ini kesinambungan dari 'saya ke sungai' tadi..
penat seharian di rumah, memasak dan mengemas, saya mengadap laptop. hehe. nasiblah budak-budak ni ralit duk main Ps2. kalau x, alamat berebutlah dengan saya. oho! p main jauh-jauh wahai budak.. hehe ;)
sebenarnya plan ke sungai atau ke waterfall sudah lama saya pendam. sebelum final paper lagi. tapi saya diamkan. entah siapa lah yang nak bawa kita yaa?? hehe. sehari sebelum last paper, saya tengah tekun menghafal ini dan itu tentang Food Writing. tiba-tiba aje rasa nak berborak dengan si Fatin. entah macam mana cepat je saya ajak dia p waterfall. haha. pada mulanya dia nampak macam liat. tapi, petang tu, si 'gewe' dia call saya. tanya 'Zat, awak nak p main air ke esok?'.. haiss. saya tanya Fatin sekadar suka-suka sebab boring sangat study. tapi, cerita ni macam dah menarik plak! haha. terus saya tanyakan pada kembar si Fatin yang namanya Fatin jugak. mereka macam bersemangat aje. so, saya apalagi. mengangguk tanda setuju lah! haha.. terus mereka dua orang tu, merujuk kepada Kak Su dan Angah(kembar Fatin) merancang menu. hoho.. semangat betul mereka nih! hehe.. ;p
menu dah siap. saya senyum je lah. hurm! menjadi jugak lah rancangan mandi ke sungai kita kali ni. hehe. ye lah! kan saya janji semasa first paper dulu, seusai sahaja last paper, saya mahu BERLIBUR kan? owhoo! saya tunaikan janji saya tu tau.. tapi, dengan kawan-kawan sekali jadik mangsa saya.. hehe.. alhamdulillah.. ;) suka-suka!
..........................................................................................
penatlah mengarang nih! okeh-okeh. saya teruskan usaha murni ni..
..........................................................................................
pagi tu, seperti biasa sebelum paper pukul 9 bermula, kami masing-masing menghafal semua terms dan juga pasal penulisan tentang makanan. erm. macam-macam mimik muka. muka masing-masing nampak bimbang + risau, tapi sebenarnya dalam hati siapa tahu gembira bukan kepalang dapat berlibur petang ni ye? hehe..
jawab punya jawab pada hari 16 November tu, kami keluar dari dewan. semua candidates tengok kami. yang kelakarnya kami keluar sekaligus 4 orang (cik zat+cik yana+cik fatin+cik efa). semua orang pandang kami. walhal paper tu susah la jugak. macam dah janji nak keluar sekali pulak. hehe. dan jugak, kami keluar paling awal sekali berempat. mana orang x pelik. haha. semangat punya pasal. huis!
balik-balik! jom..
kami sampai di rumah pukul 11 pagi. dua orang tukang masak kat rumah tu bertungkus lumus menyiapkan mihun goreng. alaa.. menu yang di rancang tu lah! best tau.. ;)
hurm! dalam pukul 1.30 kami berangkat ke Hulu Langat. jauh wei! dah la saya x tidur sedari study malam tu. adeh! penat tau. sebab saya yang drive dari Shah Alam ke sana. jauh jugak lah. agak kejang la kaki saya ni. aha! tapi, enjoy sebab semua ada dan kami happy sepanjang perjalanan. ;) pasang je sinar.fm, terus menyanyi.. ramai penyanyi dalam kereta petang tu.. ;)
kami sampai ke Masjid Mukim Hulu Langat, pick-up kawan cik efa dan solat zohor, kami teruskan ke Sungai Gabai dan setibanya di sana, hujan turun dengan lebat. alahai! x jadi nak main air. haha. melepas lor! tapi kami redah saje. sampai di parking Sungai Gabai, kami turun. memang LENJUN! sape la yang berani macam kami-kami ni.. haha.. penat tau main air hujan. x sempat main air terjun dah main hujan. dah basah dah.. huhu.. memang kenangan terindah betul lah!
kami naik ke tingkat paling atas kat waterfall tu. mak aii! takut giler sebab tinggi dan licin. dengan mengusung bekas-bekas makanan, dengan baju yang basah. hoho. kami ciptakan kenangan paling indah! best sangat even makan dalam hujan.
kami makan-makan dan berborak sementara menunggu hujan. air pun dah macam air milo tanpa susu. wek! hehe. dengan campuran air tanah. urm..
tapi, kami x patah semangat. dengan baju yang basah, kami naik kereta menuju ke Sungai Congkak pulak. nasib baiklah masa tu hujan dah berhenti. x hujan dah. yahoo! nasib baik kereta gewe Fatin tu leather seat. haha. nakal lor!
kami tiba di Sungai Congkak lebih kurang pukul 4 petang kot. main air kat situ best berbanding main air kat Sungai Gabai tu. air memang x leh nak cakap. sejuk giler. tapi, enjoy sangat. gelak punya gelak sampai kami semua dah x ada suara. haha. sakit tekak wei!!
kami di sana selama 2 jam. main air je. x makan pun. padahal perut ni lapar jugak. tapi, main air lagi best. haha..
anyway, itulah sedikit sebanyak kenangan sebelum saya pulang ke kampung. semasa dalam perjalanan pulang, lenguh sangat kaki saya ni. saya pemandunya, saya tahu lah! hehe.. lenguh dan ketar lutut duk asyik main air. haha. sampai ke rumah lewat malam sebab kami lalu jalan jauh. lagi lenguh kaki saya. saya si kurus yang memandu. yang besar-besar semua x ada lesen. hehehe~~~ sorry dear! anyway, kita sangat happy kan??
- I love you beyond paint, beyond melodies, beyond words. Hope you will always feel that, even when I am not around to tell you so -
24 November 2008
@herneesa.hijabs coming near you sooner!
Assalam. @herneesa.hijabs @herneesa.hijabs - Letak nama pun macam klise-kan. Ye lah biasalah. Lagu tu la kalau nak meniaga. Nak bertaarufan ...

-
Salam. Pagi 18 Julai 2012 - Rabu, kami kru Radio Malaysia Kelantan FM ke Rumah Seri Kenangan di Pengkalan Chepa. Kami ditugaskan untuk ...
-
anna, terima kasih ya dik sayang! dapat award tapi x dapat nak gantung kat dinding rumah.. hehe~~ so nice laa.. ;) dengan ini saya sebagai ...
-
Assalam. Kalau cakap pasal kejayaan, semua orang nak berjaya. Orang malas pun nak berjaya. Apatah lagi orang rajin kan. Semua orang dala...