlah kali terakhir saya naik ke Menara SAAS tu.. jauh tao!! acap kali saya turun-naik naik-turun bukit ke post office, tapi x pernah-pernah debit card tuw.. ;(
Kalau di kira, sudah 5 kali kot saya ke sana.. semata-mata kerana debit card tu.. leceh betul.. penat tau... ;(
hah! kali ini dan akhirnya dapat juga.. ermm.. huh! malas saya ke sana lagi.. jauh dan tersangat lah penat.. sesudah turunkan signature dan semua yang abang post office tu minta, terus saya TURUN.. malas duduk lama-lama.. nanti gayat!! tinggi ye.. ;p
selamat tinggal Menara SAAS.. ( untuk kali ini saja tao!) hehehe.. ;)
------------------------------------------------------------------------------------
setelah bereskan mende alah si debit card tu, saya ke surau Kolej Seroja..
di sebabkan berkeseorangan, saya hanya beli makan roti gardenia yang harga 60 sen itu saje.. ;)
sob sob sob.. ;(
malaslah makan di cafe.. lagipun, saya masih lagi dalam proses menghafal skrip oral saya.. maklumlah petangnya mahu berceloteh depan encik comei saya tuw!! ;)
dalam 2 kali saya belek-belek kertas, terus saya terlelap.. hohoho..
mata saya ni memang saja kan kan?? saja je buat saya enak di ulit mimpi panjang..
lama juga la saya terlelap.. kira-kira 2 jam.. haha! poyo sangat.. :)
malu plak kat orang-orang dalam surau..
------------------------------------------------------------------------------------
saya ke kelas pada jam tepat 2.15 petang.. hoh! x ada orang pun.. huhu.. takut pulak rasa.. lagipun, hanya kelas saya saje yang ada petang tadi.. kelas lain dah gulung tikar!
siap balik kampung kot.. huhu.. ;)
2 minit kemudian banyaklah pulak derapan tapak-tapak kaki..
haaaa..
ramailah pulak yang datang.. ingatkan x ada yang hingin.. hihihi ;)
selang 5 minit, sampailah encik comei saya tu.. masuk-masuk terus mengajar..
nak kejar oral katanya.. kalau mengajar banyak pun, comfirm otak kami dah melayang entah kemana-mana.. ;)
habis aje mengajar, kami keluar ke foyer..
kata encik comei saya tu, dia memang suka ambil gambar kenangan dengan students.. hehe..
ade la jugak gambar saya dan rakan sekuliah.. (nantilah saya bluetooth dengan sorang mek selangor ni) hehe.. ;)
sebab dia saje yang sempat bluetooth dengan encik comei... ;p

siap saja bergambar kenangan, terus masuk ke kelas.. sambung-sambung oral!! huhu.. ;)
cabut aje undi, saya dapat Le Weekend.. yahoo!! senang saje nak ingat... ;)
settle oral tadi, terus saya balik... pening sangat kepala.. berdenyut-denyut..
sudah la tunggu bas sorang-sorang.. mau nangis saya.. tapi saya tahan..
sakit sangat kepala tadi.. dalam hati saya berdoa semoga bas 604 cepat-cepat sampai..
x tahan dah rasa.. :(
memang dah bergenang airmata saya tadi.. sangat sedih..
saya x tahu nak mintak tolong dengan siapa..
memang!! saya memang tiada sesiapa kat sini.. hanya kawan-kawan..
tapi, mereka pun sibuk mengacarakan hal diri masing-masing..
dalam saya merapu-meraban fikir macam-macam tu, saya ternampak bas 604, terus saya bangun..
nasib saya baik, masuk je dalam bas, terus dapat duduk.. hehe..
bukan apa.. saya kan pening... ;)
duduk je atas seat, terus saya pejam mata..
memang x boleh tengok orang dalam bas hatta orang luar bas, saya bertambah pening..
pening yang teramat.. ;(
------------------------------------------------------------------------------
dalam saya pening-pening tu, tiba loceng berbunyi.. bunyi yang menandakan ada orang nak turun.. AIKK!!! apa kejadahnya turun kat sini (hati saya terdetik)..
mana abang bas ni nak turunkan kakak ni?? kereta berbaris-baris kat belakang.. huiss..
apa kakak ni.. ada ke dia nak turun kat depan bangunan Canseleri?
depan bangunan Canseleri tu mana ada orang pernah turun!!
(itu pengalaman saya setelah berpuluh-puluh kali saya menggunakan Rapid KL)
mana pernah orang turun kat situ.. aii kakak ni kenapa la pulak!! (getusan hati saya aje)
kat luar, kasihan jugak saya tengok kakak tu.. hehe..
-------------------------------------------------------------------------------
bunyi loceng dalam 15 kali.. menunjukkan 5 kali kakak tu tekan.. abang bas buat bodoh aje.. dahtu, kakak tu menjerit.. (jap, saya cuba ingat balik dialog-dialog dalam bas tadi)
lebih kurang macam ni bunyinya... ;)
owh lupa.. kakak tu orang indonesia.. rasa saya, dia cleaner kat UiTM ni...
-----------------------------------------------------------------------------------
kakak indon : ahhh.. ahhh... ahhh.. saya mau ke jatttiiii... saya mawwuuuu!!

