18 October 2008

saya ber'titih'....

malam tadi saya ke BARRA..
BARRA yang sentiasa panas memBARRA..
kedai mamak yang paling femes kat kawasan rumah saya ini..
kalau nak di kira, BARRA bukanlah kedai kegemaran saya..
heee.. ;)
saya sangat tidak suka BARRA..
entah mengapa..
sebenarnya, jarang sangat saya kesana..
sangat-sangat jarang..
:p

akan tetapi, ajakan dan jemputan ikhlas dari teman sekolah RENDAH saya menggamit saya kesana..
hee.. ;)
sekadar memenuhi permintaan si dia yang terlalu sukakan BARRA, saya ikutkan saja..
mahu saja saya ajak dia ke Bintang Side Walk Cafe, tetapi, memandangkan dia yang menawarkan diri untuk belanja saya dan liyana, terpaksalah saya matikan impian saya itu..
x kisah mana-mana pun kan?
huhu.. ;)

BARRA pun BARRA lah!
janji saya kenyang!
hohohoo.. ;)

owh ya!
berbalik pulak kepada cerita teman sekolah RENDAH saya ni..
saya sememangnya lupa akan dia, wajah dia, nama dia.. HATTA dia sekali..
entah... ('',)
pabila tengok dia, saya seperti dapat mengingati kenangan-kenangan sekolah RENDAH saya dulu..
walhal, saya x ingat pun dia.. huhu.. macam mana tuh?

dulu, masa saya kecik-kecik, saya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Seri Chempaka, Panji..
alaa.. area Pengkalan Chepa tuw!
oho...

x lama saya di situ..
2 tahun saja..
darjah 5 dan 6..
akan tetapi, banyak kenangan yang saya dan teman-teman ciptakan di sana..
berlumba basikal, masuk kampung orang dan macam-macam lagi lah!

SKSC banyak meninggalkan 'sesuatu' yang mendalam kepada saya..
hehe.. (ayat-ayat jiwang menggantikan ayat-ayat cinta yang selalu saya karangi..)
sekali-sekala, tidak ada salahnya kan??

kawan saya yang seorang ni namanya Mohd Hafizi..
(itupun selepas saya tanya dia masa berYM 30 minit sebelum turun ke BARRA)
nakal jugak rasa saya.. haaa... ;)
tapi, x mengapalah..
sekurang-kurangnya saya x segan!
hoh.. malu saje..

dia sangatlah okay..
enjoy jugaklah saya tadi..
anyway, berborak dengan dia dapatlah sedikit sebanyak saya mengimbau memori semasa bersekolah RENDAH dulu..
kira-kira, sudah 10 tahun saya tinggalkan sekolah itu..
tahun terakhir, 1998 sewaktu saya darjah 6..
x ramai yang saya ingat tentang teman-teman..
ingin juga rasa hati ini mencari dan mengumpul mereka semua..
termasuklah bekas-bekas 'kekasih' saya dulu..
huhuhu.. gatalnyaaa!!
hehe.. ;)

=========================================

inilah rupa kawan saya..
handsome x dia?
hehe..
(awek dia cantik tau!)
;p


































++ Hafizi yang berbaju HIJAU dalam dua-dua gambar ++
tengoklah lama-lama, tenunglah sepuas hati yaa.. jangan jatuh hati sudah! ;)

okay then, selamat malam..

-- mahu menghabiskan bateri handphone saya dengan pakcik kesayangan saya!

tata

titi

tutu..

nite!

@herneesa.hijabs coming near you sooner!

Assalam. @herneesa.hijabs @herneesa.hijabs - Letak nama pun macam klise-kan. Ye lah biasalah. Lagu tu la kalau nak meniaga. Nak bertaarufan ...