abang bas : eh.. mane boleh!! mane boleh turun sini!! ko x tengok ke kete kat belakang tu?? (kata abang bas sambil perlahankan bas.. kereta kat belakang tu honk dah... alamak!! abang bas terus jalan x hiraukan kakak tu..)

kakak indon : ahhh saya takutttt.. turukan sayaaaa.. mana jatiiiii?? saya jattiiii!! musang tu.. musang tuuu.. jattiii musangg!!!!!!!

abang bas : eh dia ni x dengar ke ape.. orang cakap x boleh, x boleh laaa.. x nampak ke kereta banyak kat belakang tu? apa niiiii? haiiiisssss!!!

kakak indon : turunnn... musang... jattiii... saya takutttttt!!!

abang bas : musang ape ni? (sambil gelak kat kakak indon tu) musang berjanggut ke?

(semua students dalam bas gelak.. kasihan plak saya tengok kakak indon tu.. muka dia macam mahu menangis.. memang dah menangis pon!! memang kasihan kat kakak tu..)

abang bas : hah.. turun kat sini!! (masa tu, bas berhenti di bus stop fakulti statistik..)

kakak indon : x mahuuuuu... saya takuttt.. ini manaaa jattiii? saya mauuu jattiii....

abang bas : eh x fahamm keeee???

kakak indon : x fahammmm.. musang x fahammm.. apa jattii? saya nak jattiii..

abang bas : ya Allah.. penatnya layan pompuan ni.. eeee jangan pegang!!! apa pegang-pegang ni?? ( kakak indon nangis-nangis sambil pegang abang bas.. terus abang bas bangun dari tempat duduk..)

kakak indon : saya jatii.. (sambil muka nangis) oho.. cian sangat saya tengok!

+++ pastu, ada la sorang budak pompuan ni p cakap kat kakak indon tue..

pompuan tudung putih : kak, ini bas 604.. bukan bas 603.. kalau kak nak ke jati, kak kena naik bas 603!! fahamm???? bas 604 x lalu depan jati...

kakak indon : xmauuuu.. takutt.. nak jatiii... abang, saya mau jatiii...

abang bas : susahnya cakap ngan dia ni.. aduh!! turun kat sini, pastu ko naik bas 603.. okay??

kakak indon : x mahuuu... (sudah nangisss) ermm...
(kata-kata pompuan tudung putih tu dia wat x heran.. siap duduk-duduk lagi kat tangga bas.. bas bergerak, kakak tu siap terjatuh-jatuh lagi.. kasihannnnn)

abang bas : yelah-yelah.. naik!! (abang bas dah geram terus tutup pintu!) (bas jalan..)

kakak indon : (muka sedih lagiiik)
------------------------------------------------------------------------------------
x berkesan pun apa yang pompuan tudung putih tu cakap..
bukan x berkesan, tapi, kakak INDON tu TAK FAHAM bahasa kita!!!!
dia tu orang indonesia dari mana entah.. (pening kepala saya..)
------------------------------------------------------------------------------------
sampai saje dekat bus stop mawar, budak-budak dalam bas paksa kakak tu lari kejar bas 603..
selamat la ada bas 603 kat mawar tu.. kalau x, alamat duk peluk-peluk lagi abang bas tue.. hehe..
cian betul!
------------------------------------------------------------------------------------
insiden ni berlaku dalam kurang lebih 10 minit jugak laa..
lama jugak.. sampai bertambah-tambah sakit pening saya..
oleh kerana saya duduk berdekatan dengan kakak indon tu, sempatlah saya curi-curi amik gambar dia.. :) kasihan..
------------------------------------------------------------------------------------
itulah serba sedikit pengalaman saya berkeseorangan petang tadi..
best jugak jalan sorang-sorang ni.. banyak benda yang saya fikir..
x sikit x banyak, dapat juga saya menginsafi diri.. ;)

nak tengok gambar kakak tu x? tapi x clear sangat sebab dia x duduk diam.. kejap gerak kesana.. kejap pusing ke sini.. almaklumlah, orang tengah takut.. ;)

hehehe... ;p






































*p/s: kakak indon tu pakai baju kurung warna merah.. memang kasihan... ;)

oh. baru ku tahu erti rindu :)

Salam. 1 Okt 2016. RINDU. Rindu sebab dah lama tak bersua. Sepanjang 2 tahun ni banyak benda berlaku dalam hidup. Ada suka. Ada duka. Tapi...